Bercakap tentang jodoh ia mmg sesuatu yg kita tak dapat nak tafsirkan. Jodoh merupakan rahsia ALLAH swt sebagaimana saat matinya kita. kita tahu bahawasanya kita akan mati tp kita tidak tahu bilakah, di manakah dan bagaimana caranya kita akan mati. begitu juga dengan jodoh, dengan siapa dan bagaimana orangnya pasangan kita, semuanya kita tidak tahu. Tp yang pasti utk mendapat jodoh yang terbaik kita kena baiki diri kita dahulu, insyaALLAH pasti yang tercipta untuk kita akan memadani dengan diri kita.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud R.A., dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis- amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”.
1. Apakah jodoh (dan segala takdir lain) yang sudah ditetapkan oleh Allah itu boleh diubah?
Ya dan tidak. Takdir itu tidak bisa diubah oleh manusia, tetapi dapat diubah oleh Allah.
Allah SWT berfirman:
"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh Mahfuzh)." (surah ar-Ra’du [13]: ayat 39)
2. perlukah jodoh dicari???
Perlu. kenapa?? Cinta itu perjuangan yang perlu diusahakan. Tidak hanya perlu melongok menunggu ia dtg ke mari kerana jodoh itu juga merupakan rezeki dan seharusnya rezeki perlu dicari dan perlu sedikit usaha untuk mendapatkannya.