Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Friday, November 9, 2018

:: JOM DAFTAR DI SMU (A) AL-ITTIHADIAH TANJUNG PAGAR::

“Kecemerlangan dalam ilmu akademik juga harus seiring dengan penguasaan ilmu agama kerana ilmu agama merupakan jaminan terhadap perilaku dan tindakan apabila anak-anak apabila mereka dewasa kelak" ~ inilah yang seharusnya dipegang oleh ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.

sebagai ibu bapa, sudah semestinya besar harapan untuk melihat anak-anak mereka berjaya. jika anak anda seoranng doktor, pastinya doktor yang penuh dengan ilmu agama di dada. yang bukan sekadar merawat secara fizikal tetapi boleh merawat dalaman iaitu engan berkongsi amalan-amalan yang boleh diamalkan oleh pesakit bagi menghadapi kesakitan samada secara fizikal atau metal. jika anak anda seorang juruterbang pastinya seorang juruterbang yang bukan sahaja mampu menerbangkan sebuah kapal terbang tapi setiap masa bibir di basahi dengan zikrullah dan amalan-amalan yang lain yang akan menyebabkan penumpang rasa selamat dan dilindungi bila terbang dengan kapten yang penuh ilmu agama di dada.

oleh itu, di sini saya kongsikan sebuah sekolah yang mengajar ilmu akademik dan ilmu agama serentak iaitu sebuah sekolah di bawah YAYASAN ISLAM KELANTAN. Salah sebuah sekolah YIK adalah SMU (A) AL-ITTIHADIAH TANJUNG PAGAR yang terletak di daerah Ketereh. Sekolah ini tidak mempunyai asrama tetapi berdekatan sekolah ada sebuah tahfiz yang mengambil pelajar dari pelbagai negeri dan bersekolah di  SMU (A) AL-ITTIHADIAH TANJUNG PAGAR.


pendaftaran dibuka sekarang sehingga 9 Disember 2018
untuk keterangan lanjut boleh hubungi 09-9770090

Sekian sahaja dr cikna untuk arini setelah lama xbersiaran.

Tuesday, May 3, 2016

:: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ::

Assalamu'alaikum


     Bismillahirrahmannirrahim.. dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

    Guru memainkan peranan dalam pembangunan sesebuah negara. Jika dikaji, sesebuah tamadun maju pada zaman dahulu adalah tamadun yang mementingkan pendidikan. Ini membuktikan betapa pentingnya peranan seorang guru. Namun, bukan mudah untuk menjadi seorang guru pada abad ke 21. Terdapat pelbagai halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh seseorang yang bergelar guru terutamanya cabaran dari pelajar, ibu bapa dan persekitaran itu sendiri.
      
     Tugas seorang guru bukan hanya mengajar ilmu pengetahuan tapi yang paling utama adalah dalam membentuk akhlak dan syahsiah seseorang pelajar itu. Namun begitu, dalam dunia yang serba moden dan berteknologi, tugas guru menjadi semakin sukar sehingga kekadang menguji kesabaran seorang guru dalam mendidik akhlak pelajar. Jika kita lihat, segala maklumat dapat diakses dengan menggunakan hujung jari sahaja, inni disebabkan rata-rata pelajar mempunyai telefon yang canggih yang boleh mengakses internet di mana sahaja. oleh itu, tidak hairanlah jika seseorang pelajar itu dapat mencapai maklumat atau bahan yang tidak sepatutnya dari internet. Keadaan ini yang menjadikan sikap seseorang pelajar itu menjadi semakin tidak berakhlak jika tersalah mencedok maklumat seperti gangsterisme atau bahan-bahan pornografi. Justeru itu, seorang guru perlulah mempunyai kesabaran yang tinggi dan sifat kasih sayang yang kental. 

    
       Antara cabaran lain ialah sikap ibu bapa yang sering menyalahkan guru dan sering memenangkan anak-anak mereka. Bukan bermaksud seseorang guru itu tidak pernah melakukan kesilapan tetapi ibu bapa haruslah mengambil sikap terbuka dan berbincang bukan dengan terus menunding jari ke arah guru. Jika kita imbas kembali sewaktu zaman persekolahan dahulu, guru dibenarkan merotan. Terutamanya jika seserang pelajar itu tidak menyiapkan kerja sekolah atau ponteng atau nakal di sekolah. Setelah menerima hukumana 'roti panjang' tidak pula berani untuk bercerita pada ibu bapa. Amat berbeza pada zaman serba moden ini, apabila guru merotan pelajar atas kesalahan pelajar terbabit pasti ibu bapa akan menyaman guru tersebut. Tidak dinafikan, setiap ibu bapa sememangnya sayangkan anak-anak namun sikap inilah yang akan mendorong anak-anak menjadi semakin nakal dan samseng di sekolah. Ibu bapa sering menyalahkan pihak sekolah tidak dapat menjaga disiplin pelajar tanpa menyedari disiplin pelajar bermula dari rumah.
         

