Saturday, December 31, 2011

:: 2011 DALAM KENANGAN ::

sebelum kita imbas kenangan 2011 jom tgk wishlist 2011 tertunai ke x? 
MY WISHLIST FOR 2011 
❤ IM GONNA B PRETTIER                (^__^) 
❤ IM GONNA MAKE LOTS OF MONEY   (-__-) 
❤ IM GONNA LOVE MORE      (^_~) 
❤IM GONNA TRAVEL A LOT (-__-) 
❤ DUN B HURT AND CRY LESS THAN 2010 (^__~)

JANUARI
pada 30 jan 2011 kenangan yg xmungkin dilupakan bila festime sepanjang 14 tahun berkawan kami sambut besday sama2. haslizza, chik : semoga persahabatan kita selamanya :)
FEBRUARI
bulan ni bila bestfren aku NURFAIZUN bertunang setelah segala cabaran diharungi. SELAMAT BERKAHWIN pada 2012. juga majlis perkahwinan sahabat aku NORINA. 
MAC

22/3 hari yg paling cemas dalam hidup. xpernah merasa spt ari 2. bila umi n abah kena warded. first umi dulu pastu abah. sangt susah pada masa 2 sbb cikna xda sebarang transport utk hantar mereka ke hospital alhamdulillah seorg sahabat membantu, terima kasih ZURINA (sgt terharu)

bulan ini juga bapa saudara cikna yg dikasihi kena operate akibat saluran darah di otak tersumbat. alhamdulillah sekarang sudah sembuh. 
APRIL

tiada peristiwa yg terlekat kat otak
MEI

my newborn baby muncul dalam hidup. hidup makin berubah bila ada DEBBIE (MY CAR) senang bila sakit dan utk bergerak ke sana ke mari.
JUN
16/06/11-Bulan ni merupakan satu titik perubahan hidup aku. aku mula mencari diri dan telah mula menemui tujuan sebenar aku hidup. seseorg telah menyedarkan aku secara tidak langsung,  tanpa disedari dan aku amat berterima kasih padanya. ALHAMDULILLAH hidup semakin baik walau aku rasa kadang-kadang macam upside sbb dia. last2 aku redha dan pasrah kerana ia RAHSIA ALLAH. SMILE again. 
JULAI

bulan nangis xhenti2 sampai tiba2 berat turun sampai 4kg.. haha.. lawak... skrg naik berkg2
OGOS

bulan muhasabah diri dan aku semakin bertambah baik. biarlah ia rahsia antara aku dgnNYA. 
SEPTEMBER 

musibah menimpa keluarga bila adik cikna xcdt... teruk jugak warded seminggu. then, budak2 nak exam bulan membzkan diri xpayah peduli benda2 merapu. S.M.I.L.E 
OKTOBER
UUM here i come!!! convo time.. 
NOVEMBER
cuti sko0l!!! biasala kalo dah namanya cuti berjimba2 la. balik THAILAND tgk diorg sambut MAAL HIJRAH kat sana. best!! first time cikna join.
DECEMBER

bulan org kahwin!!! kenduri xbrenti2 naik gomok sudah. kenduri sahabat2 rapat. sedey ada, gembira ada. sedih bila kita blom kawen lg (hehe) gembira sbb diaorg gembira. SELAMAT PENGANTIN BARU ZURINA ♥ SHAHRUL, SHAFIRUL AZMIRA, AZURA ♥ RIZAL, RAZIFF ♥ AZLINDA..  

sayang rasanya nak meninggal 2011 sbb g cikna 2011 byk membawa perubahan. org yg terdekat ngan cikna pasti nampak perubahannya dan cikna yg merasainya sendiri. biarlah perubahan itu rahsia cikna dgn ALLAH. DIA yg menilai bagaimana kehidupan cikna. syukur.. semoga hidup kita dalam redhaNYA :) S.M.I.L.E walau apa pun 2012 u r most welcome.. 

p/s:wishlish 2012... ermm... esok la cikna publish.. byk sgt nak list ni.. hehe... neway. SELAMAT TAHUN BARU UTK SEMUA. SEMOGA 2011 SENTIASA DALAM KENANGAN MANAKALA 2012 KITA CIPTA SEJARAH BARU ~~ 

