Sollu 'ala nabi
assalamualaikum n a very good morning. jam 12.15 pagi baru rajin nak blogging. arini cikna nak share tempat makan yang menarik dan sedap2 sekitar KELANTAN. sesiapa yang nak plan bercuti ke kelantan bolehlah cuba2 akan di tempat yang cikna senaraikan ni yer. kelantan sememangnya terkenal dengan makanan yang sedap2 dan murah pulak tu.
1. KOPITIAM KITA
untuk sarapan pagi anda bolehlah ke kopitiam kita. Antara kafe untuk sarapan pagi yang terkenal di Kelantan.Menyediakan
pelbagai jenis nasi dan menu seperti Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi
Tumpang Kubang Pasu, nasi lemak dan banyak lagi. Menu lain yang
istimewa ialah roti titab iaitu roti bakar yang dihidangkan bersama kaya
dan telur separuh masak.
Alamat/lokasi : 4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu, Malaysia.
Waktu: seawal jam 7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari sahaja.
2. WARUNG NASI KERABU
Kedai nasi kerabu ni cikna xnak sajez mana2 kedai tp cikna nak uols sendiri buat pilihan sebab sepanjang jalan dari Kadok sampai ke ketereh itulah zon nasi kerabu. macam2 spesis ada nasi kerabu di sepanjang jalan tersebut. warung nasi kerabu su, warung nasi kerabu cik siti, warung nasi kerabu daging singgang dan byk lagi. apa yang cikna nak ckp semua sedap. jd pilihan di tangan anda... kalo nak p makan area cni bek p ari sabtu sebab lepas makan anda boleh sopim di pasar tani ketereh. macam2 hado....
3. NASI ULAM CIKGU HAMID
bg mereka yang suka makanan kampung kat cni sgt recommended, cikna dr zaman sekolah lg mmg suka makan sini sbb murah sgt dan pemilik restoren ni ayah kawan cikna so kalo member tu ada dpt diskaun la. nasi ulam cikgu ni terletak dekat pusat kraftangan kota bharu iaitu berdekatan dengan PASAR SITI KHADIJAH. jd uols yang sopim kat pasar siti khadijah tu bolehla menjamu selera kat cni. makan ramai2 nasi uam budu dengan ikan bakar, ikan keli goreng, ikan patin asam pedas, ayam goreng ranggup panas2 dan pelbagai ulam-ulaman dihidang pula dengan air sirap selasih. masyaALLAH memang sedap dan menyelerakan.
4.
RESTOREN ABE MIE
tak suka makan nasi ulam dan tercari-cari nasi yang simple. ni dia yang anak cri NASI AYAM GORENG ABE MIE. memang beratur la nak makan nasi ni. kena sabar la yer.
Menyediakan hidangan nasi kukus yang berlaukkan ayam goreng berempah. Lauk yang lain juga ada. kedai nasi abang ni dekat saja dengan BILLION kota bharu. lepas makan boleh sambung shopping.
Alamat/lokasi : Restoran Abe Mie, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
5. RESTOREN SULIZA SUP AIR ASAM DAN DAGING BAKAR
rasa nak makan tengahari dengan lauk pauk yang masam2 sedap dan bersup? kat cni uols semua patut pergi. pergh!!!! sup air asam dengan daging bakar dia mmg terangat. order by set trus. set sup air asam daging bakar. cikna kalo p sini xcukup 1 set (opppsss). lokasi kedai ni dekat je dengan restoren abe mie iaitu berdekatan dengan open universiti jalan lundang.
Rasanya kena stop dulu dah lewat ni esok nak keje. so nanti free cikna sambung balik
TEMPAT MAKAN MENARIK DAN SEDAP DI KELANTAN.
p/s: bismikallah humma ahya wa amut.