          Dunia pendidikan juga berjalan seiring dengan arus kemodenan. Guru pada zaman dahulu menggunakan kaedah 'chalk and talk' sahaja. Berbanding pada zaman kini, guru juga terpaksa menggunakan pelbagai gajet dan sistem bagi berjalan seiring dengan perkembangan teknologi. Jika dahulu sumber guru hanya bergantung pada uku teks sahaja, namun kini guru juga harus menggali maklumat menggunakan capaian internet. Oleh sebab itu, guru pada masa kini haruslah mempunyai kebolehan dalam menggunakan internet dan pelbagai lagi gajet-gajet seperti komputer dan pencetak. Pengenalan kepada pelbagai sistem seperti Sistem Pendaftaran Peperiksaan Atas Talian, Sistem Pendaftaran Murid dan pelbagai lagi juga menjadi cabaran kepada guru terutamanya guru-guru yang telah lama berkhidmat. Ini memberi tekanan kepada mereka kerana mereka terpaksa belajar semula dan ada juga dari mereka terus menolak untuk menggunakan sistem ini dan lebih rela menerima sistem konvensional. 
         
          Beberapa aspek lain yang juga menjadi cabaran kepada guru ialah beban tugas pengkeranian dan pelbagai jawatan yang disandang. Selain dari mengajar, seseorang guru itu terpaksa menguruskan beberapa fail dan menyelesaikan tugasnya di atas beberapa portfolio yang dipegangnya. Contohnya, seorang guru itu selain daripada menyiapkan pengajaran dan pembelajaran dalam darjah dan menanda kertas atau buku pelajar, guru tersebut juga memegang jawatan sebagai Guru Buku Teks Sekolah, Guru Kelas, atau Guru Disiplin. Oleh yang demikian, guru tersebut terpaksa menguruskan fail-fail, rekod kemaskini, minit mesyuarat dan sebagainya yang perlu dilengkapi dan diuruskan dengan baik.

       Kesimpulannya, bagi merealisasikan tema hari guru 2016 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa, maka seorang guru haruslah menyahut segala cabaran yang berada di hadapannya. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru. Semangat yang kental dan kesabaran yang tinggi perlu dilatih saat seseorang itu mula melangkah ke alam perguruan. 
     SELAMAT HARI GURU 
WARGA PENDIDIK
karya asli:
Zalina Hassan zamri
1.10 am 3/5/2016

p/s: semoga cikna sentiasa kuat, tabah dan sabar dalam menempuh cabaran sebagai seorang guru.

Saturday, April 16, 2016

:: PUDING COKLAT CHIA SEEDS::

       setelah mengetahui banyak kelebihan dan mafaat chia seed ni, boleh klik DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut. cikna google beberapa resepi yang menggunakan chia seeds sebagai bahannya. sebelum ni cina cuma letak dalam air sirap macam minum sirap selasih tu. sedap dan segar rasanya. jd arini cikna nak cuba buat puding coklat letak chia seed ni. Alhamdulillah dah siap pon puding coklat chia seeds cikna cuma tak boleh makan lg kena letak dalam peti sejuk selama 6 jam baru boleh makan. 
       beginilah rupa puding coklat cikna. tak menarik langsung dan tak hias apa2. simple dan sgt berharap ia sedap..

   bahan-bahan:
3/4 cawan susu (apa2 susu, cikna pakai susu kambing yg cikna jual)
1 sdm serbuk koko
1 sdm madu
3 sdm chia seeds
1 sdk vanila 

LANGKAH-LANGKAH:
Semua bahan di atas dicampurkan dan dikacau hingga sebati. cikna pakai gelas yang sama masa kacau dan trus simpan dalam peti ais selama 6 jam.
bagi yang konpius kenapa tak letak jelly atau serbuk agar2. sebenarnya biji chia seeds inilah akan berfungsi sebagai jelly nanti. biji chia seeds ni dia mampu menyerap air yang banyak. jd nanti dia akan jd kental macam jelly dengan sendirinya.

p/s: sangat elok dinikmati time cuaca panas ni

:: KELEBIHAN DAN MANFAAT CHIA SEED ::