:: GAMBAR JERSI BARU PASUKAN KELANTAN THE RED WARRIORS ::

sempena menyambut tahun 2012, pemain THE RED WARRIORS bakal memakai jersi baru. Jersi baru ni telah dilancarkan di KTC KOTA BHARU KELANTAN pada pagi td.
 korang rasa cantik x jersi baru diorang ni? bg cikna cam xcantik jek. cantik yg lama lg rasanya. papehal harap dgn jersi baru ni pemain bola sepak TRW akan terus cemerlang. HIDUP TRW!!!!
BAHAGIAN DEPAN


BAHAGIAN BELAKANG



Friday, December 30, 2011

:: PUDING LAICI ::

yummy!!!!
dengan sukacitanya cikna menjemput anda menjamu mata dgn puding laici yg sedap dimakan ketika sejuk.. resipinya sangatla mudah. sesiapa pon bulih buat. 
BAHAN
setin laici
setin susu cair
satu cawan gula (cikna kurangkan sbb air laici dah manis)
1 liter air
25 gram agar2 (cikna pakai agar2 tali)

CARA-CARA

laici di asingkan dari air. hiris laici nipis2. kemudian, masak air dgn agar2 sampai hancur dan sebati. apabila mendidih masukkan gula, air laici serta buah laici td. akhir sekali masukkan susu cair. biarkan mendidih sekejap. akhir sekali masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. 

senangkan. dah siap letak lam peti ais. makan masa sejuk. mmg best sbb tergigit laici yg asli. 

Thursday, December 29, 2011

:: PROMOSI PEMBUKAAN KEMBALI KOLEKSI JILBAB ::

korang penggemar skirt?? dapatkan skirt DELILA yg diperbuat dr kain cotton yg sangat lembut dan sejuk serta selesa dipakai dengan hanya RM20 tidak termasuk kos penghantaran.
utk tempahan segera ke page KOLEKSI JILBAB



Sunday, December 25, 2011

:: MAKARONI BAKAR ::

anda suka makan? cikna suka makan n main masak2.. hehehe... bak kata org utk persediaan ke alam rumahtangga. nanti bila mertua suh masak xdala terkial2. at least cikna masih tau beza lengkuas dan halia walau xterer sgt memasak. bak kata omputeh PRACTICE MAKE PERFECT!!! hehe.. jom praktis sesama
BAHAN-BAHAN:
300 gram makaroni
250 gram daging cincang
4 biji telur
4 sudu besar rempah kari
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
keju yg diparut
minyak utk menumis
serbuk perasa
CARA-CARA:
rebus makaroni hingga empuk dan toskan. panaskan minyak, tumis bawang besar bersama rempah kari hingga naik bau. kemudian masukkan daging cincang dan kacau sehingga masak. kemudian masukkan susu, garam, gula dan air. kacau rata. last skali masukkan makaroni dan masak hingga mendidih. sediakan loyang yg telah digriskan dan masukkan makaroni td ke dalam loyang. akhir sekali tabur cheese di atas makaroni dan bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah.. (resipi dr myresipi. cikna guna buat separuh sahaja dr resipi di atas)
p/s: festime buat dan alhamdulillah menjadi... :)

:: WAHAI MUJAHIDAH SOLEHAH ::


Buatmu mujahidah solehah...
Dengan kecantikanmu..Kau lebih elok dari mentari..
Dengan akhlakmu...Kau lebih wangi dari haruman...
Dengan rendah hatimu.. Kau lebih tinggi dari rembulan...
Dengan kelembutanmu...Kau lebih halus dari rintik..
Maka pertahankanlah keindahan ini...
Agar kau terus-terusan menjadi sayap kiri perjuangan Islami..
Penegak kalimah Allah di muka bumi..


p/s: mampukah aku berjuang di jalanMU??

Saturday, December 24, 2011

::HIKMAH TIDUR SIANG (QAILULLAH) ::

ISLAM mempunyai pandangan tertentu mengenai tidur di siang hari. tidur sekejap disiang hari anatara 30 minit hingga 40 minit sebelum zuhur dianggap sbg sunnah dan ia bertujuan agar memberi kesegaran pada tubuh agar dapat dimanfaatkan utk melaksanakan amal dan ibadah pada malam hari. 

Mengikut kajian sains: Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News:’Scientific Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,’ from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’ Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’
Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.’ Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.
Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. (Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)
p/s: jom tidur sekarang!!!!

