Saturday, April 16, 2011

::RESIPI BUTIR NANGKA-KUIH TRADISI KELANTAN::

panas betul arini alangkah bestnyer sapat sesuatu yg leh menyejukkan tekak ini.
arini cikna nak kongsi resipi dr kelantan. agak senang dan sangat sedap dan sesuai utk minum petang. terimalah persembahan cikna resipi BUTIR NANGKA.

BAHAN-BAHAN UTK BUTIR NANGKA:
1 bungkus tepung pulut
8-10 helai daun pandan
1-1 1/2 cawan air
sedikit pewarna hijau

BAHAN-BAHAN UTK KUAH:
3 cawan santan
1 cawan gula kasar/gula merah
1 sudu teh garam
1 sudu besar halba
2 biji bawang merah (diketuk/dimayang)
1 inci halia (diketuk) – optional

CARA MENYEDIAKAN:
1. Mesin daun pandan dengan 1 cawan air
2. Bancuh tepung dengan pati daun pandan hingga menjadi doh yg lembut. Sekiranya dos keras, tambah sedikit air dalam daun pandan yg telah dimesin tadi…dan masukkan sedikit2 hingga doh lembut.
3. Rebus air dalam periuk hingga mendidih
4. Bulat2 kan seperti butir nangka atau bentuk yg anda suka…masukkan dalam air rebusan tadi…bila doh timbul di permukaan angkat dan masukkan dalam mangkuk berisi air.
5. Untuk Kuah : Satukan semua bahan dan masak hingga hingga masak dan blhla dicampurkan doh tadi…

Amat mudah dan senangkan? leh cuba bila2 masa. kalo kat umah cikna kami biasa buat bulan RAMADHAN.

2 comments:

evagebob vid said...

kuih peberet sy la ni! XD

Princess Nur said...

oloh sedappnyer..faberet knur ni..

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...