         HO0O0Olllaaaaaaaaaaaaaaaa.... bulan ni bulan kesihatan kot sebab cikna asyik nak buat n3 pasal makanan sihat2 aja... okesz?! kalo artikel sebelum ni dok crita pasal habbatus sauda, arini nak ceghita plak pasal chia seed. apa itu chia seed? chia seeds merupakan tumbuhan semulajadi Meksiko dan Guatemala yang berasal dari tumbuhan Salvia hispanica, yang satu keluarga dengan tumbuhan mint. Biji chia sangat kecil (berukuran kira-kira 1mm saja). Warna bijinya hitam, coklat, dan putih.  Biji chia memiliki kemampuan untuk menyerap cairan antara 9-12 kali ganda dalam 10 minit.
biji chia seed yang dibeli d cosway. mahal sgt 500g RM44.50
    Kat sini juga cikna nak share kelebihan-kelebihan chia seeds ni. kelebihan yang paling menarik sekali adalah membantu mengurangkan berat badan. best wooooooo kalo dpt kuruih. hakhak...
mohler kita intai  kelebihan chia seeds ni.

KELEBIHAN CHIA SEEDS
1 - MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
- Selepas direndam dalam air, Chia Seeds akan berkembang saiznya sehingga 10 kali ganda dan akan menjadi membran di dalam perut supaya melambatkan proses penyerapan karbohidrat dalam perut. Chia Seeds akan menghasilkan rasa kekenyangan dan membekalkan tenaga badan serta mengelakkan semua kesan sampingan dalam proses perlangsingan.
2 - MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS
- Keistimewaan Chia Seeds membentukkan gel yang memanjangkan masa penghadaman. Ini baik untuk menstabilkan gula darah serta menggelakkan kenaikan gula darah selepas makan. Ia mempunyai kesan yang tertentu untuk mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.
3 - MENGUATKAN FUNGSI JANTUNG
- EPA (Asid Eicosapentaenoic) yang terdapat di dalam Omega-3 memberi kesan yang baik dalam sistem pembersihan saluran darah dan mencegah serangan jantung.
4 - MEMBEKAL TENAGA
- Chia Seeds yang telah menyerap air mempercepatkan proses pencernaan dan penyerapan. Ini akan memudahkan proses organisasi nutrisi untuk penggunaan sel badan. Ia juga dapat mencegahkan dehidrasi dan menyeimbangkan elektrolik dalam badan. Selain daripada itu, ia juga baik untuk wanita mengandung, wanita menyusu bayi, atlet, ahli bina badan dan mereka yang sedang berdiet.
5 - ANTI-PENUAAN
- Omega-3 di dalam Chia Seeds bukan sahaja mengandungi fungsi antioksidan tetapi dapat mempertingkatkan keanjalan kulit dan mengawal wajah agar sentiasa muda.
6 - MEMBANTU MENCEGAH SEMBELIT
- Chia Seeds yang mengandungi selulosa yang tinggi bantu membuangkan toksin dalam badan serta mempertingkatkan metabolisme.

okesz.. stakat ni dulu untuk n3 Chia seeds ni sbb cikna nak p sediakan bahan untuk buat PUDING COKLAT CHIA SEEDS yang dicuri dr blogger FARAH DAFRI.  nanti cikna update ghope puding cikna yer... bye...

p/s: makan yang makanan sihat untuk hidup sihat

Wednesday, April 13, 2016

::RAMUAN DIET DENGAN HABBATUS SAUDA::

assalamualaikum
sebelum ni cikna dah buat posting pasal kebaikan dan cara menggunakan Habbatus sauda ni. tp arini cikna nak buat lg posting pasal habbatus sauda ni bila masa tgh scroll kat fb terjumpa satu artikel yang jintan hitam ni boleh menurunkan berat badan seseorang. tak salah kalo nak mencuba untuk kesihatan kita bersama. jom kita cek ramuan untuk menurunkan berat badan.







bahan-bahan:
  • 2 sdm jintan hitam
  • 1/2 buah lemon, perah airnya

Step by stepnya:
Rendam jintan hitam dalam air semalaman, rebus bijinya di pagi hari. tapis dan tambahkan air lemon.
Minum campuran ini setiap pagi dalam keadaan perut kosong selama 2 minggu.
       