Wednesday, December 21, 2011

:: NOT/DUIT BARU MALAYSIA ::

wah!!! chumil giler duit baru ni cam duit saidina ada.. kiut miut gtu.. not RM1, RM5, RM10, d coming back RM20, RM50 dan RM100 bakal diguna pakai pada JULAI tahun 2012.
p/s:warna pink xda ke?? hehe

JAWAPAN AL-QURAN KEPADA SETIAP PERTANYAAN ::


setiapkali dibebani dengan sesuatu pasti byk persoalan yang bermain di minda dan setiap pertanyaan yg kita lontarkan pasti ada jawapan dan jawapan itu ada di dalam AL-QURAN....

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?QURAN MENJAWAB:“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?QURAN MENJAWAB:“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?QURAN MENJAWAB:“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA TERTEKAN?QURAN MENJAWAB:“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB:“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB:“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?QURAN MENJAWAB:“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?QURAN MENJAWAB:“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!QURAN MENJAWAB:“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
- Surah Yusuf ayat 12

Tuesday, December 20, 2011

:: PERJALANAN SEBUAH KEHIDUPAN ::

Ya ALLAH Ya Tuhanku,
ampunilah aku, sikapku, kesalahanku, 
KAU pandulah aku utk menarik diri keluar dr terus terlena dgn kecantikan dunia
sesungguhnya hanya padaMU ku serah segala harapan
aku pasrah dengan segala yang terjadi.
YA Rabb,
hanya KAU yg MAHA MENGETAHUI perjalanan hidupku ini
ku yakin dengan takdir yg telah ditentukan olehMU utkku hambaMU yg dhaif ini
amin~
p/s: Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepdaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (Surah al-A'raf: 55-56)

Saturday, December 17, 2011

:: GAMBAR PERKAHWINAN GAY MELAYU ::



hebat!! anda memang hebat.. hebat dalam memalukan keluarga. hebat dalam membelakangkan agama. serius rasa nak muntah tgk2 gamb perkahwinan pengikut kaum NABI LUT ni. Tidak takutkah beliau terhadap balasan yg bakal di terima di akhirat nanti? sudah lupakah beliau pada cerita yg telah terjadi kepada kaum NABI LUT A.S? 
“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang alim. ” 
(QS. Hud: 82-83)
semoga anda mendapat hidayah dr ALLAH utk kembali ke pangkal jalan. masih belum terlewat utk bertaubat selagi nyawa belum sampai ke halkum. 

Dublin, 15 Dis : Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD), Ariff Alfian Rosli, 28, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya kelmarin berada dalam keadaan selamat di Dublin, Ireland Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian di UCD lagi. Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan
Peribadi Dublin. ”Kerana itu juga Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya, ini kerana kita terikat dengan akta tersebut dan bukan seperti yang  dilaporkan oleh ibu bapanya semalam. ”Status Ariff Alfian di sini sah termasuk dari segi visa dan segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di sini. “Namun, kita sebagai pihak yang terdekat dengan Ariff Alfian akan berusaha mendapatkan beliau supaya menghubungi keluarganya di Malaysia,” katanya.
Wisma Putra ambil langkah sewajarnyaSementara itu, Bahagian Konsular dan Bahagian Eropah Wisma Putra ketika dihubungi menjelaskan pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan pelajar terbabit selepas menerima laporan kehilangan pada 2009. “Kami telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan pelajar tersebut dan telah dimaklumkan pelajar itu mempunyai rekod yang sah untuk memasuki Ireland. “Namun, percubaan untuk menghubungi beliau gagal kerana dia tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya,” kata sumber tersebut.

Sebenarnya budak yg hilang ni tgh berseronok dgn pasangan dia. Dah berkahwin pon budak ni. kahwin dgn lelaki (TT__TT) dah xda perempuan ke kat dunia ni??? sedih sgt....
pakai topeng lg bagus...


yuck!!!!!meloyakan...

suber rujukan: KOLEKSI ARTIKEL
p/s: lelaki sikit ke perempuan yg sikit ni sampaikan kahwin pon sesama jenis. xlalu (!__!)

:: BUAT BAKAL IMAMKU ::

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

.

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah

.

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku

Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau boleh mencintai aku apa adanya

Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

.

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

.

Kerana….

