21/10/13
Pg itu aku bangun seperti biasa saat azan subuh dilaungkan. Bangun, ambil tuala mandi dan gosok gigi. YA ALLAH!!! apa yg dah berlaku pada diriku ini??? Air yg aku kumur keluar balik bibir xmampu nak menahan air dr keluar. Astaghfirullahal'azim... skali lg aku diuji. Aku tutup mulut ku pakai taoak tangan utk elak air yg dikumur keluar. Tarik nafas dan cuba relaks.. amek wudud dan solat subuh. Pandang cermin teliti kawasan muka aku. Istighfar dalam hati. Aku telah lumpuh sebelah muka. YA ALLAH kuatkanlah semangat aku. Siap2 trus p kerja sbb aku kena jaga exam SMU. Dalam hati aku beristighfar xputus2. Nak nangis tp aku xda air mata langsung kali ni. Mungkin dah byk telah tertumpah sebelum2 ni. Selesai jaga exam trus balik rumah. Muhasabah diri... mungkin mulut aku ni laser jd ALLAH tarik nikmat ni. Abah mula rawat aku pakai beberapa doa n ayat al quran dan hembus ke muka. Malamnya umi mengurut sebahagian tubuh aku. ALHAMDULILLAH aku syukur YA ALLAH aku ada umi dan abah.. alhamdulillah... esok masih rutin yg sama jaga exam. Baliknya aku singgah klinik tp klinik tutup. Termenung di depan klinik sekejap sambil telefon sahabat share masalah aku. Dia syorkan aku ke satu klinik ni. Petang tu umi n abah ikut skali ke klinik. Dr kata aku terkena penyakit BELL PALSY iaitu lumpuh sebelah muka. Mungkin ia bersifat sementara namun memakan masa utk sembuh.
Utk diri sy ALLAH TAKKAN UJI HAMBANYA JIKA HAMBANYA XMAMPU MENERIMA UJIAN ITU. ALLAH TAHU KEUPAYAAN KITA SBB ITU DIA MENGUJI KITA. SETIAP UJIAN ITU AKAN MENGUATKAN KITA, UTK MENAMBAHKAN LG KEIMANAN KITA. InsyaALLAH... Kta sbg hambanya trimalah ujian ini dgn redha....
P/s: tlg doakan sy cpt sembuh yer... sbb sy kena kerja utk sara ibu bapa dan family sy... YA ALLAH KUATKANLAH AKU....
3 comments:
Moga cpt sembuh n sentiasa positive k..
Terima kasih akak.. sy yakin sy sembuh... insyaALLAH
doa awk cepat sembuh gak.sentiasa positive and dont ever give up!Allah sentiasa bersama kamu~
Post a Comment