Inilah Cikgu nak kongsikan kisah
Sepagi berada di sekolah
Dah hampir nak naik darah
Mujur tak sampai rasa nak jerkah
Kena cool, dan kontrol amarah
Kerja yang dibuat tak siap
Boleh pula buat muka terkulat-kulat
Bila ditanya boleh pula menjawab
Buku hilang dah berabad-abad
Beralih pula pelajar lain
Disuruh cari maklumat dibukanya games online
Budak ni aku sekeh jugak kang jadi lain
Macam mana lah guru nak jadi lilin
Pagi-pagi dah naik pening
Takut ada yang melayang ke dinding
Nak tahu sekarang ni ramai guru yang sakit
Sungguh, teman bukan nak ungkit
Darah tinggi, jantung semua dah berjangkit
Melayan macam-macam karenah berbukit-bukit
Menjadi pendidik kena banyak tabah
Walau masalah kian bertambah
Moga Allah berikan rahmah
Kepada seluruh warga sekolah
Agar menjadi insan soleh dan solehah..
p/s: kopi pes :)
2 comments:
salam...
kagum dgn mereka yang bergelar guru...
jom jd guru :)
Post a Comment