Monday, May 30, 2011

::HOSPITAL NARATHIWAT::

assalamualaikum
n3 ni cikna nak cerita serba sedikit kejadian dan keadaan semasa berada di HOSPITAL NARATHIWAT. jom layan gambar di bawah...
keadaan pakdo yg masih tak sedarkan diri pada ketika ini
tempat makan org muslim di HOSPITAL NARATHIWAT
tempat cikna tidur sepanjang 4 hari di hospital NARATHIWAT. cikna dgn ibu saudara cikna cuma tidur di koridor memandangkan bapa saudara cikna berada dalam ICU.
layanan doktor dan jururawat di hospital ini sangat ramah. persekitaran juga bersih dan cantik. cikna xbyk ambik gamb sbb segan n xda kamera cuma kamera tepom yg cikai jek ada kat tgn. tp satu jek yg paling xpuas hati. ada PENCURI. telefon sepupu cikna kena curi masa tidur kat koridor. kami penat n xsedar bila tepom tersebut dicuri.

Sunday, May 29, 2011

::SAGUPAL THAI VERSE::

::assalamualaikum::
n3 sebelum ini cikna ada mengatakan cikna telah p melawat bapa saudara cikna yg sakit kat NARATHIWAT THAILAND. bukan melawat sahaja tp menjaga sekali dan selama 4 hari cikna tdo0 di hospital NARATHIWAT.
Jd semasa berada di sana byk jugak makanan yg best2 sempat cikna try antaranya sagupal. Kalo SAGUPAL malaysia biasanya berkuah dan berinti kacang.
SAGUPAL MALAYSIA

sekarang jom kita lihat sagupal dari THAILAND pulak
diperbuat daripada sagu dan inti dia pula adalah lobak jeruk dan ikan masin
agak sedap jugak tp cikna xsuke lobak jeruk...
p/s: jalan2 cari makan

Friday, May 27, 2011

::PERJALANAN PULANG DR THAILAND::

ASSALAMUALAIKUM
ketika n3 ini dipublish cikna sudah meninggalkan malaysia. CIKNA sekali lagi berangkat ke THAILAND utk menjaga bapa saudara cikna yg sakit memandangkan skrg cuti sko0l jd cikna ambil peluang utk menjaga dia. RUJUK N3 NI
gambar2 di bawah ni adalah gambar sepanjang perjalan pulang dari THAILAND - MALAYSIA sebelum ini
pengangkutan utama di thailand ialah keretapi sbb free
ni dia tiket xberbayar cuma beratur amek tiket tp xperlu bayar
cikna di bawah bendera THAILAND ketika tgu keretapi
p/s: seronok sekali sekala balik kampung umi

Wednesday, May 25, 2011

::SUMBANGAN PEMBANGUNAN SEMULA RUMAH ANAK YATIM MADRASAH AL-TAQWA::

ASSALAMUALAIKUM
baru-baru ini negara kita telah dikejutkan dengan satu kejadian yg cukup menyayat hati. sebuah rumah anak2 yatim telah musnah dan seramai 19 penghuninya terkorban akibat dihempap tanah runtuh.
RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK HIDAYAH MADRASAH AL-TAQWA ini terletak di Kampung Gahal, Felda Samungkis Hulu Langat.
bagi membina dan memulihkan semula bangunan RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK HIDAYAH MADRASAH AL-TAQWA ini sumbangan ikhlas daripada anda amtlah diperlukan. bagi mereka yg ingin memberi sumbangan bolehlah berbuat demikian dengan salurkan kepada akaun MAYBANK 5141105-320757 - TABUNG BENCANA NSTP MEDIA PRIMA. Sumbangan anda amatlah dihargai.
p/s: sedekah al-fatihah kpd mangsa juga merupakan satu sumbangan yg amat besar.

