Saturday, November 18, 2017

::MELAKA HERE I COME!!!::

Woot!! woot!! cuti sekolah hampir tiba.. yak! yak! yea!
entri kali ni cikna nak cerita serba sedikit tentang lawatan anak2 hekan cikna ke MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH serta MASJID PUTRAJAYA. Alhamdulillah usai UPSR kami plan nak jenjalan lepaskan apa yang telah kami bekerja keras selama setahun. sebelum cerita lebih lanjut cikna share lah sedikit tentatif kami selama 2 hari 3 malam kami. 

KHAMIS 26/10/17
-kami bertolak jam 10 malam

JUMAAT 27/10/17

SIANG HARI

-tiba di MASJID SELAT




tahun 6 2017


- ROUND BANDAR MELAKA, melawat muzium
Muzium samudera
peserta paling kecik

- ZOO MELAKA AYER KEROH
excited nampak badak
zoo melaka
check in homestay D'SRI HOMESTAY (019-574 8556)

MALAM
-naik bot pusing2 bandar melaka

SABTU 28/10/17
-Perigi Hang Tuah
PERIGI HANG TUAH
-taman rama-rama AYER KEROH MELAKA
antara anak2 hekan tahun 6
-Taman Seribu Bunga
si kecik 2 ketul tu anak2 sedara cikna SOFIA DAN SOFFWAN

terus bergerak ke Nilai 3 sesi shopping. then ke Masjid Putrajaya 



P/S: serius cikna puas hati tinggal di D'SRI HOMESTAY. Murah dan owner dia kak sri Dewi sgtla baik hati.. ni kali ke2 cikna bawak anak2 hekan ke Melaka dan menginap di homestay yang sama.

Sunday, October 15, 2017

::HOMEMADE FACEMIST::

...........assalamualaikum........

hai semua!!! arini cikna nak share cara buat homemade face mist guna bahan2 natural remedy je. posting yang agak simple arini.
timun dan lemon yang direbus
first, sediakan mentimun dan lemon (optional). kedua bahan ini direbus menggunakan air yang sedikit. rebus sampai nampak dia macam dah lembik tp jangan lembik sgt sbb kita xnak segala mak nenek vitamin teruap ke udara begitu sahaja. 
kemudian biarkan bahan2 td sejuk dahulu baru blend sampai hancur, tapis ambil air sahaja. siap!!! boleh letak dalam botol sembur dan cikna ada tambah eo 2,3 titik bau lavendar. lg best tau.. boleh tahan 2 minggu sahaja dan simpan dalam peti ais.
cikna punya dah siap
apa kelebihan face mist?
1. boleh membuatkan wajah kita glowing2 gtu
2. yang penting bahan2 semulajadi bukan bahan kimia
3. boleh memudarkan parut2 jerawat
4. dengan adanya eo young living pati lavendar tu akan buat kita tenang dan sangkut byk aura2 positif
5. jimat duit xpayah nak beli face mist lg
6. boleh dijadikan base make up juga. ia xmelekit tau. meresap elok dalam kulit

selebihnya uols gugel la plak... cikna nak sembu2 kat muka jap n then tdo dengan tenang. ALHAMDULILLAH

P/S: “Aku bersaksí bahwa tídak ada ílah yang berhak dííbadahí dengan benar kecualí Allah semata, tídak ada sekutu bagí-Nya, dan aku bersaksí bahwa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Ya Allah, jadíkanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat, dan jadíkanlah pula aku termasuk orang-orang yang membersíhkan dírí.”

Monday, September 25, 2017

:: PERCUTIAN BAJET KE SABAH ::

بسم الله الرحمن الرحيم 


         sudah lama cikna tak bersiaran dalam blog. alhamdulillah kali ini cikna diberi kesempatan untuk kongsi sedikit pengalaman percutian bajet2 orang kurang kemampuan ke Sabah. cikna bersama 2 orang lagi sahabat telah menempah tiket fl   ite air asia (memandangkan ini je kami mampu) pada bulan februari lepas untuk travel pada 15 September 2017 lepas. tiket yang cikna dpt RM272 (KB-KLIA2-KKIA-KLIA2-KB)

     Di sini cikna share itinerary yg kami buat dan alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. semua tempat dalam iti kami pergi walaupun masa yang kami ada sangat singkat iaitu 3 hari 2 malam sahaja.

HARI PERTAMA 
15/9/2017
* kami tiba di Kota Kinabalu lebih kurang jam 10.00 malam lebih. ambil kereta sewa (boleh contact MYA Global Lepa Car Rental 011 3714 4200, kami dpt kereta proton saga dr 15/9-18/9 RM330) dan terus ke rumah kawan saya untuk tumpang bermalam.

