Thursday, January 24, 2013

:: UJIAN DARI ALLAH ::


Baru sekejap td sempat berchit chat ngan sahabat lama menerusi facebook. Cikna ada meluahkan sedikit rasa hati ngan dia. Apa yg terbuku di hati selama ini cikna ceritakan segala2nya dgnnya. Sekurang2 kita akan merasa lega apabila kita berkongsi rasa dengan seseorg. Byk yg dinasihatkan oleh sahabat cikna itu. Dia byk menasihatkan cikna dengan cara menceritakan masalah org lain yg lbih hebat lg dugaannya dr cikna. Dengan cara ini baru cikna buka mata terima dugaan ini dengan redha kerana apabila kita melihat orang yg berada di bawah dr kita, kita akan mula rasa bersyukur YA ALLAH, ENGKAU cuma mengurniakan dugaan utkku xseberapa berbanding sesetengah org. Apa tanda dugaan ini??? Dugaan ini adalah bertindak seperti penggera supaya kita sentiasa mengingatiNYA tidak kira masa. Bkn hanya ketika susah tp ketika senang sekalipun. Bayangkan kita sering merungut xmampu memiliki kasut jenama CLARK, tapi kita seharusnya melihat org yg hanya mampu berselipar jepun, yg berselipar jepun sepatutnya mereka bersyukur kerana masih mempunyai kaki untuk berselipar berbanding dgn mereka yg tidak diberi peluang langsung utk memakai selipar. 
Sahabat sekalian ingatlah bahawa ALLAH TAKKAN MENGUJI SESUATU YG TAK DPT DITANGGUNG HAMBANYA. apa yang ditakdirkan utk kita pasti ada hikmatnya. Sbg contoh, baru2 ni cikna kena chicken pox n sekarang pon masih berpantang. Tahukah anda apakah hikmah yg cikna dpt disebalik ciken pox ni??? Cikna dot turunkna berat badan 10 KG LEBIH dlm masa xsampai 10 hari. Xperlu diet, xperlu produk beratus2. Td cikna g skool ramai yg tegur baju dah nampak loose. Wah!! Hebat x??! Alhamdulillah berkat oantang kena cikenpox la katakan... so korang jgn sedih2 dgn dugaan yg diberi olehNYA. SABAR KUNCI UTAMA... 
Oklah smpai jumpa lg.

P/s: sentiasa basahi lidah dengan ucapan hamdalah.. salam maulidur rasul...

Monday, January 21, 2013

:: DEMAM CAMPAK PART II::

assalamualaikum!!!!
meh2 cni semua.. cikna nak cerita lg pengalaman berdemam campak ni. edisi part II. serba sedikit pantang yang kena buat yang pertama, xleh nak garu2 kalo dah garu2 nanti dia pecah n merebak ke tempat lain dgn byk. kedua, jangan makan kicap dan JANGAN kena air HUJAN!!!! jangan sesekali kalo x muka kamu akan jd corak polka dot. nak ke cenggitu??? mesti xnak kan.. ketiga, pantang makan benda2 gatal sebab seksa nanti n lambat nak sembuh. apa yang anda kena lakukan rehat byk2, minum air masak dan mandi dengan kerap sbb bila ah kena ciken pox ni badan kita panas jd nak elakkan semua tu kena mandi dan minum air la yer. pastu ada daun yang dipanggil daun semambu leh gunakan untuk mandi. Pastu skrg cikna dah nak sembuh, erm.. dalam proses nak sembuh. selalu cikna sapukan seluruh badan dan muka dengan beras yg digiling buat bedak sejuk yang ditumbuk dengan sejenis daun. cikna xtau nama daun tersebut tp cikna ada snap pix dia. 
Ni la rupa daun yg cikna tumbuk ngan beras tu. sape tau nama daun ni?

oklah, setakat ni saje utk arini. alhamdulillah dah makin sembuh. selamat malam semua :)

:: DI DLM LIPATAN KENANGAN::


Assalamualaikum
Semenjak dua menjak ini terlalu rindu sgt dengan kenangan lalu. Kenangan 2004-2007 yg xkan pernah dilupakan. Pelbagai kisah yang ku adun ketika ini. Persahabatan, kasih sayang, kesetiaan, percintaan, kegembiraan, kesedihan segalanya bersama, berteman tidak seperti kini aku hanya sendiri melayari kehidupan yg agak membosankan aku kadang2. 
Aku terlalu merindui kenangan bersama2 org yg pernah aku sayang. Mengharungi pahit manis bersama. Saat aku sakit dia disisiku, xpernah dia tinggalkan aku, sgt aku rindukannya, rindu sbg teman sahabat n kekasih yg xterluah. Wahai tuhanku lapangkanlah dadaku dr terus mengingatinya. Dia yang pertama dan xpernah membandingkn aku dgn sesiapa walau kekurangan diri ini. Namun segalanya berakhir begitu saja, pemergiannya membawa separuh dr diri ini. Ku tahu dia bahagia n tidak aku harapkan apa2 cuma aku mohon agar aku dilapangkan dada n redha dengan apa yg terjadi... murahnya air mata malam ini, berjuraian tanpa sekatan... stop it zalina. Ciken pox pon xsembuh lg. Dah wake up xpayah nak layan jiwang. Lupakan semua mula hidup baru. Xpayah nak hidup dlm kenangan. Anggap dia mimpi indah sj..