      Bagi cikna xsalah mencuba sebab bahan yang digunakan adalah semulajadi dan pastinya tanpa bahan kimia. disamping itu habbatus sauda merupakan makanan sunnah yang mempunyai banyak kebaikan. jd apa tunggu lagi jom kta buat. semoga kurus dan sihat sama-sama.

p/s: push harder than yesterday if you want a different tomorrow



Sunday, April 10, 2016

:: KEBAIKAN HABBATUS SAUDA DAN CARA MENGAMALKANNYA::

ASSALAMUALAIKUM SEMO0O0O0....
malam ni nak buat entry pasal salah satu makanan sunnah iaitu habbatus sauda atau nama saintifiknya nigella stiva. cikna ada sebekas rempah hitam yang diberi oleh seorang kawan. disebabkan tak tau mcmana cara nak amalkan herba hitam ni, cikna telah bertanya pada satu group di fb iaitu group MASAK APA HARI NI. Jadi ramai yang memberi respon so cikna kumpulkan semua cara-cara mengamalkan habbatus sauda ni.pelbagai cara yang diajar dalam group MAHN namun cikna ambil beberapa tips sahaja yang sesuai dan mengikut sunnah. antaranya:
1. sudukan sedikit madu di tapak tangan bersama 7 biji habbatus sauda dan jilat. pastikan habbatus sauda tersebut digigit2
2. rendam didalam air teh suam bersama madu
3. sangaikan dan tumbuk sampai hancur. minum bersama madu
4. sangai dan makan perlu kunyah baru telan

ni bunga yang mengeluarkan herba hitam


"hendaklah kamu memakan jintan hitam, kerana jintan hitam mengandungi ubat untuk segala penyakit melainkan as-saam (mati)"

  


























































































































       
rupa habbatus sauda




ANTARA KEBAIKAN HABBATUS SAUDA IALAH :

1. MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

2. MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

3.ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

4.SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi)

5.ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

6.ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

7.ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

8.PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

9.SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

10.ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

11.MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

12.MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

13.MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

14.MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA

p/s: mohler kita amalkan habbatus sauda ni. sunnah nabi tau. selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi s.a.w... sollu 'ala nabi
 

Monday, April 4, 2016

:: KHASIAT SUSU KAMBING ::

SOLLU 'ALA NABI
Arini cikna nak ceghita sedikit tentang kelebihan dan khasiat susu kambing. mbek... mbek... mbek...
jom cekidot apa info dan maklumat yang sangat berguna ini. 

Kelebihan Susu Kambing

- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam


UNTUK TEMPAHAN SUSU KAMBING ASLI ATAU SUSU KAMBING BERPERISA ATAU YOGURT SUSU KAMBING BAGI SEKITAR KOTA BHARU BOLEH HUBUNGI

NIK KHAIRUNNISA 0162324125
ZALINA 0129293791

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja
anak2 hekan yang suka susu kambing yogurt


Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- Memulihkan tenaga batin dan awet muda



suka diorang minum susu kambing
 UNTUK TEMPAHAN SUSU KAMBING ASLI ATAU SUSU KAMBING BERPERISA ATAU YOGURT SUSU KAMBING BAGI SEKITAR KOTA BHARU BOLEH HUBUNGI

NIK KHAIRUNNISA 0162324125
ZALINA 0129293791

P/S:Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah: 172)

Wednesday, January 6, 2016

:: TEMPAT MAKAN MENARIK DAN SEDAP DI KELANTAN PART 1 ::

Sollu 'ala nabi
assalamualaikum n a very good morning. jam 12.15 pagi baru rajin nak blogging. arini cikna nak share tempat makan yang menarik dan sedap2 sekitar KELANTAN. sesiapa yang nak plan bercuti ke kelantan bolehlah cuba2 akan di tempat yang cikna senaraikan ni yer. kelantan sememangnya terkenal dengan makanan yang sedap2 dan murah pulak tu.

1. KOPITIAM KITA
untuk sarapan pagi anda bolehlah ke kopitiam kita. Antara kafe untuk sarapan pagi yang terkenal di Kelantan.Menyediakan pelbagai jenis nasi dan menu seperti Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu, nasi lemak dan banyak lagi. Menu lain yang istimewa ialah roti titab iaitu roti bakar yang dihidangkan bersama kaya dan telur separuh masak.

Alamat/lokasi : 4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu, Malaysia.
Waktu: seawal jam 7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari sahaja.
   

2. WARUNG NASI KERABU
  Kedai nasi kerabu ni cikna xnak sajez mana2 kedai tp cikna nak uols sendiri buat pilihan sebab sepanjang jalan dari Kadok sampai ke ketereh itulah zon nasi kerabu. macam2 spesis ada nasi kerabu di sepanjang jalan tersebut. warung nasi kerabu su, warung nasi kerabu cik siti, warung nasi kerabu daging singgang dan byk lagi. apa yang cikna nak ckp semua sedap. jd pilihan di tangan anda... kalo nak p makan area cni bek p ari sabtu sebab lepas makan anda boleh sopim di pasar tani ketereh. macam2 hado....

