Baru2 ini heboh di facebook ada yang menghina sultan kelantan dengan mengatakan yg bukan2 terhadap baginda. Keadaan ini menaikkan kemarahan kami rakyat Kelantan terhadap mereka2 yg tidak bertanggungjawab itu. di sini cikna sertakan sedikit latar belakang penaung negeri cikna.
BAGINDA SULTAN KELANTAN SULTAN MUHAMMAD V
Paduka Sri Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra (Tengku Muhammad Faris Petra), Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan Darul Naim. Baginda diputerakan di Istana Batu,Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969, merupakan anak sulung Paduka Sri Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan Darul Naim. Baginda di mahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985. Sebelum dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan dengan gelaran Yang Maha Mulia pada 24 Mei 2009 akibat ketidakmampuan ayahanda baginda memerintah setelah mengalami penyakit strok yang serius. Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010 dengan bergelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra, di Balairong Sri, Istana Balai Besar, Kota Bharu.
Insya-allah, mengikut penggiliran sistem monarki di Malaysia, Baginda bakal dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 14 Disember 2011 mengikut perkiraan secara rawak dan seterusnya bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 pada 15 Disember 2016. Mudah-mudahan Allah lanjutkan usia al-Sultan Muhammad V. Allahu Akbar! Tuanku Al-Sultan pernah bertitah bahawa Baginda memikul amanah Paduka Ayahanda untuk mentadbir negeri dengan berhemah dan menjaga kebajikan rakyat jelata (sebelum ayahanda baginda gering). Pesanan itu menjadi pegangan dan prinsip hidup Tuanku Al-Sultan yang baru dan di sinilah letaknya “barakah” yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T
Pendidikan awal baginda bermula di Prasekolah – Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 – 1975. Selepas itu baginda meneruskan persekolahan di Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu dari tahun 1976 – 1981. Baginda menduduki kelas persediaan – The Alice Smith School, A-Level – Oakham School Rutland, England pada 1983-1989 sebelum meneruskan Pengajian Diplomatik – St Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies pada tahun 1989-91. Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan – Huron University College, London Pengajian Perhubungan Diplomatik – Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin. European Business Administration – European Business School London.
Berjubah.
Baginda sering memakai jubah atau berbaju ‘gumbang’ serta berkopiah. Baginda juga seorang imam kepada makmumnya. Pada Januari 2010, dikala ayanhanda baginda, Sultan Ismail gering, baginda sendiri telah menjadi imam kepada ribuan rakyat jelata Kelantan menunaikan solat hajat berdoa akan kesejahteraan ayahandanya. Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu menjadi saksi baginda mengimamkan solat hajat yang dihadiri lebih 1,000 rakyat negeri itu. Tuanku Muhammad Faris sudah lama diketahui rakyat sebagai putera istana yang cintakan agama dan sering menjadikan masjid sebagai lokasi utama lawatan semasa program menziarahi rakyat di seluruh negeri. Pada hari-hari biasa, Masjid Muhammadi yang merupakan Masjid Negeri adalah masjid utama tempat baginda menunaikan solat berjemaah.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad memberitahu, Tuanku Muhammad Faris sememangnya gemar mendekati golongan agama. Dedahnya, dari dahulu lagi setiap orang daripada 15 anggota Jemaah Ulama, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri sudah mempunyai nombor telefon bimbit baginda untuk kemudahan berhubung bagi memberi sebarang pandangan dan nasihat.
“Tuanku Sultan memberi nombor telefonnya kepada kami secara peribadi dan berpesan supaya menelefon baginda pada bila-bila masa jika ada perkara yang dirasakan perlu ditegur dan dinasihati. Baginda memberi peluang sebegitu terbuka kepada ahli Jemaah Ulama untuk menegur baginda secara langsung tanpa ada sebarang halangan atau protocol. “Saya tidak mengetahui jika ada ulama yang pernah menghubungi baginda khusus untuk tujuan itu tetapi begitulah istimewanya Tuanku Muhammad Faris dalam memberi pengiktirafan kepada ahli agama,” katanya. Tambahnya, baginda juga sudah beberapa kali menunaikan fardu haji dan kali terakhir menyempurnakannya pada tahun 2004.
“Pengukuhan asas dan ilmu agama baginda ini sebenarnya bermula sejak baginda kecil lagi. Ia sudah menjadi tradisi keluarga diraja untuk menjemput para ulama datang ke istana negeri memberi kuliah agama.“Antara yang pernah menjadi guru kepada Tuanku adalah bekas Mufti Kelantan iaitu Allahyarham Datuk Mohd. Nor Ibrahim manakala selepasnya pula ilmuwan tersohor Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yaacob.
“Pelbagai aspek agama disentuh daripada bab akidah, fekah dan akhlak menerusi pembacaan kitab-kitab khusus,” kata Mohamad Shukri yang kini menyambung tugas menyampaikan kuliah agama kepada keluarga diraja. Beliau berkata, sejak dari kecil, baginda berguru mengaji al-Quran dengan seorang qari yang pernah menjulang nama negara di peringkat antarabangsa yang juga bilal ternama negeri ini iaitu Nordin Idris. Katanya, sejak bersemayam di Istana Telipot beberapa tahun ini, Tuanku Muhammad Faris tetap meneruskan amalan memanggil ulama ke istana itu dan baginda tidak meminggirkan petugas-petugas dan pegawai pengiringnya dalam majlis ilmu tersebut. “Kesemuanya dijemput hadir. Kuliah itu diadakan setiap minggu dan akan ditunda jika bertembung dengan jadual tugas Tuanku yang lain,” katanya
“Ambo”.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Tengku Mohd.Norhamzah Engku Hussin pula memberitahu, baginda seorang yang merendah diri. “Seingat saya, semasa baginda menjadi Tengku Mahkota, baginda sering menggunakan perkataan ‘ambo’ sebagai kata ganti dirinya apabila berbicara. Ia jelas melambangkan keperibadian yang merendah diri memandangkan ‘ambo’ itu berbunyi seperti hamba,” ujarnya. “Tapi apabila baginda kini bergelar sultan, mungkin baginda perlu lebih mengikuti protokol,” katanya sambil melafazkan pertubuhannya menjunjung kasih dan taat setia kepada Sultan sepenuhnya.
p/s: terima kasih sahabat facebook cikna wan naz dan al fateh
pernah ke anda melihat SULTAN lain yg pernah mengimamkan ribuan rakyat??
No comments:
Post a Comment