Saturday, September 12, 2015

::SENARAI NAMA JEMAAH HAJI YANG HILANG::

Assalamualaikum... Allahurabbi... terkejut smalam dgr perkabaran dr makkah tentang insiden kren jatuh. Dikatakan seramai 107 orang mangsa terkorban. Manakala 200 lebih mangsa cedera. Datuk n nenek saudara cikna juga skrg berada di makkah mukarramah.. semoga mereka terselamat dari insiden tersebut. Dalam pada itu juga terdapat jemaah haji dari malaysia yang hilang semasa insiden tersebut berlaku. Di sini cikna ada sertakan senarai nama mereka yang masih hilang dan juga senarai anma mereka yg cedera. Ihsan dr fb lembaga tabung haji malaysia. Sama2lah kta doakan mereka agar terselamat dan akn segera dijumpai...
P/s: semoga semua keluarga mangsa tabah...

Friday, September 11, 2015

::PETAI JERUK::

Assalamualaikum... arini cikna nak share cara menjeruk petai. Pg td mak saudara cikna baru sampai dr thai bawak petai punyala banyak. Kat sana 100 keping cuma 50 baht aka rm5 sahaja... punyala murah. So, makchu cikna ni pom ajarla cara2 nak menjeruk petai. Senang sgt tp kalo xkena cara xjd jgak. Air petai jeruk akan jd kaler hitam nanti.

Bahan2:
Petai sudah semestinya
Asam keping
garam

Cara2:
Rebus petai. Jgn lama nanti lembek sgt xsedap. Bila dah siap rebus. Asingkan biji petai dr kulit. Nak senang picit2 dlm air sejuk. Kemudian masukkan petai dalam botol. Taruk skali air. Biat selama 3 ari. Slps 3 ari, air tersebut dibuang dan diganti dgn air yg baru. Taruk garam n asam keping. Siap!!!!

Wednesday, September 9, 2015

:: DOA HADAPI PEPERIKSAAN::

assalamualaikum semooo!! memandang beberapa peperiksaan utama bakal berlangsung. di sini sy sertakan beberapa doa yang dipetik dari laman sosial untuk persediaan adik-adik hadapi UPSR, PT3, SMU, SPM, STAM, dan STPM. SEMOGA BERJAYA!!!!

Antara doa-doa yang boleh diamalkan semasa menghadapi peperiksaan adalah




Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”


Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:
\وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”


Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

P/S: bittaufiq wannajah

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...