3. NASI ULAM CIKGU HAMID
 bg mereka yang suka makanan kampung kat cni sgt recommended, cikna dr zaman sekolah lg mmg suka makan sini sbb murah sgt dan pemilik restoren ni ayah kawan cikna so kalo member tu ada dpt diskaun la. nasi ulam cikgu ni terletak dekat pusat kraftangan kota bharu iaitu berdekatan dengan PASAR SITI KHADIJAH. jd uols yang sopim kat pasar siti khadijah tu bolehla menjamu selera kat cni. makan ramai2 nasi uam budu dengan ikan bakar, ikan keli goreng, ikan patin asam pedas, ayam goreng ranggup panas2 dan pelbagai ulam-ulaman dihidang pula dengan air sirap selasih. masyaALLAH memang sedap dan menyelerakan.
4. RESTOREN ABE MIE
tak suka makan nasi ulam dan tercari-cari nasi yang simple. ni dia yang anak cri NASI AYAM GORENG ABE MIE. memang beratur la nak makan nasi ni. kena sabar la yer. Menyediakan hidangan nasi kukus yang berlaukkan ayam goreng berempah. Lauk yang lain juga ada. kedai nasi abang ni dekat saja dengan BILLION kota bharu. lepas makan boleh sambung shopping.


Alamat/lokasi : Restoran Abe Mie, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

5. RESTOREN SULIZA SUP AIR ASAM DAN DAGING BAKAR
 rasa nak makan tengahari dengan lauk pauk yang masam2 sedap dan bersup? kat cni uols semua patut pergi. pergh!!!! sup air asam dengan daging bakar dia mmg terangat. order by set trus. set sup air asam daging bakar. cikna kalo p sini xcukup 1 set (opppsss). lokasi kedai ni dekat je dengan restoren abe mie iaitu berdekatan dengan open universiti jalan lundang. 

Rasanya kena stop dulu dah lewat ni esok nak keje. so nanti free cikna sambung balik TEMPAT MAKAN MENARIK DAN SEDAP DI KELANTAN. 
p/s: bismikallah humma ahya wa amut.

Saturday, September 12, 2015

::SENARAI NAMA JEMAAH HAJI YANG HILANG::

Assalamualaikum... Allahurabbi... terkejut smalam dgr perkabaran dr makkah tentang insiden kren jatuh. Dikatakan seramai 107 orang mangsa terkorban. Manakala 200 lebih mangsa cedera. Datuk n nenek saudara cikna juga skrg berada di makkah mukarramah.. semoga mereka terselamat dari insiden tersebut. Dalam pada itu juga terdapat jemaah haji dari malaysia yang hilang semasa insiden tersebut berlaku. Di sini cikna ada sertakan senarai nama mereka yang masih hilang dan juga senarai anma mereka yg cedera. Ihsan dr fb lembaga tabung haji malaysia. Sama2lah kta doakan mereka agar terselamat dan akn segera dijumpai...
P/s: semoga semua keluarga mangsa tabah...

Wednesday, August 26, 2015

:: CARA TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH::

ASSALAMUALAIKUM
        Sejak beberapa minggu yang lalu umi cikna sakit. paras gula dalam badan umi tinggi sehingga 26 yang menyebabkan sebelah tubuh bahagian membengkak dan terdapat kudis di kepala dan juga badan umi. pelbagai ikhtiar yang cikna cuba usahakan selain dari ke hospital dan klinik. pada mulanya bacaan gula dalam badan umi 26, lepas 3 hari p check turun ke 24. lepas tu tiba2 umi xdpt bergerak bila sebahagian badan membengkak kami bawak ke hospital paras gulanya naik balik ke 25. satu ari cikna ada jumpa seorang kawan pos pasal 3 herba ni dekat group facebook iaitu jintan manis, jintan putih dan juga daun sup. dikatakan 3 herba ini dapat menurunkan paras gula dalam badan. cikna mencuba dan tak salah jika kita cuba. sempat jugalah cuba sampai 2 kali buat sebab air rebusan semua herba ini tidak elok diamalkan selalu.
3 herba yang diperlukan
    alhamdulillah hari ni, umi p check paras gula dalam darah dah turun ke 10 walau belum normal lagi tapi sudah menunjukkan perubahan dan doktor yang check juga terkejut sebab turun banyak sgt dr 26 ke 10. jd di sini cikna ambil kesempatan untuk kongsi ilmu yang kita dapat ini dengan orang lain. semoga bermanfaat kepada mereka yang hidap kencing manis atau diebetes. kita ikhtiar tp ALLAH yang menyembuhkan sebagaimana ayat di dalam surat Al An’am (ayat: 17),

“Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
sekian, selamat malam...