16/9/2017
* lepas sarapan rumah kawan, kami gerak ke JESSELTON POINT untuk aktiviti pulau. kami amek 3 pulau sahaja memandangkan masa kami singkat. kami menjelajah pulau Mamutik, Pulau Manukan dan Pulau Sapi.




* kitorang lepak kat 3 pulau ni sampai jam 12.30 mcm tu la. ktaorg kena cepat sbb nak gerak terus ke kundasang. lunch on the way nak g kundasang tapi masih di KK. kedai biasa2 yang agak murah.

* perjalanan ke Kundasang agak lancar dan tak susah untuk sampai ke sana. yang menarik paling byk sy temui sepanjang perjalanan ada 2 benda. pertama di sana sgt byk roundabout tp jgn risau ke jalan terus je. yang kedua, gerai sinalau bakas. bg orang Islam xpayah anda beria nak singgah sbb dia menjual makanan tak halal iaitu babi hutan bakar.




Kirams village

* kami sampai di kiram's village agak lewat dalam jam 6.00 ptg. sblm sampai tu kami nampak ada macam pasar malam so kami decide nak keluar balik cari makanan lepas check in tp rupanya pasar tu bkn macam pasar malam kat semenanjung. dia buka sampai jam 6.00 lebih saja. so kami juz beli roti kat kedai runcit area situ. KFC pon ada tp kami xda selera nak jamah kfc. sbnrnya sblm ke kundasang kami dah tapau sedikit makanan untuk di makan malam tu. jangan risau juga kalo anda check in kirams village anda pasti tak kebulur sbb ada cafe dalam tu.

* malam tu kami tak buat apa2 aktiviti, kami juz menikmati malam yang dingin di pergunungan tersebut. nyaman dan tenang sekali.

 17/9/2017

* sesudah solat subuh, kami get ready nak check out dan sarapan. sebelum tu amek gambar puas2 sekitar kawasan tersebut. kami explore sekitar kundasang. kemudian kami ke DESA CATTLE DAIRY FARM. Tiket RM5/car. aktiviti dalam tu kami makan aiskrim, beli susu, amek gamb ngan lembu2 yang comel. fefeeling macam kat switzerland. seronok sgt.
aiskrim rm5.30 sebekas

* kemudian kami terus ke KINABALU PARK (RM3/ORG) kat cni la bermulanya pengembaraan kami ke kaki GUNUNG KINABALU. walau nama kaki tp tempat tinggi woo naik pakai kereta. separruh jalan kami naik tu macam konpius betul ke jalan ni org lalu sbb macam sunyi dan takda org pon. lepas tu baru kami nampak ada kereta dan orang. kebanyakan yang ke sini diorang nak daki gunung Kinabalu. aktiviti kami kat ctu amek gamb pemandangan dan beri makan tupai. comellllll sgt.

tupai yang kiut

kaki gunung kinabalu

* kami terus balik ke kota kinabalu, dalam perjalanan tu hujan, so kami pandu perlahan saja sambil nikmati pemandangan. dipertengahan jalan kami singgah pekan Nabalu. tgk cenderamata apa yang boleh dibeli. lepas tu teruskan perjalana ke KK.

* Sampai KK, kami cari gerai yang jual kelapa bakar dan lokan. my feveret lokan!!!! kat sana mahal la lokan. kat KB RM5/100 biji. tp takpela kan. kta p tempat orang kita nikmati la apa yang spesel kat sana. so korang boleh wave je gerai lokan bakar ni yang terletak dekat politeknik kk.
lokan bakar rm10






* kitaorg terus ke kedai jamilah jewellery yang terletak kat bandar. saya selesa beli kat sini. murah dan xramai orang macam kat pasar filipin nanti. korang boleh waze jugak kedai ni tau. cikna beli set mutiara untuk umi kesayangan cikna, butang baju melayu utk abah, abang, adik dan lebih 1 nak kasi kat org spesel (ntahla sapa yang bertuah tu) adik dan kakak ipar cikna beli gelang mutiara. cikna? I beli kerongsang kulit kepah untuk diri sendiri. ALHAMDULILLAH.

* seharian dah penat so time to check in...promenade hotel and apartment sgt2 la di rekomenkan untuk korang. bilik luas giler!!! katil double. ada kerusi ada ruang pantri yang asing dan sgt murah kalo travel ramai2 bestla..