Tuesday, May 24, 2011

::DNA BABI DALAM BAHAN KEK DAN ROTI SECRET RECIPIES::

ASSALAMUALAIKUM
ni ada satu kes tergempar cikna nak cerita...
nak ceghita pasal salah satu makanan feveret semalaysia n of coz cikna juga>> SECRET RECIPES
mesti ramai yg telah mengetahuinya mll facebook dan segala rangkaian carian internet yg mengatakan bahan membuat Roti dan Kek Secret Recipies dikatakan mengandungi DNA BABI.
bahan yg dikatakan tersebut ialah daripada syarikat PURATOS MALAYSIA SDN BHD brand PURATOS.
check kat SINI utk kepastian apa yg ditulis CIKNA
8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011
9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011
apa nak jadi ni.. negara ISLAM tp byk bahan2 mkanan jika disiasat secara teliti dan halus pasti susah utk mencri yg halal..
rajin2 lah jenguk ke www.halal.gov.my
ni pic cikna suka ngap SPAGHETI kat SECRET RECIPIES
seb bek bahan wat spagheti xda DNA BABI...
p/s: masak sendiri kat umah pom lom tentu terjamin halal jika tidak teliti dgn bahan makanan yg digunakan

Sunday, May 22, 2011

::GAMBAR SEBELUM KEJADIAN TANAH RUNTUH RUMAH ANAK2 YATIM MADRASAH AL-TAQWA::

ASSALAMUALAIKUM
Al-Fatihah kepada mangsa kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim di Batu 14 Hulu Langat semalam. seramai 15 org telah terkorban manakala 9 lagi cedera. satu kejadian bg cikna cukup tragis dan menyayat hati apabila melibatkan anak2 yatim.
gambar ini merupakan gambar yg diambil sebelum kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim MADRASAH AL-TAQWA petang semalam. cikna ambil dr FB seorg rakan. semoga roh kalian yg terkorban akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. AL-FATIHAH
p/s: mungkin ada diantara mereka bakal pemimpim, imam dan hafiz al-quran namun ALLAH lebih menyayangi mereka.

Saturday, May 21, 2011

INFO TERKINI-TRAGEDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK2 YATIM MADRASAH AL-TAQWA::

menurut berita terkini T3 jam 11.00 malam.
angka sebenar mangsa kejadian tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang adalah seramai 25 org
9 orang terselamat, 9 org meninggal dunia, manakala 7 masih lg tertimbus
bersama-samalah kita berdoa semoga baki lagi 7 org mangsa akan terselamat.
setakat ini operasi menyelamat masih giat dijalankan dgn bantuan anjing pengesan.

::TRAGEDI TANAH RUNTUH FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat::

KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, hari ini. Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi- sumber berita harian
setakat ni 5 org mangsa terkorban- sumber berita utama tv3
p/s: semoga anak2 ini terselamat

::STADIUM BARU BAKAL DIBINA DI KELANTAN::

yea!!! berita gembira utk peminat2 sukan dan rakyat KELANTAN terutama peminat bola sepak yg pastinya THE RED WARRIOR..
kompleks sukan bakal dibina dan akan menempatkan sebuah stadium yg berkapasiti 4o ooo org penonton. hebat x? stadium ini bakal dibina di Pasir Puteh.
Kenyataan Media YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.

Sekian.

YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M

*kenyataan ini dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011
p/s: bersukan, berhibur, beramal soleh

Friday, May 20, 2011

::MAHARAJA LAWAK MINGGU 8::

seperti biasa hari jumaat yg ditunggukan ialah VIDEO MAHARAJA LAWAK
xmo cakap byk2 jom layan antara kumpulan feveret cikna JAMBU
mmg kelakar habis

NABIL

:: cara mandi hadas dgn betul::

assalamualaikum
kali ni cikna nak share ttg cara mandi wajib atau mandi hadas dgn betul. kalo kita tidak melakukan mandi hadas dengan betul maka segala ibadah yg kita lakukan seharian adalah tidak sah. boleh dikatakan ramai remaja sekarang tidak tahu bagaimana cara mandi wajib dgn betul. bukan cikna main cakap rambang tp berdasarkan pengalaman ketika bertanya pada beberapa org remaja. malah ada si gadis tidak pernah mandi wajib setelah hbs haid. ini satu perkara yg amat membimbangkan kita. jika mandi wajib pom gadis tersebut tidak tahu bagaimana dgn ibadah lain?
marilah kita sama2 memperbaiki anak bangsa kita
Fardhu mandi

Pertama :

Niat

Keluar mani atau keluar haid dan nifas

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Kedua :

Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.

Ketiga :

Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.

Cara mandi

  1. Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.

  2. Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.

  3. Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

  4. Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.

  5. Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

  6. Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.