P/S: setiap penyakit pasti ada ubatnya

Friday, August 21, 2015

:: PENGGUNAAN MASYAALLAH, ASTAGHFIRULLAH, SUBHANALLAH DAN NAUZYBILLAH ::


selamat malam semoooo!!!!
Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara ini memandangkan ramai kawan-kawan fb dan blog menggunakan ini untuk menulis posting atau komen mereka begitu juga di dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak blog yang telah menulis tentang ini tetapi saya terpanggil juga untuk menegur atau membetulkan apa yang salah. Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah:


 MasyaAllah – Allah Maha Agung
Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
SubhanAllah – Maha Suci Allah
Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah.
Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan ialah “Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”. Kebanyakkan yang saya perhatikan, menggunakan “MasyaAllah” ketika terlihat perkara-perkara maksiat terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Ini banyak berlaku di dalam TV. Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) apabila melihat perkara-perkara yang di tegah Allah. Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “SubhanAllah”. Jadi, jom kita sama-sama menggunakan perkataan-perkataan tersebut di tempat yang sepatutnya untuk mengelakkan kita terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

p/s: biar apa yg diucapkan itu seiring dengan apa yang berlaku

Monday, December 2, 2013

:: UBI KAYU OH UBI KAYU ::

assalamualaikum
sollu 'ala nabi. selamat petang. sepanjang arini ujan tp tak lebat. ALLAH adalah sebaik2 perancang di mana semalam DIA dah berikan kita matahari sepanjang ari jd semua baju2 alhamdulillah kering. manakala arini pula diberikan hujan dan cukup membuatkan mata asyik nak pejam. zzzZzZzZzzzzzzzzzzzzz.. biasala bulan 11, 12 adalah musim tengkujuh. sekali lg syukur semalam ada jiran bagi ubi kayu so arini umi cikna rebus ubi kayu atau juga dalam bahasa omputeh disebut cassava dan kita makan dengan kelapa parut pada petang2 arii amatlah sedap. budak2 zaman sekarang mungkin ramai dah xmerasa ubi kayu lagi2 mereka2 yang tinggal di bandar2. 
ihsan google
ubi kayu selain direbus ianya juga sedap dibuat kuih. paling cikna suka makan kuih tepung ubi kayu (kelantan punya kuih) sgt sedap. ubi kayu diparut dicampur dengan tepung dan gula melaka dan dibalut dengan daun pisang kemudian dikukus. lebih kurang begitula cara pembuatannya. selain itu buat tepung boko pon sedap, juga kuih dr kelantan. nyumnyum... allahuakhbar. nikmatnya kalo dapat makan.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. berdoa : "Ya Allah ! berikanlah rezeki keluarga Muhammad
makanan sekadar mengenyangkan"
Hadis sahih riwayat Muslim



P/S: ujan2 buat perut sy lapar -_-





Monday, November 11, 2013

:: SILA AMBIL PERHATIAN!!!!UMAT ISLAM MESTI BACA!!!!::



assalamualaikum
di sini ada sedikit pesanan utk sahabat2 supaya berhati2 dalam membeli minuman dalam tin. sekarang ni heboh diperkatakan CARLSBERG telah mengeluarkan satu produk dalam tin minuman JOLLY SAHNDY seperti F&N, COCA-COLA, PEPSI dsbnya yang biasa kita beli di kedai. terutama sekali sy nak mengingat kepada ibu bapa yg biasa membenarkan anak2 mereka pergi membeli sendiri di kedai spt SEVEN ELEVEN atau mana2 kedai yang biasanya ada kedai aneka ni supaya berpesan kepada anak2 mereka dan ajar anak2 mereka supaya jangan sesekali membeli air dalam tin sbb cikna takut anak2 ni tersalah beli. ajar mereka beli minuman dalam kotak spt dutch lady, yeos. TOLONG AMBIL PERHATIAN!!! anak2 mudah tertarik dengan pembungkusan yg sgt ceria ni. mereka xtau apa2..


UMAT ISLAM MESTI BACA !!

