Thursday, April 21, 2011

::Sinopsis: JUVANA::

sungguh tidak kesabaran mau menonton JUVANA di TV3.
jom skodeng watak utama JUVANA
Bront Palarea, Zahiril Adzim, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata dan Hariry.
Mesti uols pom xkesabarankan utk menonton cerita JUVANA ni.
JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

p/s:jangan lupa menonton JUVANA tiap hari ISNIN mulai 25 ARIL 2011 jam 9 malam di TV3

3 comments:

orang panggil aku 'KAM' said...

salam catu cerita yang bagus dan penuh tauladan..... minta copy dan nak post dalam blog saya iaitu.... www.mygluta.blogspot.com

Zalina Hassan Zamri said...

diizinkan :)

Myvitrd said...

Sapa-sapa yg ingin mendownload terus drama Juvana boleh rujuk di blog ini

http://sedutje.blogspot.com/2011/04/download-tv3-juvana.html

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...