Sunday, November 24, 2013

:: HOKKAIDO CUP CAKES::

ASSALAMUALAIKUM
Sape pernah merasa hokkaido cake?haaaa... ni cikna nak habaq mai kat uols, iol buat sdiri ini kek dr japan. hehe.. sedap beb ada kastad gtu kat dalam. Alhamdulillah cikna diberi kelapangan olehNYA utk membuat kek yg agak sedap ni. fluffy n berkrim serta disukai ramai. kat cni cikna nak share la resepi kek hokkaido ni. cik nab, kak yam sila sediakan pen dan kertas salin resepi mudah ni.
 
hokkaido cupcakes resepi dr MASAM MANIS AZLITA
bahan-bahan:
4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.
filling tu cikna guna instant custard jek. senang... kalo nak resepi kastad leh la google kat blog azlita masam manis. 

p/s: biar xpandai masak janji rajin masak

:: PERGINYA HERO::



assalamualaikum
selamat malam
ingatkah kamu pada seekor kucing yang tiada kedua belah kakinya kena potong oleh manusia yg xberperikemanusiaan??? pada arini kucing tersebut telah pon kembali kepada penciptaNYA kerana sakit leukimia. Cikna yakin pemiliknya atau lebih dikenali dengan nama PAPA HERO pasti sedih yang teramat sangat. cikna pernah alami apa yg dialami. jika anda masih ingat, kucing ini juga telah mencetus ramai orang dalam menyelamatkan kucing dan anjing jalanan. kalo anda ingin tahu mengenai kucing ini HERO bolehla lawat blog

p/s: semoga PAPA HERO tabah. kita yang hidup pasti akan mati. setiapnya akan ada pengakhiran tiada yang kekal melainkan ALLAH swt


Monday, November 11, 2013

:: SILA AMBIL PERHATIAN!!!!UMAT ISLAM MESTI BACA!!!!::



assalamualaikum
di sini ada sedikit pesanan utk sahabat2 supaya berhati2 dalam membeli minuman dalam tin. sekarang ni heboh diperkatakan CARLSBERG telah mengeluarkan satu produk dalam tin minuman JOLLY SAHNDY seperti F&N, COCA-COLA, PEPSI dsbnya yang biasa kita beli di kedai. terutama sekali sy nak mengingat kepada ibu bapa yg biasa membenarkan anak2 mereka pergi membeli sendiri di kedai spt SEVEN ELEVEN atau mana2 kedai yang biasanya ada kedai aneka ni supaya berpesan kepada anak2 mereka dan ajar anak2 mereka supaya jangan sesekali membeli air dalam tin sbb cikna takut anak2 ni tersalah beli. ajar mereka beli minuman dalam kotak spt dutch lady, yeos. TOLONG AMBIL PERHATIAN!!! anak2 mudah tertarik dengan pembungkusan yg sgt ceria ni. mereka xtau apa2..


UMAT ISLAM MESTI BACA !!

"Jolly Shandy" adalah minuman b'alkohol rendah ,
pada kita ianya tetap haram diminum ,
kerana tetap dikategorikan sebagai arak ,

yang m'dukacitakan kita ,
kenapa penampilannya dibuat sedemikian rupa ,
seperti minuman ringan yg lain ,

disebab design grafik luaran itu ,
sama seperti air minuman ringan biasa ,
siapa pun tidak akan menyangka ,
ianya adalah mnuman tin arak ,

pesanan saya hati2 bila membeli air ,
zaman skrg musuh islam smkin licik ,
dalam merosakkan akidah kita ,

P/S: Allahu rabbi mereka sanggup melakukan apa sahaja utk memusnahkan umat ISLAM

Monday, November 4, 2013

:: 1 MUHARAM 1435::

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.... saat ini kta masih mampu menyedut oksigen yg diciptakan olehNYA. alhamdulillah syukur skali lg sbb penyakit yg cikna dah nak semakin pulih berkat dr anda semua dan dgn izinNYA juga. Walaupun masih xsepenuhnya pulih tp cikna bersyukur. Alhamdulillah....

Arini kta telah melalui tahun baru dalam ISLAM iaitu tahun 1435 HIJRAH. arini merupakan 1 muharam 1435 H. Arini juga merupakan ari penutupan buku amalan kita yakni lembaran buku amalan baru akan dibuka. Pada arini juga sepatutnya kta membaca doa akhir dan awal tahun. mungkin ramai dah buat wishlist utk azam tahun baru. Cikna pon ada sedikit wishlist dan nak kongsi bersama readers.
Wishlist 1435 H
1. sempurnakan 2,4,4,3,4
2. Istiqomah pakai hansok n stokin
3. Solat dhuha

Ini sahaja buat masa skrg.. kalo letak byk2 sgt takut kang xtercapai. Biar sedikit tp berkualiti...
P/s: “Bagi orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang dia tidak kelihatan (olehnya) dan ia datang dengan hati yang bertaubat.” (QS Qaaf : 33)

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...