Thursday, March 8, 2012

:: SATU PERUBAHAN ::

assalamualaikum
ermmm.... lama x update blog. malam ni cikna nak cerita sesuatu. cerita mengenai perubahan yg berlaku dalam diri seseorang manusia. bila seseorang berubah tidak kiralah bagaimana perubahan seseorang itu manusia disekelilingnya pasti akan mengait perubahan itu dengan sesuatu atau seseorang. sebenarnya manusia boleh berubah dengan pelbagai cara dan siapa yg menggerakkan perubahan ini??? hanya dengan izinNYA dan kehendak manusia itu sahaja yg boleh berubah. 

Allah berfirman dalam surat QS. Ar-Ra'du (13):11,

"Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum jika bukan kaum itu sendiri yang merubahnya"

faham x maksud ayat di atas? ALLAH xkan mengubah seseorg melainkan seseorang itu ingin berubah. dan perubahan yg dilakukan adalah hasil dr hidayah dr ALLAH juga dan usahanya. dengan hanya mendengar lagu nasyid mungkin seseorang itu boleh berubah, mungkin dengan berkawan dengan orang yg lebih pengetahuan agama menyebabkan seseorg itu ingin berubah atau dengan hanya menonton filem seseorang itu tergerak ingin berubah. perubahan itu terjadi kerana dia yg ingin berubah dan didorong oleh ALLAH melalui sesuatu. Perubahan seharusnya dipertahankan dan istiqamah.
jika anda berubah kerana seseorg, mungkin bila seseorang itu tiada anda mungkin tidak istiqamah dan xkan meneruskan semua ni. ini dipanggil hipokrit. anda mungkin pernah membaca bait2 kata di bawah:

Cinta bunga...Bunga akan layu
Cinta Manusia..Satu hari dia akan pergi jua
Cinta Allah S.W.T..Cinta yang kekal abadi selamanya


apabila cinta anda pada manusia telah terhapus dan anda berubah demi manusia tersebut, adakah perubahan anda akan kekal???? lakukanlah kerana LILLAHITAALA....

p/s: teringat bila diri sendiri berubah terus dikaitkan dgn manusia lain kebetulan benda tu terjadi selepas sy cuba berubah.. ermm... mulut org biarlah janji sy tau kenapa sy jd begini.

No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...