  7. Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

  8. Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
p/s: sambil memperbaiki diri sendiri

::FILEM TERHEBAT 2011::

assalamualaikum
uols yg dok luar dr KELANTAN mesti bestkan cam negeri PAHANG, PERAK, KEDAH, SELANGOR, MELAKA, PINANG dll kebanyakannya ada panggung wayang.
kat KELANTAN mana ada panggung wayang. dulu ada 1 panggung wayang kat KOTA BHARU dan cikna pernah menonton wayang kat c2 pada tahun 1998 ketika cikna di tingkatan 2 dan cerita yg cikna tgk pada masa 2 cerita senario the movie. lawakkan?hehehe...
sebenarnya cikna dok membebel ni sbb tringin sgt nak tgk filem2 terhebat 2011 cam
NUR KASIH THE MOVIE
Pirates of The Carribean: On Stranger Tides
p/s: tunggu wisernet upload movie la nampaknya

Wednesday, May 18, 2011

::BERTEMU CINTA-MILA JIRIN/OST NUR KASIH::

jom hayati lirik lagu BERTEMU CINTA nyanyian MILA AF aka MILA JIRIN
Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

Bertemu cinta
Kita akhirnya
Setelah tangis
Tanpa suara
Bertemu cinta
Bagai cahaya
Menyuluh hati
Menjadi kasih sejati

Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan
Bertemu cinta
Di ambang syurga
Mengutus doa
Biar menjadi anugerah

Bertemu cinta
Indah sempurna
Sedetik tidak
Hilang ragu dan percaya
P/S: bila cikna nak bertemu cinta ni...ermmm

::BILA FEDTRI AKAN BERKAHWIN 28 MEI::

assalamualaikum
alahai... frustnyer cikna bila dgr FEDTRI pengacara MHI TV3 bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang guru NURUL ANATI ISMAIL.
mereka berkenalan secara tidak langsung 6 bulan lepas semasa program dari MASJID KE MASJID.
majlis akad nikah akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di PASIR MAS KELANTAN.
sumber: EN NAKAL
p/s: sorang lg jejaka yg hangat telah disambar =p

Tuesday, May 17, 2011

::JOM SERTAI CONTEST CAHAYA MY LIFE::

.::assalamualaikum::.
kepada blogger di luar sana yg singgah ke teratak buruk ni, cikna ada sedikit pesanan ringkas
mohla kita sesama menjoinkan diri ke dalam 1 pertandingan menulis artikal keagamaan. sesama kita berkongsi idea dan pendapat mahupun cerita2 teladan mengikut gaya kita sendiri
sesapa nak join sila lah ke CAHAYA MY LIFE CONTEST
selain itu, uols leh x tolong cikna LIKE n3 artikal yg telah digarap sendiri oleh cikna
silalah klik link di bawak n LIKE pada n3 tersebut
sekian TERIMA KASIH
p/s: tolong menolong amalan mulia :)

Sunday, May 15, 2011

“Giveaway MACARON : By Imaan09 & Cik Ims”

Tempahan macaron di buka dengan rasminya.
Jadi kepada sesiapa yang berminat, bolehlah membuat tempahan. Berikut adalah kriteria2 macaron hasil tangan Cik Ims.

  • Harga macaron Cik Ims ialah RM1.70 untuk sepasang macaron.
  • Kuantiti minimum yang boleh di tempah adalah sebanyak 10 pasang macaron.
  • Perisa macaron Cik Ims yang ada setakat ini adalah coklat ganache, raspberry ganache, mint ganache, & peanut butter.
  • Cara penghantaran macaron. Terpulang kepada pelanggan. Cik Ims tinggal kat Sg.Chua Kajang. Kalau ada sapa2 tinggal dekat2 sini, bolehla Cik Ims direct bagi fresh macaron. Tapi bagi yang tinggal jauh, bolehla Cik Ims poskan macaron tu. Dan dijamin 90% macaron tidak akan hancur dalam proses pengeposan.
Jadi kepada yang berminat atau ada sebarang persoalan, bolehlah menghubungi Cik Ims
0149502700 @ email di faznyzah_12@yahoo.com
sebut jek MACARON aku terbayang macaroni =)) sumpah masa festime dengar benda nim aku mmg xtau apekebenda. cikna org kampung mana kenal beskut omputeh nim. mmg tringin sgt nak try tp kat kelate xpernah jumpa. kuih dorayaki yg doraemon makan ada la. nampak cam sebijik ngan macaron tp macaron lagik comey... skrg, nak tanya MAMA IMAAN camner erk rase macaron? ermmm...tgk gambo jelah.. kalo ada rezeki cikna leh la merasa kuih macaron yg kiut ni.
rompak gambar dr CIK IMS korang yg nak merasa leh la order kat CIK IMS
p/s: n3 sticky note

