Wednesday, April 13, 2011

:: TANAH, AIR , API, ANGIN::

ASSALAMUALAIKUM
n3 kali khas untuk sahabat maya saya JULIANA. (sila klik utk berkenalan dengan beliau) xD
beliau teramat ingin mengetahui karakter seseorang berdasarkan unsur TANAH, AIR, API ANGIN. Orang dulu-dulu iaitu zaman tok nenek kita selalunya bila ingin menjodohkan pasangan uda dan dara akan mengambil kira unsur tanah, air, api dan angin ini. Contohnya bg yang berkarakter air sesuai dengan unsur tanah sbb tanah bila disiram dengan air akan subur. namun sebaliknya jika, air dijodohkan dengan angin maka akan berlakulah tsunami seperti di Jepun. Sebenarnya andaian mereka ini hanyalah berdasarkan pemerhatian mereka. Mungkin kebetulan ada kebenaranya tp sejauhmana kebenarannya xpula cik pasti.
Jom kita lihat personaliti kita berdasarkan undur:
TANAH: anak pertama, kelima, kesembilan
AIR : anak kedua, keenam, kesepuluh
API: anak ketiga, ketujuh, kesebelas
ANGIN: anak keempat, kelapan, keduabelas

Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

p/s: cik unsur air.. korang??? sumber di atas adalah dr LUKISAN DUNIAKU. (jgn terlalu percaya)

1 comment:

aishareoils said...

xtau plak ecah yg mane satu..lupe..hehe

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...