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya


Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

Buat bakal imam Ku


Friday, December 16, 2011

:: DI BAWAH LINDUNGAN KA'ABAH ::

ASSALAMUALAIKUM
kali ni cikna nak kongsi link movie DI BAWAH LINDUNGAN KA'ABAH. cikna blom lg berkesempatan utk menonton movie ni jd xdpt la nak kasi review. tp apa yg cikna tau movie ni mmg hebat. selamat menonton yer...
DOWNLOAD LINK:
selamat menonton :)

Wednesday, December 14, 2011

::HIMPUNAN DOA2 HARIAN::

Doa merupakan senjata org2 mukmin. oleh sebab itu seharian kita seharusnya tidak boleh terlepas dari berdoa sebelum melakukan aktiviti. paling2 tidak kita membaca basmallah sebelum memulakan sebarang aktiviti. entry kali ni merupakan himpunan doa yg cikna ambil dr rakan FB utk rujukan kita semua. selamat beramal :)

Doa ketika hendak masuk tandas
بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Maksudnya : Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.

Doa Memakai Pakaian Baru
اللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ أَنْتَ كَسَوتَنِيهِ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيرِهِ وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ
Maksudnya : Ya Allah bagimu pujian Engkau telah memakaikan aku dengannya aku memohon kepadaMu dengan kebaikannya dan kebaikan yang diperolehinya dan aku memohon perlindungan kepadaMu dari kejahatannya dan kejahatan yang diperolehinya.

Doa Memakai Pakaian
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا وَرَزَقَنِيْ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku pakaian ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan upaya dariku.

Doa Terkejut Dari Tidur atau Mengigau
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه , لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِير ، اَلحَمْد لِلّهِ وَلاَ حَولَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ ، اللَّهُمَّ اغفِرْلِي
Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Allah tiada sekutu bagiNya, Baginya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu, Segala puji bagi Allah dan tiada daya dan keupayaan melainkan dengan keizinan Allah, Ya Allah ampunilah daku.

Doa Bangun dari Tidur
الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Doa Sebelum Tidur
الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Doa Penerang Hati
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
(Taha : 25,26,27)

Doa Supaya Berada di Jalan yang Benar
رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku"
(Al-Isra' : 80)

Doa Supaya Tetap Mendirikan Solat
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ، رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
(Ibrahim : 40/41)

Doa Meminta Perkara Tidak Penting ....

رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاًّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi"
(Hud : 47)

Doa untuk Menegakkan Kebenaran
رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim"
(Al-A'raaf : 89)

Doa diampunkan dari Kezaliman
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"
(Al-A'raaf : 23)


p/s: terima kasih sahabat FB SYAIFUL AZLAN.. tanpa beliau entri ini pasti tidak wujud. jazakallah khair ya akhi..

:: KFC COUPON PROMOTION FINISHED!!!::

baru jek cikna wat n3 pasal kupon free zinger burger KFC. tgk2 xsamapai 24 jam KFC dah keluarkan kenyataan bahawa stock dah hbs dan promosi tamat. xsempat nak redeem dah tamat. UPSET!!! nak tau lebih lanjut p kat facebo0k KFC http://www.facebook.com/KFCMalaysia
SEKIAN TERIMA KASIH

:: KUPON REDEEM KFC FOR FREE ::

assalamualaikum dan selamat petang
pada petang yg aman damai ni cikna nak share sesuatu dgn uols penggemar KFC.
KFC telah mengeluarkan online voucher bg mereka yg suka makan zinger burger. xperlu nak tunggu gaji ke bonus kalo nak makan ZINGER BURGER. skrg uols cuma perlu print kupon kat bawah ni banyak2 dan p redeem kat KFC.

redeem byk2 n valid until 15 JANUARI 2012
selamat menjamu selera

Monday, December 12, 2011

::THE MARVELOUS BLUEBERRY CHEESE TART ::

kam main tajuk entry gempak siottt... hehe.. siap ngan "marvelous" gitu. jgn terpedaya ngan tajuk entri hakikatnya rupo blueberry cheese tart yg second time cikna buat agaklah terburuk. tpkan walau rupa buruk n hodoh rasa di tetap best. kalo cikna naik lif xtekan sdiri sapa lg nak tekan kan.. hehe.. kalo uols xcaya, uols leh tanya kawan cikna sbb kami buat bersama2 dan almaklum la kami xda acuan tart. kami guna apa je yg ada kat dapur. awak2 semua layan jek resipi dan ghupo blueberry cheese tart cikna ni. kalu rasa nak kutuk pon kutuk je la. semoga kutukan tersebut kutukan membina.
utk resipi crust uols leh rujuk yg cikna buat tart telur dulu kat SINI. sama je dia punya bahan2 yg lain filling je.
BAHAN2 FILLING
250 gram cream cheese
20 gram butter
60gram gula halus
1 biji telur
Blueberry atau apa2 saja yg anda suka utk filling

cara buat:
sediakan crust spt biasa. sila rujuk diSINI. kemudian sediakan filling.
mula2 pukul cream cheese, gula dan butter hingga kembang. masukkan telur dan pukul hingga sebati. apabila crust dah separuh masak. keluarkan dr oven dan masukkan filling blueberry td dan pipekan adunan cream cheese di atas filling td. bakar lg pada suhu 180 darjah selama 15 minit.