Saturday, May 14, 2011

::penyimbah Asid::

assalamualaikum
wahai wanita yg berada di luar sana terutama di KL
sila berhati2 dengan si PENYIMBAH ASID
perhatikan gambar di bawah
jika ternampak sila hubungi pihak polis
mangsa yg terbaru sehingga hari ni ialah seorang anak polis yg disimbah dgn asid di seksyen 10 WANGSA MAJU.
dan menurut satu lagi maklumat dari OH!TIDAK
MOTOR SUSPECT PENYIMBAH ASID
HONDA EX5 WPV 4963
p/s: kalo jumpa dia nim mau jek cikna bg makan rimau!!!

Tuesday, May 10, 2011

::MY NEWBORN BABY::

ASSALAMUALAIKU
MODE: senang hati tau
apa yg mybbkan cikna sng hati n teruja? ermm...
mmg xsabar nak tgu whitey baby masuk lam keluarga cikna... bukan cikna mengandung tau. belom kawen lg i masih SINGLE xD apa yg cikna maksudkan di sini adalah sesuatu yg mampu mengerakkan cikna ke sana ke mari dan melindungi cikna dr panas dan hujan.
apakah benda tersebut
sila skroll ke bawah
.
.
.
.
.
.
adakah anda mengenali apekebendakah ini??
ini dipanggil car/ kereta/ mobile pape jelah
loan sudah lulus jd skrg cuma tunggu encik SAGA FL tiba ke rumah
SAGA FL ni la yg akan menemani cikna pergi dan balik bekerja serta lepas ni kalo sape2 sakit cikna dah xpayah nak susahkan sape2 p tlg hantar ke hospital. cikna dah leh gerak sdiri... kpd mereka2 yg rasa keluarga cikna menyusahkan.. skrg xyah risau. kami dah ada kereta...
jd kami akan bergerak sendiri
p/s: bukan KEHENDAK tp KEPERLUAN

::KEANGGUNANMU TERSERLAH DGN WAFICO SHAWL::

ASSALAMUALAIKUM

anda seorg shawlholic???
gemarkan gaya shawl yg trendy, gorgeous, chicky ataupun ayu??
jom p skodeng kat blog WAFICO SHAWL
nape? xpercaya???
skodeng jek pic kat bawah ni...
chomell x cikna??? chomell kan? ayu g2!!!
ni shawl cikna beli kat WAFICO SHAWL. kalo xsilap cikna beli bulan disember tahun lepas. cikna beli combo shawl = shawl + innner + accessory shawl
sweetkan? harga combo shawl ni sgt murah!!! RM25 include postage.
berbaloi2... dpt bergaya dgn cun dihari persandingan kawan sampai xtau mana satu pengantin xD
WAFICO SHAWL bukan saja terhad kpd shawl sahaja ttp juga menjual accessory shawl spt klip, butang... sgt chumell n gorgeous
chumell kan!!!
xnak byk cakap korang nak chumell n gorgeous serta ayu cam cikna p jek skodeng kat WAFICO SHAWL.. mmg sgt berpuas hati kerana di sinilah KEANGGUNAN KUTERSERLAH.
thanks wafi :)
p/s: tgh skodeng shawl satin ala HANA TAJIMA.. ntah bila la dapat rembat satu..

Monday, May 9, 2011

::HARGA GULA NAIK RM 0.20::

assalamualaikum
jika sebelum nim rakyat pernah risau dengan ketiadaan stok gula. kini sekali lagi rakyat akan menghadapi perkara yg sama disebabkan harga gula bakal naik sebanyak RM0.20 pada sekilogram pada 10 MEI 2011 nanti. jika sebelum nim harga gula dah rm 2.00 jd rm 2.20 ler...
pembekal2 gula mesti akan mengambil kesempatan ini utk menyorok bekalan gula. memandangkan harga gula bakal naik. ermmm... diorg bakal dapat untung besar yg merana rakyat. gula keperluan asas. nak x nak mmg kena beli.
sumber berita MALAYSIA KINI
p/s: cikna suka minum air tanpa gula sbb senyuman cikna dah manis :p

Saturday, May 7, 2011

::NORA ELENA::

