Sunday, August 25, 2013

:: TAHAJUD DOA DIMAKBULKAN ALLAH ::

assalamualaikum, selamat malam saudara2ku seIslam..

Alhamdulillah malam ini masih mampu menyedut oksigenNYA masih mampu jari jemari montel menari-nari di keyboard walaupun isinya cuma picisan mungkin. malam yang indah dan sepi ini hati Cikna ada sedikit gundah gulana, mungkin dahagakan tahajud di tengah malam. kita insan yang lemah dan penuh kekurangan diri. manusia tiada yang sempurna. seringkali lupa bahawa kita sedang menikmati segalanya adalah pinjaman dariNya. Dalam dunia ini, macam2 kita inginkan, rumah besar, kesenangan hidup, jodoh, anak, rezeki, kebahagian dan pelbagai lagi. dengan siapa yang harus kita pohon? dengan siapa harus kita meminta? kepada siapa untuk kita merayu? kembali renungkan siapa yang mencipta kita? ALLAH SWT. YA!!!! ALLAH SWT. mintalah padaNYA, pohonlah padaNYA. merintihlah dalam setiap sujud, ketika dahi rapat di sejadah. 

YA ALLAH YA TUHANKU, PEMBERI RAHMAT KEPADA SEKIAN ALAM, YANG MAHA MENGASIHANI, KASIHANI LAH DIRI KAMI YA ALLAH, KASIHANI MEREKA SAUDARA SEISLAM KU YA ALLAH. KAU KUATKAN MEREKA, KAU MENANGKANLAH MEREKA DALAM MEMPERJUANGKAN NEGARA MEREKA KE JALANMU YA ALLAH. ...
Mintalah apa sahaja dariNYA dengan penuh yakin, kusyuk dan rendah hati. insyaALLAH pasti dimakbulkan walau bukan dalam bentuk yang kita kehendaki tp cukuplah dalam bentuk apa yang kita perlukan. 

saudaraku,
Cikna memuntahkan perkataan di atas bukan kerana ingin menunjuk yg sy baik tp sy sedang perbaiki diri. byk dosa dan kekurangan diri ini tp sedang cuba untuk menjadi yang terbaik. insyaALLAH.. Jom! bantu sy meninggalkan apa yang sepatutnya dan menambahkan apa yang sepatutnya. 

utk panduan solat tahajud anda boleh ke web SHAFIQOLBU.
semoga manfaat :) 
selamat malam 

Monday, August 19, 2013

:: SEDEKAH SAHAM AKHIRAT (SUMBNGAN KEMANUSIAAN UTK MESIR) ::

ASSALAMUALAIKUM... Selamat malam.. alhamdulillah kita masih berada dalam bulan syawal. walaupun kta hampir 2 minggu meninggal ramadhan namun keberkahan bulan ramadhan masih terbias di bulan syawal apabila kita menjalan puasa selama 6 hari di bulan syawal.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).
Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.


     nampak x betapa sayangnya ALLAH kpd hambaNya, dgn tak menjadikan bulan ramadhan sahaja istimewa tp juga bulan Syawal dan bulan2 lain. alhamdulillah... entry kali ni cikna nak bercerita ttg sedekah sebenarnya sambil memohon sumbangan kemanusiaan utk saudara kita di MESIR. taukah kawan2 semua apa yg telah berlaku di MESIR selama 9 hari kebelakangan ini? YA ALLAH, mereka diuji dengan kekejaman dan kezaliman AS-SISI sama juga dengan kezaliman yang dilakukan oleh FIRAUN. Ayuh sahabat sekalian! mungkin kta xberupaya utk berjihad dan syahid bersama2 mereka namun bantuan kta yang kecil seperti inilah yg mungkin membantu mereka. mungkin kta xmempunyai wang banyak tp cukuplah RM1 sahaja sudah pun dikira berjihad ke jalan ALLAH. hebat bukan sedekah ini, mampu menjadi saham kita di akhirat nanti. 




Dalam hadis dari Abu Malik Al-Asy'ari, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَالصَّلَاةُ نُورٌ، وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ، وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ

"Shalat adalah cahaya, sedekah merupakan bukti, sabar itu sinar panas, sementara Al-Quran bisa menjadi pembelamu atau sebaliknya, menjadi penuntutmu." (HR. Muslim 223).



bg sesiapa yg ingin memberi sumbangan bolehlah dibuat mll acc bank di atas..
p/s: sumber gambar di atas adalah dr FB sham kamikaze... utk bukti sila ke fb beliau.. 

Thursday, August 1, 2013

Pagi2 dah mood jiwang menggilozs xtentu pasai. Sgt xsuka bila slalu sgt digula2kan perasaan ini. Kan dah kena penyakit diebetes xpepasal. Sobsob.. slalu sgt jd mangsa gni. Sedih sgt tp nak buat camne lg kalau kta ni adalah insan yg dipilih olehaNYA utk diuji dgn org suka bg kata2 candy crush ni. Mmg sakit ati bila dr awal lg dah cakap kta xsuka gula3 tp akhirnya terpaksa telan bila ari2 itu yg disajikan. Last2 bila dah addict benda tu dia tgalkan kta begitu saja. Xpelah... sy redha dgn apa yg dilakukan. Pasrah... biar aku membawa lara dan duka ni sendiri... kerana kau bukanlah yg terbaik utkku....

P/s: lama xmengepos tp skali pos benda lara mcm ni.. yaALLAH lindungi hambaMU. jgn lah lg kau membolak balikkan hati ini  

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...