Wednesday, August 26, 2015

:: CARA TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH::

ASSALAMUALAIKUM
        Sejak beberapa minggu yang lalu umi cikna sakit. paras gula dalam badan umi tinggi sehingga 26 yang menyebabkan sebelah tubuh bahagian membengkak dan terdapat kudis di kepala dan juga badan umi. pelbagai ikhtiar yang cikna cuba usahakan selain dari ke hospital dan klinik. pada mulanya bacaan gula dalam badan umi 26, lepas 3 hari p check turun ke 24. lepas tu tiba2 umi xdpt bergerak bila sebahagian badan membengkak kami bawak ke hospital paras gulanya naik balik ke 25. satu ari cikna ada jumpa seorang kawan pos pasal 3 herba ni dekat group facebook iaitu jintan manis, jintan putih dan juga daun sup. dikatakan 3 herba ini dapat menurunkan paras gula dalam badan. cikna mencuba dan tak salah jika kita cuba. sempat jugalah cuba sampai 2 kali buat sebab air rebusan semua herba ini tidak elok diamalkan selalu.
3 herba yang diperlukan
    alhamdulillah hari ni, umi p check paras gula dalam darah dah turun ke 10 walau belum normal lagi tapi sudah menunjukkan perubahan dan doktor yang check juga terkejut sebab turun banyak sgt dr 26 ke 10. jd di sini cikna ambil kesempatan untuk kongsi ilmu yang kita dapat ini dengan orang lain. semoga bermanfaat kepada mereka yang hidap kencing manis atau diebetes. kita ikhtiar tp ALLAH yang menyembuhkan sebagaimana ayat di dalam surat Al An’am (ayat: 17),

“Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
sekian, selamat malam...

P/S: setiap penyakit pasti ada ubatnya

Friday, August 21, 2015

:: PENGGUNAAN MASYAALLAH, ASTAGHFIRULLAH, SUBHANALLAH DAN NAUZYBILLAH ::


selamat malam semoooo!!!!
Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara ini memandangkan ramai kawan-kawan fb dan blog menggunakan ini untuk menulis posting atau komen mereka begitu juga di dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak blog yang telah menulis tentang ini tetapi saya terpanggil juga untuk menegur atau membetulkan apa yang salah. Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah:


 MasyaAllah – Allah Maha Agung
Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
SubhanAllah – Maha Suci Allah
Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah.
Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan ialah “Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”. Kebanyakkan yang saya perhatikan, menggunakan “MasyaAllah” ketika terlihat perkara-perkara maksiat terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Ini banyak berlaku di dalam TV. Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) apabila melihat perkara-perkara yang di tegah Allah. Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “SubhanAllah”. Jadi, jom kita sama-sama menggunakan perkataan-perkataan tersebut di tempat yang sepatutnya untuk mengelakkan kita terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

p/s: biar apa yg diucapkan itu seiring dengan apa yang berlaku

Thursday, August 20, 2015

:: AYAM GORENG BUTTERMILK::

ASSALAMUALAIKUM 
     selamat tengah hari semua... dah lunch? kalo belom meh kita main masak-masak dengan sajian yang agak ringkas dan sedap. bagi mereka yang dah lunch boleh masak untuk dinner nanti. pasti memikat perut suami. jom kita tengok bahan-bahan nak masak ayam buttermilk ni.

BAHAN-BAHAN:

bahan A
Ayam bahagian dada dipotong dadu
tepung gandum
tepung jagung
lada putih
garam
Telur ayam sebiji

bahan B
bawang putih
Susu cair
buttercup
garam
gula
daun kari
cili dipotong

CARA PENYEDIAAN:
tepung gandum, tepung jagung, lada putih dan garam dicampurkan dalam satu bekas. kemudian ayam digaulkan dengan telur yg telah dipecahkan. ayam tadi kemudiannya digolekkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung. perap seketika. selepas itu, ayam tersebut digoreng sehingga ranggup. toskan.
utk buttermilk pula. cairkan mentega  di dalam kuali. tumiskan bawang putih dan masukkan daun kari. kemudian masukkan susu cair, cili, garam, gula dan serbuk perasa. last skali masukkan ayam yg telah digoreng td. kemudian bolehlah dihidang bersama nasi.

  
sedap x?




p/s: jangan lupa amalkan zikir YA LATIF semasa mengacau makanan di atas dapur

Wednesday, August 19, 2015

:: KENANGAN BANJIR 2014 DI KELANTAN ::

           Assalamualaikum... lama menyepi dengan pelbagai masalah dan kekangan, akhirnya sy kembali. ALHAMDULILLAH masih bernafas di saat ini. pada ketika entri ini ditulis KOTA BHARU sedang hadapi hujan lebat. ini mengingatkan saya tentang banjir di penghujung 2014. sangat menakutkan tp alhamdulillah rumah saya terselamat dari banjir. 
             entri kali ini hanyalah untuk memaparkan gambar2 banjir di kelantan 2014 sekitar KOTA BHARU dan sepanjang perjalanan saya ke KUALA KRAI dalam misi bantuan banjir. semoga menjadi kenangan dan takkan lagi berlaku.







 
“Tidaklah seorang muslim mendapat musibah kemudian dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah kepadanya, inna lillahi wa inna ilaihi raajiun. Ya Allah, berikahlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya.” Ummu Salamah berkata,” ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata,”Adakah kaum muslim yang lebih baik dari Abu Salamah? Dia adalah keluarga pertama yang berhijrah kepada Rasulullah SAW, kemudian aku mengucapkan doa di atas lalu Allah memberi ganti untukku berupa rasulNya. Rasulullah SAW mengutuskan Hathib bin Abu Balta’ah untuk melamarku untuk beliau. Aku mempunyai anak perempuan dan aku adalah wanita pemcemburu. Beliau bersabda, ” Adapun anak perempuannya, maka aku berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah mencukupinya (Ummu Salamah) dengannya dan aku berdoa kepada Allah agar Allah menghilangkan sifat cemburu. Kemudian aku bernikah dengan Rasulullah SAW.”
[ Hadis Riwayat Muslim]
 
P/S: marilah kita sama2 berdoa agar kita tidak lg ditimpa banjir besar untuk kedua kalinya. 

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...