"Jolly Shandy" adalah minuman b'alkohol rendah ,
pada kita ianya tetap haram diminum ,
kerana tetap dikategorikan sebagai arak ,

yang m'dukacitakan kita ,
kenapa penampilannya dibuat sedemikian rupa ,
seperti minuman ringan yg lain ,

disebab design grafik luaran itu ,
sama seperti air minuman ringan biasa ,
siapa pun tidak akan menyangka ,
ianya adalah mnuman tin arak ,

pesanan saya hati2 bila membeli air ,
zaman skrg musuh islam smkin licik ,
dalam merosakkan akidah kita ,

P/S: Allahu rabbi mereka sanggup melakukan apa sahaja utk memusnahkan umat ISLAM

Monday, January 21, 2013

:: DEMAM CAMPAK PART II::

assalamualaikum!!!!
meh2 cni semua.. cikna nak cerita lg pengalaman berdemam campak ni. edisi part II. serba sedikit pantang yang kena buat yang pertama, xleh nak garu2 kalo dah garu2 nanti dia pecah n merebak ke tempat lain dgn byk. kedua, jangan makan kicap dan JANGAN kena air HUJAN!!!! jangan sesekali kalo x muka kamu akan jd corak polka dot. nak ke cenggitu??? mesti xnak kan.. ketiga, pantang makan benda2 gatal sebab seksa nanti n lambat nak sembuh. apa yang anda kena lakukan rehat byk2, minum air masak dan mandi dengan kerap sbb bila ah kena ciken pox ni badan kita panas jd nak elakkan semua tu kena mandi dan minum air la yer. pastu ada daun yang dipanggil daun semambu leh gunakan untuk mandi. Pastu skrg cikna dah nak sembuh, erm.. dalam proses nak sembuh. selalu cikna sapukan seluruh badan dan muka dengan beras yg digiling buat bedak sejuk yang ditumbuk dengan sejenis daun. cikna xtau nama daun tersebut tp cikna ada snap pix dia. 
Ni la rupa daun yg cikna tumbuk ngan beras tu. sape tau nama daun ni?

oklah, setakat ni saje utk arini. alhamdulillah dah makin sembuh. selamat malam semua :)

Saturday, December 15, 2012

:: MANDI BUNGA ::


Assalamualaikum n selamat malam. semoga ari anda penuh dgn kegembiraan.
ermmm... since cuti sekolah xdala bz sgt but im forgot something, forgot dat im a blogger. kikiki.. cikna terfikir sesuatu setelah dicadangkan oleh seseorang iaitu MANDI BUNGA. kakak tu ckp tujuan kita mandi bunga bukan utk apa2 cuma nak naikkan seri wajah, hilangkan stress dan ini meruoakan salah satu usaha kita dalam mencari jodoh. boleh ke macam tu? cikna konfius sebenarnya sbb kakak tu cadangkan cikna jumpa seorg ustaz utk mandi bunga tp dia kata yg akan mandikan cikna nanti isteri ustaz tu. perlu ke cikna pergi berjumpa dgn ustaz tu untuk mandi bunga?? 

so disebabkan cikna xtau sgt perkara ni cikna ada wat research sket dr blog2 mereka yg lain. secara konklusinya mandi bunga ni tak salah jika tidak disertakan dgn unsur2 khurafat dan syirik. jika kita hanya sekadar mandi bunga dengan tujuan perubatan sahaja kerana bunga2 ini mempunyai khasiat tertentu yang terbit dari warna2 mereka (terapi getaran warna). 


 CARA MANDI BUNGA:

Antara jenis bunga yang biasa digunakan:-

Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.
Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.
Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.
Campurkan di dalam sebaldi air sejuk kemudian mandi.

Gabungan antara molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberi rangsangan yang istimewa dalam mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang.Kajian sains telah membuktikan bunga adalah agen pencerap tenaga matahari yang paling baik manakala mandi dengan air yang bercampur dengan bunga-bungaan memungkinkan kita mendapat kebaikkan-kebaikkan tenaga matahari yang telah dicerap dan diproses oleh bunga. Bunga akan mengeluarkan butiran debunga halus yang kelihatan seperti bergerak dan bernyawa apabila direndam dalam air sejuk. Gerakan ini adalah hasil tekanan atau hentakan butir debunga dengan zarah-zarah air. Gerakan ini akan mengaktifkan semula deria luaran tubuh lantas merangsang sistem hormon di dalam tubuh. Apabila sistem hormon terangsang maka organ-organ dalaman akan bekerja dengan baik. Kajian sains sekali lagi mengatakan bahawa gerakan rawak ini membuktikan perlanggaran antara oksigen dengan karbon dioksida berlaku secara rawak dan membuktikan mandian bunga yang menggunakan perantara air adalah agen penghantar tenaga yang cekap.

p/s: jom mandi bunga (:

Sunday, November 18, 2012

:: BOIKOT BARANGAN ISRAEL ::


Apa daya kita untuk kita lakukan sesuatu kepada saudara2 kita yang berada di PALESTIN? Kita xmampu nak pergi mengangkat senjata berperang bersama mereka. namun begitu ada sesuatu yang kita mampu melakukan dari jauh untuk membantu saudara kita di PALESTIN.