Siapa NORA ELENA?
NORA ELENA merupakan sebuah cerita yg diadaptasi dr sebuah novel KASIH YANG SUCI novel terbitan KARANGKRAF. Drama ini bakal ditayangkan menggantikan CINTA ANTARA KITA setiap ISNIN hingga KHAMIS jam 7.00 malam hingga 8.00 malam di TV3.
Drama ini mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.
cover-nora elena
Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?
dicekup dr>>> http://www.enciknakal.com/2011/05/sinopsis-drama-nora-elena-tv3slot.html

p/s: waktu nak maghrib xleh nak tgk :(

::traffic jatuh::

::assalamualaikum::
rindu betul ngan blog cikna yg comey cam tuan nim.. hahaha
4 hari tgal dunia blogging tgk2 traffic sudah jatuh maaa... xpela lepas nim blogging sampai lebam
cikna terpaksa meninggalkan sekejap dunia blogging sbb cikna ada emergency kat THAILAND.
bapa saudara cikna sakit. dia kena HYPERTENSION dan ada darah beku dalam kepala.. alhamdulillah lepas operation nampak dah ok even masih kat dalam ICU. sudah mampu tersenyum.. 4 hari cikna berkhemah di hospaital dan xpulang ke rumah di kg. arini terpaksa balik kelantan esok dah kerja.
cikna sgt2 sayang kat PAK DO sbb dia bapa saudara cikna lain dr yg lain. dia bukan normal cam org lain. dan cikna tau dia sgt sayangkan cikna sbb bila dia nampak cikna masa mula2 lepas operate dia nangis. cikna pom nangis sama. sedih tgk dia sblm nim dia slalu hepi n suka senyum. skrg dia penuh dengan wayar sape yg xsebak..
sebelum operate

p/s: semoga pakdo selamat sehat seperti biasa. dikna akan melawat pakdo lg tau... tgu cuti sko0l dikna dtg...

Tuesday, May 3, 2011

::FM FROM AUSTRALIA::

sy teringin sangat nak FM AUSTRALIA itu sbb cikna beli fridge baru utk umi (rujuk CNI) dan utk merasai suasana spt di AUSSIE disebabkan kedinginan fridge baru.
nak tag sape lak erk
aida
AKI
arjuna (kasik tambah dia punyer joining contest)
klik banner kat atas kalo nak join

::GIVEAWAY FROM CL::

cikna join contest lagik utk kali ke 67...
xpe mungkin kali nim ada luck utk cikna
sape2 nak join sila klik banner di atas utk syarat2nyer
dan cikna nak mengetag
BIB
ARJUNA (sbb dia baru join 3 contest)
alycia
CIKNA FOLLOWER KE 23
~DONE~

Sunday, May 1, 2011

::kesedihan terlampau::

sobsobsob
kecewa!kecewa!kecewa!
stakat ni dah 66 contest cikna join
tp
xpernah sekalipun menang
aku gigit kang netty ni kang
xsampai hati lak... salah sapekah sebenarnya...
aku dah putus harapan
aku dah keciwa
xmo dah join kontes majuk sudahhh
sobsobsob
tp umi cakap kita xleh putus asa. ermmmm... xda rezeki ag kot.

::SAGU GULA MELAKA::

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT PETANG

pada petang yang indah ini cikna telah bikin 1 dessert yg sangat2 menyegarkan tekak
sila terliur... huhuhuhu
niat sebenarnya nak buat SAGUPAL tp kacang ngan halba xde (malas nak p beli) so jd ler SAGU GULA MELAKA. resipinya cukup simple n sangat sedap dan menyegarkan.
bersedia uolss chef zalina sedang beraksi
bahan:
sagu
gula melaka
santan
daun pandan
secubit garam
cara menyediakan:
sagu direbus sehingga jernih. kemudian letak dalam bekas pastu sejuk potong. cikna guna acuan tupperware kecik2 pastu bila da sejuk keluarkan. biarkan sagu sejuk. guna periuk lain. masak santan + secubit garam + pandan + masukkan sekali gula melaka. kacau jgn bagi pecah minyak. apabila gula melaka dah hancur. tutup api. hidangkan bersama sagu tadi.
sbnrnya resipi ni da modified ikut kerajinan.
resipi asal :

::VOTE MIA::

n3 terbaru sila skro0l ke bawah
JOM VOTE MIA!!!!!!

kawan2 yg singgah cni tlg CIKNA leh x?
tlg cikna vote utk MIA
MIA join contest "ANAKKU COMEL BERBUSANA ISLAM"

mula2 klik kat cni
kemudia vote MIA

thanksss

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...