Thursday, October 28, 2010

LAGI SEKALI

SobSob... ni da kali ke berapa cik revert template blog... kena bermula from zero. byk lagi yang cik kena blaja... org kat luar sana plsz aja cik nak memajukan lg blog cik yang xbrape nak maju ni..

Sunday, October 24, 2010

::my first trial::



Sangat senang ati arini so Misz dengan penuh gembira membikin 2 jenis puding: puding coklat berkastard dan puding buah-buahan. Untung la sape kawen ngan i.. muahahaha... (perasan) kat sini saya tempekkan resipi puding coklat berkastard yang diambil drpd blog dayang jack. kredit to dayang....

Puding Coklat :

  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 1 sb tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :

  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.

Thursday, October 21, 2010

::CORETAN UTK PERMATA HATIKU::

Masalah disiplin para remaja sangat berada pada tahap yg amat2 merungsingkan. Siapakah sebenarnya yg patut disalahkan? Guru-guru? ibu bapa? atau keadaan? Bagaimanakah cara sebenarnya masalah disiplin ini harus diatasi? Apakah cara yg terbaik perlu dipraktikkan oleh kami para guru disiplan dalam membentuk peribadi seseorg pelajar?

Kami pernah menjadi seorg murid pda suatu ketika dulu dan pernah melanggar disiplin tetapi kenapa hukuman yang dikenakan terhadap kami tidak lagi boleh gunapakai terhadap pelajar sekarang? jika dulu, seorg pelajar melakukan kesalahan seperti ponteng kelas dan dikenakan rotan sudah memadai bagi kami. Tetapi bagi pelajar sekarang apabila guru menghukum mereka dgn merotan sudah tidak boleh dipakai lg kerana pasti ada perkara buruk akan berlaku terhadap guru tersebut. Mereka pasti akan membalas dendam terhadap guru dan yang paling ringan sekali conteng kereta, namun yang paling agak melampau menyerang guru tersebut. jika dulu seorg guru disiplin amatlah ditakuti dan dihormati, kini guru disiplin merupakan seorg yang amat dibenci.
Aduhai pelajarku, dirotan dan dimarah bukan kerana kebencian tp ingin membentuk keperibadian. Tidak ingin sekali kumelihatmu terlena asyik dalam dunia remaja yang penuh dengan keseronokan. Niatku cuma ingin membentuk seorang khalifah yg bakal menerajui negara berteraskan Islam. Dan satu izinkan aku penuhi dadamu dengan ilmu-ilmu dunia dan akhirat.
PERMATA HATIKU,
"YANG PERLU DI HIAS ADALAH PERIBADI. YANG PERLU DIJAGA ADALAH DIRI, YANG PERLU DIRENUNG ADALAH HATI"

Sunday, October 10, 2010

BILA CINTA-OST LAGENDA BUDAK SETAN

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh

Dalam harapan

pertama kali aku dengar lagu ni masa tgk filem Lagenda Budak Setan. Dengar je lagu ni there's a lot of memories come back. muahahhahaha.... kisah zaman muda-muda la katakan. tp kisah-kisah ini yang mewarnakan kehidupanku, tanpa kisah-kisah ni mungkin hidup aku seakan-akan tv 60 an dulu-dulu ( hitam putih) tiada warna. mana best xda warna, kalo nak makan pon kita cari yang cantik dan colourful. semua crita-crita sedih, gembira, duka, kecewa, mengajar aku erti hidup dan menjadikan aku lebih tabah. Lagu ni benar-benar meningatkan aku kisah cinta aku. cinta bertepuk sebelah tangan dan cinta yang tidak diungkapkan dalam erti kata sebenar. bila ingatkan balik macam best kecewa skali lagik. hukhuk... best bila part kita nangis-nangis semahu-mahunya dan lepas tu ok sebab da boleh menangiskan.

pesanan untuk adik-adik kat luar sana. tiada cinta yang kekal abadi melainkan cinta kepada Allah. jangan terlalu hanyut dalam cinta manusia, cinta manusia jika terlarang lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan. bercintalah setelah diijab dan kabul kerna cinta pada ketika ini lebih manis dan setiap perbuatan kebaikan kita pahalanya lebih berganda. berganda dari ketika kita melakukannya secara solo. kan dah berdua mestila kena ganda. walau bagaimanapin ketika inilah musuh anak adam paling kerap menyerang. disebabkan pahala da berganda, maka syaitan akan menggoda anak adam agar tidak dapat mengecapi pahala tersebut. sebab itulah ada berlaku penceraian, keruntuhan rumahtangga dan sebagainya. hal rumah tangga saya xnak sentuh sebab rumah say masih xda tangga dalam ertika yg tepat saya belum kawen. Bkn xnak kahwin tp belum ada jodoh.oklah.. sekian adios.

Friday, October 8, 2010

Cerita Maher Zain

salam jumaat..
sudah lama misz xdengar lagu. ada satu hari tak ingat berapa haribulan, misz terdengar satu lagu arab yang agak best pada pendengaran misz. pada ketika itu misz kat hari terbuka KIAS bersama seorg rakan misz. misz tanya member misz tentang lagu yg misz dgr. member misz ni pernah blaja kat mesir so taula bahasa arab. dia bagitau misz, ni la lagu popular sekarang MAHER ZAIN- BARAKALLAH, lagu pasal kahwin. perkara ni da lama berlalu tp sekarang baru misz sempat cari-cari dan dOwnload lagu-lagu tersebut. terimalah MAHER ZAIN-BARAKALLAH.

Wednesday, October 6, 2010

PMR oh PMR

salam exam... (mood exam) Hari ni hari ketiga peperiksaan PMR telah berjalan. esok paper sains, berdebar-debar ak rasa ati. entah macamane patern soalan yang kuar. Ya ALLAH ya Tuhanku, semoga anak didikku dapat menjawab soalan dengan tenang dan dengan penuh keyakinan. sesungguhnya guru mu ini mampu berdoa dan tawakal sahaja pada ketika ini...

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...