Sunday, January 20, 2013

::PERSOALAN::


terasa Merindui tp pada siapa,
wujud rasa Mencintai tp mana orangnya?
untuk siapa aku Menyayangi?
argh!!!! benci sekali tp untuk siapa aku harus tuju semua rasa ini?? Bagaimana untuk aku lunaskan dendam ini bila tiada siapa utk aku tujui??? Untuk apa diwujudkan semua rasa ini jika tiada sesiapa pon harus aku tuju?? Siapa aku harus mencari setelah setiap yg dihadiri utkku bkn mjadi milikku? Sampai bila penantianku akan terhenti dan ternoktah? Jika tiada jgn wujudkan segala rasa itu.. bkn aku manusia yg tak tahu bersyukur cuma aku rasa cukup diuji dgn segalanya yg bkn akan mjd milikku.

Tuesday, January 15, 2013

:: DEMAM CAMPAK::


Assalamualaikum uols!!!! 
Diharap semua sehat2 belaka. Cikna juga masih xsihat sekarang dah kena campak plak. Aish!! Tua2 gni baru nak naik campak mmg memalukan. Oklah. Bg uols yg xpernah kena jaga2 la pasti akan terkena nanti juga seorg sekali. Cikna ceritakan simpton2nya dulu yer. Mula2 cikna demam selsema dalam 3 ari start jumaat lg. Masih p kerja even demam. Ari isnin tu balik dr keje buka tudung rasa ada bintik2 kat kepala dah penuh 1 kepala. Ingatkan sbb syampu yg baru ditukar, lepas asar tu trus keluar bintik2 merah berisi air seluruh dada n belakang tlinga. Umi cikna tgk la apa dah jd ngan anaknya ini. Dan tersebutla riwayat campak. Trus p klinik ckp kat dr dpt la mc. Hambek ko sblm ni slama keje xpernah lg mc. Kali ni dpt trus byk... kena byk bersabar la sakit ni. Rasa gatal, panas, xslesa sampai ke dalam tekak dia naik. Terseksa sgt... tp yela kan, sakit tu kifarah dosa. Bersabarla. ALLAH nak gugurkan dosa2 kta.. okla nanti next time cikna cerita plak ubat n pantang larangnya.... gamb di bawah ni air anugerah yg diminum sebelum naik campak. Air ni elok utk sakit dalaman sbb dibaca dgn 30 jzk ayat suci AL QURAN...

Saturday, January 12, 2013

::TAKOYAKI::


Assalamualaikum.. selamat malam ols. Malam ni cikna nak sharing ngan uols takoyaki yang sgt best d kota bharu ni. Sblm ni cikna pernah makan kat TESCO tp xda la sedap sgt tp bila makan kat KB MALL ni cikna jd addicts ngn takoyaki ni. Sgtla sedap rasanya n terdpt 4 jenis boleh pilih yg mana berkenan. Cikna suka sangat ciken cheese. Bila dah ciken mesti xjd nama takoyaki la kan sbb tako ni bermaksud sotong. Disebabkan suka sgt makan benda ni so cikna pon bertanya la dgn en gugle kat mana asal takoyaki ni. Rupanya berasal kat jepun, pastu cikna tanya lg en gugle ttg resepi n cara nak buat takoyaki ni. Punyala rumit jugak sbb kena ada acuan takoyaki. Tp kalo guna acuan cara ok je kan. 
Okla mata dah ngantuk so jomla kita tdo sambil mimpi makan takoyaki ni. Nyumnyum....

P/s: cita2 nak buat sdiri takoyaki ni satu ari nanti...

Wednesday, January 2, 2013

::RESEPI PIZA ROTI SANDWICH::

Assalamualaikum... wah!!! Lalui hari kedua tahun 2013 dgn smooth skali. Alhamdulillah semua kerja dpt settle tanpa masalah. Pelajar2 baru pon nampaknya muka baik2 saja. Ok stop ckp pasal keje. Kita masuk plak cter pasal makan2. Tetiba tringin nak makan piza tp nak p piza hut dah memalam xkan nak keluar lg. So dengan apa yg ada kat rumah cikna berperang dengan periuk blanga di dapur. Jom selongkar dapur sekarang. Memula yg paling penting sekali kita kena ada roti sandwich.



bahan2 piza base:
roti sandwich
Telur
filling:
Bawang putih
daging burger
Lada hitam
Tomato
serbuk Oregano
Tomato
Perasa
Sos cili dan tomato
Sayur campur jika suka
Cheese 
Mayonis
Cara2: 
Pukul telur dan rendamkan roti sandwich. Kemudian susun di atas dulang pembakar. Sementara itu kita sediakan filling. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan daging beger, sos, perasa, oregano dan serbuk lada itam serta sayur campur. Kacau sehingga semua bahan masak dengan baik. 
Kemudian, filling yg sudah dimasak td diletakkan di atas roti. Kemudian taburkan cheese yg sudah diparut dan juraikan mayonis secukupnya. Dan akhir sekali bakar sehingga masak. Tadaaaa!!! Siap..

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...