Ya Allah sampaikanlah salam rindu ini kepada cahaya sebagai sumber segala cahaya,rahsia segala rahsia & ubat seluruh penyakit,anak kunci segala kejayaan...Dialah pemimpin yang kami rindu...Nabi Muhammad yang terpilih keluarganya yang suci serta para sahabat yang menjadi pilihan.....sebanyak bilangan nikmat Mu dan kemuliaan Mu ya Allah...
Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah dan Maha Pengasih limpahkanlah kasih sayang ku terhadapMu dan kekasihMu ya ALLAH. Sesungguhnya hambamu yg kerdil ini sentiasa alpa.
sempena bulan Maulidur rasul ini ambillah masa sejenak kita menghayati pengorbanan Baginda Rasullullah dalam perjuangan mempertahankan agama ISLAM yg kekal hingga ke hari ini.
Memandangkan tanggal 12 Rabiulawal dkt dgn 14 Februari marilah kita sama2
mengatakan TIDAK kpd VALENTINE. Sesungguhnya secara terang-terangan sambutan Valentine itu adalah haram. Mengikut sejarah hari Valentine merupakan hari kekalahan Islam, oleh itu sebagai umat Islam haram bagi kta menyambut Hari Kasih sayang ini. sedangkan kasih sayang bukan berlaku sehari sahaja.
Sebaliknya, sebagai umat Nabi SAW sepatutnya kita berkewajipan melahirkan rasa kasih, pujian, sanjungan dan penghormatan yang tinggi kepada baginda, kerana kedudukan dan kemuliannya melebihi para Nabi dan Rasul dengan memperbanyakkan ucapan selawat dan salam sebagai memperkuatkan iman serta berpegang teguh kepada sunnah dan mengamalkan segala ajarannya sebagai pedoman hidup. ambillah masa utk mengingati junjungan besar Rasulullah S.A.W bukan meraikan Valentine.
P/S: “Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat ke atas Nabi SAW.” (Hadis riwayat ad-Dailami)
1 comment:
hai..singgah sini ;)
katakan TIDAK kpd valentine day.!
Post a Comment