Friday, July 26, 2013

:: PUDING OREO ::

assalamualaikum wbt selamat awal pagi. alhamdulillah masih dalam bulan ramadhan al mubarak. arini kita bakal lalui ramadhan ke 17 iaitu NUZUL QURAN. ari yg istimewa ini cikna ingin kongsi 1 resepi agak mudah dan sedap jika masuk sejuk2 ke dalam mulut iaitu PUDING OREO LAPIS MILO.


Bahan-bahan
1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
750ml air 
160g gula
1 tin susu cair (400ml)

3/4cawan milo satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich
Cara2
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati. Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku. Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan. Kredit to blog hana family

~done~
sebenarnya ada cerita disebalik puding oreo ini. cerita seorg jejaka yg bermulut manis yg sgt kempunan puding oreo. so cikna buatkan utk dia masa pertemuan pertama kami. tak tau la sedap ke tak sbb masa buat tu kelam kabut nak ke hospital, kakak ipar cikna nak deliver baby. nasib la kalo xsedap. so kta tgk je la penghabisan cerita jejaka mulut manis ni. tu pon kalo ada penamatnya. 

P/s: xpandai masak xpe janji rajin masak :)

No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...