Masalah disiplin para remaja sangat berada pada tahap yg amat2 merungsingkan. Siapakah sebenarnya yg patut disalahkan? Guru-guru? ibu bapa? atau keadaan? Bagaimanakah cara sebenarnya masalah disiplin ini harus diatasi? Apakah cara yg terbaik perlu dipraktikkan oleh kami para guru disiplan dalam membentuk peribadi seseorg pelajar?
Kami pernah menjadi seorg murid pda suatu ketika dulu dan pernah melanggar disiplin tetapi kenapa hukuman yang dikenakan terhadap kami tidak lagi boleh gunapakai terhadap pelajar sekarang? jika dulu, seorg pelajar melakukan kesalahan seperti ponteng kelas dan dikenakan rotan sudah memadai bagi kami. Tetapi bagi pelajar sekarang apabila guru menghukum mereka dgn merotan sudah tidak boleh dipakai lg kerana pasti ada perkara buruk akan berlaku terhadap guru tersebut. Mereka pasti akan membalas dendam terhadap guru dan yang paling ringan sekali conteng kereta, namun yang paling agak melampau menyerang guru tersebut. jika dulu seorg guru disiplin amatlah ditakuti dan dihormati, kini guru disiplin merupakan seorg yang amat dibenci.
Aduhai pelajarku, dirotan dan dimarah bukan kerana kebencian tp ingin membentuk keperibadian. Tidak ingin sekali kumelihatmu terlena asyik dalam dunia remaja yang penuh dengan keseronokan. Niatku cuma ingin membentuk seorang khalifah yg bakal menerajui negara berteraskan Islam. Dan satu izinkan aku penuhi dadamu dengan ilmu-ilmu dunia dan akhirat.
PERMATA HATIKU,
No comments:
Post a Comment