p/s: mereka yg berjaya adalah belajar dari kegagalan

::PESANAN BUAT ADAM ::

hampir seminggu saya tidak melakar sebarang perkataan di hamparan blog ini. hari ni ada sedikit buah tangan sekembali saya mencoret sesuatu di dinding blog ini.

pesanan buat ADAM,
Jangan bergurau sebarangan dengan hati perempuan. mungkin nampak teguh tp hakikatnya hati ini mudah terusik...
"JANGAN MENYENTUH JIKA TIDAK BERNIAT MAHU MEMETIK"
ramai kaum ADAM di luar sana yg hanya berniat mahu "mengetest power" dgn mengayat gadis2. kadang2 bukan dgn cara mengayat tp perbuatan sekalipun kami kaum HAWA mudah tersentuh. oleh itu, seharusnya HAWA memelihara hati anda. jgn biarkan ia diusik sebelum waktunya.
p/s: credit to ijun (sy mengedit gamb anda) n syafiqah (cg amek status anda)

Wednesday, December 7, 2011

:: TERIMA KASIH ::

satu hari cikna p kenduri kawan dan cikna park debbie (my car) kat tepi rumah org tp cikna xperasan yg tempat 2 berlumpur sbb dia berumput. lepas kenduri nak gerak jek debbie xleh dah sbb tayar dah sangkut lam lumpur tebal. tekan minyak sampai dah makin dalam tayar terlekat. pada ketika itu terasa sangatlah cuak. Alhamdulillah, ada seorg abang datang dan memberi bantuan. beliau menolak debbie dan terselamatla tayar debbie dari terus terperangkap dalam lumpur.
apa yg hendak cikna sampaikan di sini adalah mengenai DIA yg menghantar pertolongan sewaktu kita susah dan tersempit. mmg benar abang itu yg menolong cikna tp siapa yg menggerakkan hatinya utk menolong cikna? pastinya ALLAH swt. tanpa pertolonganNYA xmungkin cikna ditolong oleh abang tersebut. oleh sbb itu, berterima kasihlah pada pelaku yg menolong kita dan juga berterima kasihlah pada pelaku yg telah menolong kita.
"barangsiapa yg diberikan satu perbuatan kebaikan kpdnya lalu dia membalasnya dengan mengatakan "jazaakallahu khayron (semoga ALLAH membalasmu dgn kebaikan), maka sungguh hal itu sudah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya"
(HR.At-Tirmidzi (2035), An-Nasaai dalam Al-kubra (6/53), Al-Maqdisi dalam Al-mukhtarah: 4/1321, Ibnu Hibban: 3413, Al-Bazzar dalam musnadnya:7/54. Hadits ini dishahihkan Al-Albani dalam shahih Tirmidzi).

p/s:bila kita berbuat baik pd org insyaALLAH org akan berbuat baik kpd kita.

Monday, December 5, 2011

:: MY BESTFRIENDS WEDDING ::

assalamualaikum
tanggal 3/12/2011 cikna terima 2 undangan perkahwinan dr 2 sahabat abik cikna.. dua2 sahabat zaman kecik2. sgt gembira utk mereka yg sudah pun selamat melangsung perkahwinan. alhamdulillah....
SHAFIRUL AZMIRA
macam majlis reunion plak kat wedding ZURINA
majlis akad nikah ZURINA
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21
sebenarnya ada sedikit kesedihan di sini sbb cikna dah kehilangan teman hang out, ZURINA. dia sahabat yg baik dan teman yg selalu membantu cikna. dia juga teman yg selalu cikna sakiti hatinya. kami selalu bergaduh namun kami tetap berbaik semula macam adik beradik.
"ijun, tinggal kita berdua sudah :("
p/s: semoga kekal sepanjang hayat duhai sahabat2ku..

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...