Tuesday, December 31, 2013

:: 2013::

Assalamualaikum... alhamdulillah nafas ini masih lg diberi pinjaman olehNYA hingga saat ini. Sebenarnya cikna amek masa yg agak lama utk jari jemari menari di keybod. Sangat mengambil masa yg agak lama utk mengingat balik setiap moment yg berlaku dalam 2013. 2013 taun akhir akhir utk cikna berada di angka 2 dipangkal umur. taun 2013 juga mempunyai banyak persamaannya dengan taun 2011.. taun 2013 juga membuatkan cikna rasa dihargai tp 2013 semangat cikna utk bekerja semakin kurang. Semangat makin menghilang. Risau sebenarnya kalo trus menyusut. Diharap 2014 nanti cikna kembali semangat utk bekerja. Mendidik anak2 menjadi seorg yg berguna. Cikna akui 2013 agak menurun prestasi kerja disebabkan tekanan. Tu sampai macam2 penyakit yg timbul. Alhamdulillah cuba pk positif dan harap aura positif akan terus berkembang utk 2014 dan taun seterusnya.

Macam2 perancangan 2014 cuma yg cikna tekankan sekali 2014 adalah semangat utk trus bekerja. Mencari rezeki yg halal utk keluarga. Semoga kta trus dilimpahkan rezeki olehNya. 2014 juga cikna harap dapat sarung baju pengantin. Eeeuuuaaww!! Gedik melanda tp rasanya umur dah nak 3 series ni mmg patot dah kahwin n beranak pinak. Blom ditemukan jodoh lg. Dan ada beberapa azam yg sememangnya dah di gariskan masa sambut maal hijrah taun ni akan trus diamalkan. InsyaALLAH.. semoga istiqamah.... itu sahaja utk entry 2013... semoga kta semua di bawah lindunganNYA.. amin...

P/S: jgn lupa selawat dan salam ke atas junjungan besar rasullullah.. sollu 'ala nabi..

Friday, December 27, 2013

::DALAM BENCI KU MEMILIKINYA::


assalamualaikum
salam jumaat!! sollu 'ala nabi :) 
arini cikna nak bercerita sedikit tentang kejadian di TESCO semalam. petang semalam cikna nak reedem sticker yang superheroes and friends tu. cikna xsnap pic kad sticker redeem tu sebab xtau ini yg berlaku. 
cikna: nak redeem superheroes la sbb dah penuh sticker ni.
kawan: nak pilih yg mana? 
cikna: mana2 pon boleh tp jangan SI MIKE sudah. xsukalah sebab mata dia satu macam dajjal jek.
kawan: ha'ah! jgn amek yg tu. xcomel.
so jalan ke kaunter redeem. jumpa adik tesco promoter.
cikna: dik akak nak redeem sticker ni. akak nak pilih boleh? mana2 superheroes xkesahla ironman ke apa ke janji bukan si MIKE yer dik.
promoter: sori kak. xleh pilih sbb benda dalam kotak.
cikna: dah tu nape dok tayang macam2 watak kalo xleh pilih.
promoter: sebab benda dalam kotak xleh bukan. pastu dalam plastik hitam lg watak tu. lgpon kta nak buat customer truja dengan hadiah yg mereka dapat.
cikna: oklah.. bg je la kotak mana2.
promoter: sy letak 3 akak pilih sdiri la kotak mana yg akak nak
cikna: ermm.... akak amek yg tengah yer dik. tq..

so, bukala cikna dengan harapan bukan si MIKE tp apa yg cikna dapat? tetap si MIKE. boleh paham tak apa yg cikna nak sampaikan di sini?
selalunya benda atau perkara yang kita tak sukalah kita akan dapat. KENAPA??? kerana ALLAH ingin menguji kita dengan memberi benda yg kta xsuka. kisah di atas cuma kisah yg picisan bagi kisah2 yg lain yg terjadi dalam kehidupan di sini. INGAT!! jangan terlalu tidak menyukai sesuatu mana tau kelak dia jd milik kita. wassalam....
MIKE

p/s: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
                                                                                                                (QS. Al Baqarah: 216)

Monday, December 2, 2013

:: UBI KAYU OH UBI KAYU ::

assalamualaikum
sollu 'ala nabi. selamat petang. sepanjang arini ujan tp tak lebat. ALLAH adalah sebaik2 perancang di mana semalam DIA dah berikan kita matahari sepanjang ari jd semua baju2 alhamdulillah kering. manakala arini pula diberikan hujan dan cukup membuatkan mata asyik nak pejam. zzzZzZzZzzzzzzzzzzzzz.. biasala bulan 11, 12 adalah musim tengkujuh. sekali lg syukur semalam ada jiran bagi ubi kayu so arini umi cikna rebus ubi kayu atau juga dalam bahasa omputeh disebut cassava dan kita makan dengan kelapa parut pada petang2 arii amatlah sedap. budak2 zaman sekarang mungkin ramai dah xmerasa ubi kayu lagi2 mereka2 yang tinggal di bandar2. 
ihsan google
ubi kayu selain direbus ianya juga sedap dibuat kuih. paling cikna suka makan kuih tepung ubi kayu (kelantan punya kuih) sgt sedap. ubi kayu diparut dicampur dengan tepung dan gula melaka dan dibalut dengan daun pisang kemudian dikukus. lebih kurang begitula cara pembuatannya. selain itu buat tepung boko pon sedap, juga kuih dr kelantan. nyumnyum... allahuakhbar. nikmatnya kalo dapat makan.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. berdoa : "Ya Allah ! berikanlah rezeki keluarga Muhammad
makanan sekadar mengenyangkan"
Hadis sahih riwayat Muslim



P/S: ujan2 buat perut sy lapar -_-





::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...