Tuesday, March 20, 2012

:: AKU TERIMA NIKAHNYA..... ::

aku terima nikahnya ZALINA HASSAN ZAMRI dengan mas kahwin senaskah al-Quran....
erk!!! bila masa cikna kahwin? sy masih single okai. x_x promote diri sdiri la plak. ok! lets be more serious. isu yg ingin diketengahkan kali ini ialah berkenaan mas kahwin senaskah al-Quran. pertama sekali kita lihat dulu maksud mas kahwin. apa itu mas kahwin?

Mas kahwin (mahar)
Mas kahwin disebut juga sebagai Mahar dalam bahasa Arab adalah satu bentuk pemberian daripada bakal suami kepada bakal isterinya dengan sebab perkahwinan.

Diulang sebanyak enam kali di dalam Surah Al-Baqarah dan Surah An-Nisaa’ dan sekali pada Surah Al-Mumtahanah dengan sebutan yang berbeza antaranya ‘sadaq’bererti kebenaran, ‘nihlah’ pemberian wajib, ‘Atiah’ pemberian, ‘qintaran’ harta yang banyak, ‘faridhah’ maskahwin, ‘Ajrun’ kebaikan, disebut dalam firman Allah SWT yang memberi maksud seperti berikut:

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”.[An-Nisaa: 4]

“Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya setelah ia menjadi isteri kamu, maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya dengan sempurna sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah. Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu suami isteri, sesudah ditetapkan maskahwin itu tentang cara dan kadar pembayarannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. [An-Nisaa: 24]

ok. jelaslah di sini bahawa mas kahwin itu adalah pemberian dr sang suami utk si isteri dan ianya adalah wajib. namun, bagaimana pula dengan mas kahwin senaskah al-Quran? al-Quran boleh dijadikan mas kahwin sekiranya si suami TIDAK MEMPUNYAI HARTA utk diberikan kepada isteri maka dibolehkan memberi al-Quran sbg mas kahwin. Tetapi jika tetap ingin menjadikan al-Quran sbg mas kahwin sedangkan si suami mampu memberikan harta kpd si isteri maka mas kahwin al-quran tersebut haruslah diiringi bersama harta lain. 
Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:
“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”
Bersabda baginda lagi yang bermaksud:
“Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”
 p/s: walau apa pun maharnya tetap ku terima dgn redha dan senang hati.. insyaALLAH

Friday, March 16, 2012

:: JOM TEKA BARANG LAMA ::

assalamualaikum sahabat2 blogger sekalian...
rasanya cam udah berbulan2 xhapdet blog ni. uish!! berhabuk.. pastinya korang rindu hasil taipan cikna kan??? perasan macam la ada org baca blog ni... xceli cikna baru balik bercuti bersama2 anak2 ribena ke JOHOR dan MELAKA. dah lama xrasa gumbira bercuti puas2 begini. 
ringkaskan cerita, sebenarnya cikna nak main teka teki sikit dgn adik2 alaf baru tentang item2 yg ada pada zaman dulu kala. adik2 alaf baru ni kenal ke x barang2 yg digunakan pada zaman dulu2 sebelum wujudnya elektrik. jom kita tgk apa barang2 yg cikna snap masa melawat rumah melayu melaka di perigi hang tuah. 
adik2 alaf baru leh jawab dengan tinggalkan komen yer dan tinggalkan skali link blog :)

barang 1

barang 2

barang 3

barang 4

sila namakan keempat2 barang ini.. insyaALLAH sapa yg jawab betul dan tangkas cikna akan promote blog  kamu nanti...

Thursday, March 8, 2012

:: SATU PERUBAHAN ::

assalamualaikum
ermmm.... lama x update blog. malam ni cikna nak cerita sesuatu. cerita mengenai perubahan yg berlaku dalam diri seseorang manusia. bila seseorang berubah tidak kiralah bagaimana perubahan seseorang itu manusia disekelilingnya pasti akan mengait perubahan itu dengan sesuatu atau seseorang. sebenarnya manusia boleh berubah dengan pelbagai cara dan siapa yg menggerakkan perubahan ini??? hanya dengan izinNYA dan kehendak manusia itu sahaja yg boleh berubah. 

Allah berfirman dalam surat QS. Ar-Ra'du (13):11,

"Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum jika bukan kaum itu sendiri yang merubahnya"

faham x maksud ayat di atas? ALLAH xkan mengubah seseorg melainkan seseorang itu ingin berubah. dan perubahan yg dilakukan adalah hasil dr hidayah dr ALLAH juga dan usahanya. dengan hanya mendengar lagu nasyid mungkin seseorang itu boleh berubah, mungkin dengan berkawan dengan orang yg lebih pengetahuan agama menyebabkan seseorg itu ingin berubah atau dengan hanya menonton filem seseorang itu tergerak ingin berubah. perubahan itu terjadi kerana dia yg ingin berubah dan didorong oleh ALLAH melalui sesuatu. Perubahan seharusnya dipertahankan dan istiqamah.
jika anda berubah kerana seseorg, mungkin bila seseorang itu tiada anda mungkin tidak istiqamah dan xkan meneruskan semua ni. ini dipanggil hipokrit. anda mungkin pernah membaca bait2 kata di bawah:

Cinta bunga...Bunga akan layu
Cinta Manusia..Satu hari dia akan pergi jua
Cinta Allah S.W.T..Cinta yang kekal abadi selamanya


apabila cinta anda pada manusia telah terhapus dan anda berubah demi manusia tersebut, adakah perubahan anda akan kekal???? lakukanlah kerana LILLAHITAALA....

p/s: teringat bila diri sendiri berubah terus dikaitkan dgn manusia lain kebetulan benda tu terjadi selepas sy cuba berubah.. ermm... mulut org biarlah janji sy tau kenapa sy jd begini.

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...