* kami rehat dan malam tu kami nak makan besar dekat sebelah pasar filipina tu.
makanan yang kami makan

yang dah masak

latok

umai ikan

pilih seafood nak masak

18/9/17
* kami check out, p epot, hantar kereta kat sana dan sarapan kat sana. terus balik semenanjung. Bye

ni sedikit kos yang kami kongsi 3 orang
-kirams village RM 110
- Promenade hotel dan apartment RM113
- kos kereta RM 330
- minyak kereta rm60

TOTAL= RM613/3 ORG = RM204.33
TIKET FLITE RM272 return

p/s: meskipun tiada peta yang menunjukkan hidupmu akan ke mana dan bagaimana, setidaknya manusia memiliki kompas untuk terus berada di jalur yang tepat. Agama dn ilmu yang bermnfaat akan menjadi kompasmu untuk berkelana di dalam kehidupan.

Wednesday, April 5, 2017

::KERTAS KERJA LAWATAN PERPUSTAKAAN NEGARA::

        .................................................ASSALAMUALAIKUM...........................................
Hari ni cikna nak kongsi sedikit kertas kerja lawatan sekolah ke Perpustakaan Negara pada 16 Mac 2017 lepas.
............................................................................................................................................................



PROGRAM LAWATAN BERMAKLUMAT
SMU (A) AL-ITTIHADIAH TANJUNG PAGAR
16 450 KETEREH, KOTA BHARU, KELANTAN

1.0         PENDAHULUAN
   Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak  pengalaman’, maka Program Lawatan Bermaklumat SMU (A) AL-ITTIHADIAH telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur - Putrajaya. Ia merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pengawas pustaka SMU (A) AL-ITTIHADIAH TANJUNG PAGAR. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam mentadbir dan menguruskan perpustakaan.

2.0      RASIONAL
      Selaras dengan hasrat Negara untuk menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada para pengawas pustaka. Melalui aktiviti seperti ini, mereka dapat melihat dunia luar yang sebenarnya. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0     OBJEKTIF
       1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada 
           pengawas pustaka dalam membina keyakinan diri melalui aktivti 
           sosial yang bersesuaian.
       2. Dapat membuka minda para pengawas pustaka dengan suasana
    dan pengalaman yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan kepada para pustakawan dalam
  berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat.
       4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang
            pentadbiran perpustakaan

4.0       DESTINASI

            Kuala Lumpur dan Putrajaya
           
5.0       PERLAKSANAAN LAWATAN
           
            Tarikh              : 16 Mac 2017 – 18 Mac 2017
            Hari                 : Khamis - Ahad
            Masa Bertolak   : 8.30 malam ( 16 Mac 2017 )


6.0       KUMPULAN SASARAN
             Program ini disasarkan kepada guru-guru, pengawas pustaka SMU (A) AL-ITTIHADIAH


7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
Bas
 RM 1200.00/HARI x 3
RM   3600.00
Penginapan
 RM  400.00/Hari x 1
RM    400.00
Makan
 RM    25.00 x 42
RM  1050.00
Tiket
 RM    15.00 x 42
RM    630.00
Kecemasan
 RM   100.00
RM    100.00
Jumlah
RM  5780.00



7.1    TENTATIF LAWATAN

         HARI PERTAMA

6.00 Pagi                                 : Solat subuh di Masjid Negara dan persiapan diri
8.00 Pagi                                 : Tiba di Perpustakaan  Negara
12.00 Tengah hari                   : Persiapan makan tengah hari dan solat jamak zohor dan Asar
2.00 petang                             : ke KL Bird Park/ Tugu Negara / Muzium Negara

6.00 petang                             : Persiapan diri untuk makan malam dan solat jamak maghrib dan isyak
8.00 malam                              : tiba di I-City
10.00 malam                            : rehat


HARI KEDUA

6.00 pagi                                 : solat subuh dan persiapan diri serta sarapan pagi
8.00 pagi                                 : tiba di Rumah 4 Musim Bukit Cerakah
12.00 tgh hari                          : solat jamak zohor dan asar
  2.00 petang                           : sesi rawat minda di GM KLANG
6.00 petang                             : tiba di masjid Putrajaya
10.00 malam                            : bertolak pulang
       
         
7.4    PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada para pengawas pustaka SMU (A) AL-ITTIHADIAH. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh :       

……………………………………..
(ZALINA BT HASSAN @ ZAMRI)
Setiausaha
Program Lawatan Bermaklumat
SMU (A) AL-ITTIHADIAH
TANJUNG PAGAR  

                                                     
Disemak oleh :

……………………………      
(PN NORANI MD HUSSEIN)
Penolong Kanan
SMU (A) AL-ITTIHADIAH
TANJUNG PAGAR  

Disahkan oleh :

……………………………
(TN HJ MAT YAACOB B. MAT AMIN)
Pengetua
SMU (A) AL-ITTIHADIAH
TANJUNG PAGAR  


::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...