Bercakap tentang jodoh ia mmg sesuatu yg kita tak dapat nak tafsirkan. Jodoh merupakan rahsia ALLAH swt sebagaimana saat matinya kita. kita tahu bahawasanya kita akan mati tp kita tidak tahu bilakah, di manakah dan bagaimana caranya kita akan mati. begitu juga dengan jodoh, dengan siapa dan bagaimana orangnya pasangan kita, semuanya kita tidak tahu. Tp yang pasti utk mendapat jodoh yang terbaik kita kena baiki diri kita dahulu, insyaALLAH pasti yang tercipta untuk kita akan memadani dengan diri kita.
Mari kita kongsi satu cerita, ada seorang yg sy kenal beliau seorang lelaki, sebelum beliau berjumpa jodoh yang sebetulnya beliau pernah meminang beberapa orang sebelum ni. tunang yang pertama adalah aturan keluarga. keluarga lelaki suka keluarga perempuan suka maka bertunang la mereka walaupun masing2 tak pernah mengenali. namun pertunangan mereka tidak sampai ke jinjang pelamin kerana si perempuan tidak dapat terima lelaki ini walaupun si ayah perempuan paksa sekalipun. jadi si lelaki pasrah<< putus tunang. tak berapa lama kemudian keluarga si lelaki pergi merisik seorang lagi, si perempuan setuju tp si lelaki tak setuju dengan pilihan tersebut kerana rupa-rupanya beliau sudah ada kekasih. so pergila keluarga lelaki ini meminang kekasihnya namun pinangan lelaki di tolak. ayah si perempuan sudah menyimpan anaknya untuk lelaki lain. kecewa lagi si lelaki ini. namun, baru-baru ini ada seorang kawan keluarga lelaki ini datang dari jauh untuk berukhwah sambil membawa cerita bahawa mereka ingin mencari jodoh untuk anak saudara mereka. tiba-tiba je keluarga lelaki ini berkenan dan mereka masuk merisik, akhirnya alhamdulillah semua setuju dan bakal diijabkabul tak lama lagi. Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan di sini????
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud R.A., dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis- amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”.
1. Apakah jodoh (dan segala takdir lain) yang sudah ditetapkan oleh Allah itu boleh diubah?
Ya dan tidak. Takdir itu tidak bisa diubah oleh manusia, tetapi dapat diubah oleh Allah.
Allah SWT berfirman:
"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh Mahfuzh)." (surah ar-Ra’du [13]: ayat 39)
2. perlukah jodoh dicari???
Perlu. kenapa?? Cinta itu perjuangan yang perlu diusahakan. Tidak hanya perlu melongok menunggu ia dtg ke mari kerana jodoh itu juga merupakan rezeki dan seharusnya rezeki perlu dicari dan perlu sedikit usaha untuk mendapatkannya.
4 comments:
assalam. sya mmg stuju yg kita perlu cari jodoh bukan tunggu. malah kalau dah berkenan kta perlu berusaha kn. tapi juz curious skit, nak tanya bole, jodoh tu mmg dikategorikan as rezeki ea?
then stuju tak if sya kata statement "stiap org dh ditetapkan jodoh masing2, jadi tak perlu susah2 cari sbb jodoh tu ketentuan Ilahi", stuju tak klau sya kata statement ni tak tepat?
Jodoh dikatakan rezeki sbb bila kita kahwin byk lagi pintu2 rezeki akan terbuka. Dah kahwin insyaALLAH ada anak n anak itu kan juga rezeki. Betul apa yg awk katakan itu. Setiap individu telah ditetapkan jodoh, ajal n rezeki sejak dalam kandungan lagi. Jadi jika rezeki telah ditetapkan xpayahla kita mencari. Tgu je lah rezeki itu dtg. Bg saya kita perlu berusaha mencari dan berusaha mjadikan diri yg terbaik agar dapat yg terbaik. Wallahu'alam...
Maafkan saya..sy nk bertanya juga,sy bcinta dgn.seorg lelaki,namun die dipaksa btunang dgn.kekasih lmanya lantran kuarga mreka.sudah sling mengenali..sy dahulukn.Allah dgn beristikharah..dan hati sy memilih utk.menunggu dia..ape pndpt saudari??adakah ia cuma emosi,nafsu atau pun benar ptnjuk Ilahi
sy xberani utk mengatakan samada emosi, nafsu atau petunjuk. tp satu pertanyaan sy semasa saudari melakukan istikharah tersebut adakah saudari masih berhubung dgn kekasih saudari? kerana jika kta masih lg berhubung xkirala samada call, mesej, fb atau berjumpa ia akan mempengaruhi hati kita sebenarnya. pd pendapat sy juga, restu ibu bapa adalah restu ALLAH jika ibu bapanya tak merestui perhubungan kta, kita pasti xkan bahagia.. tp segala jawapan ada pada saudari... mohon lah lg petunjukNYA.. wallahu'alam
Post a Comment