mari kita mulakn yg kcil...berdoa dan boikot produk yahudi...kalau tak mmpu buat smua,jgn tggal smua.Allah tak mlihat hasilnye tp Allah melihat usahanya..sebagaimana usaha burung kecil yg memadamkan api semasa nabi ibrahim dibakar.:) 
 
Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’ Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘. Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.) Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

ayuh sama2 kita boikot barangan produk YAHUDI. 



bar code yang bermula dengan 729 adalah brg made in Israel

Thursday, November 15, 2012

:: ISRAEL MENYERANG GAZA ::

assalamualaikum
dah lama jari ini xmenghentak keyboard tp kali ni terpanggil tiba2 untuk menari2 di papan kekunci namun saat untuk menulis bait2 ayat ni sebenarnya jari ini tersentak terkaku kerana tidak dapat menzahirkan segala yang ada jauh disudut hati. terkedu dengan berita yang dibaca serta didengari, menitis sedikit air mata kerana xmampu melakukan apa-apa untuk mereka saudara ISLAMku yang berada di GAZA yang kini diserang oleh ISRAEL. aku cuma mampu menadah tangan memohon kepada YANG MAHA BESAR melindungi mereka di sana. Mereka mungkin ada senjata nuklear tp ingatlah senjata utama kaum muslimin adalah doa. berdoalah kita sambil kita memboikot beberapa barangan yang sedikit sebanya  menyumbang kepada peperangan menentang ISLAM. 

kebanyakkannya adalah barangan NESTLE, MC DONALD'S, LOREAL dan COCA COLA

bagi yang ingin menderma mungkin rm1 anda bolehlah hulurkan sumbangan kecemasan untuk Gaza di samping perasaan simpati dan do’a yang kita panjatkan. Aqsa Syarif sedang mengumpulkan dana dan sebahagiannya sedang disalurkan di Gaza.
Segala sumbangan boleh dimasukkan ke salah satu akaun ini:
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Swift code: MBBEMYKLAkaun Bank Islam: 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan ke admin@aqsasyarif.org.my atau di talian kami 03-8733 4636, faks 03-8734 9636.
GAZA SEDANG DISERANG. Sebagai rakyat dan umat yang prihatin, mari kita hulurkan sumbangan kecemasan untuk Gaza di samping perasaan simpati dan do’a yang kita panjatkan. Aqsa Syarif sedang mengumpulkan dana dan sebahagiannya sedang disalurkan di Gaza.

Segala sumbangan boleh dimasukkan ke salah satu akaun ini:

Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Swift code: MBBEMYKL
Akaun Bank Islam: 12 092 01 003490 4

Kemudian sila maklumkan ke admin@aqsasyarif.org.my atau di talian kami 03-8733 4636, faks 03-8734 9636.

Saturday, September 15, 2012

:: SOLAT JAMAK DAN QASAR ::

assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu semua 

dah lama blog ni macam xda pengisian rohani. so malam yang indah ini cikna nak share dgn kamu semua pasal solat jamak dan qasar memandangkan cikna bakal bermusafir xlama lagi ke 2 buah negeri, insyaALLAH. solat jamak dan qasar ini adalah untuk memudahkan orang-orang yang bermusafir dalam mengerjakan solat kerana solat fardhu tetap wajib tp ada cara yang mudah. jom kita lihat pengertian solat jamak Qasar dan apakah syarat-syarat yang membolehkan kita melakukan solat jamak dan qasar ini.

Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat bahawa :
Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.

Pembahagian Solat Jamak
Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.
Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar
Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.

Syarat Jamak Taqdim
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
  6. Syarat Jamak Takhir

  7. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  8. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

Syarat Qasar
  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
  5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
  6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  7. Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Niat Solat Jamak dan Qasar
Jamak Taqdim dan Qasar
Zuhur-Asar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.
Maghrib-Isyak
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

Jamak Takhir dan Qasar
Asar-Zuhur
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

Isyak-Maghrib
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar
Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
  1. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  2. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  3. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  4. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
  5. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
  6. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

kopi cappucino dari blog USTAZ NOR AMIN

semoga manfaat untuk semua (:


Monday, July 30, 2012

::MURTABAK SEDAP!!!::

assalamualaikum
chak!!!! masih ada lagikah pembaca utk blog ni. blog biasa yg pengisiannya biasa yg ditulis oleh org biasa yg bercita2 luar biasa :) sebab dah lama xbebel dan xconteng pape dalam blog ni, arini cikna cuma nak kongsi sedikit cerita dan nak mempromosi juga. apa yg di nak promosikan???? silalah baca n3 ini sampai habis yer :)
actually cikna nak promosi dan nak war2kan di sini ttg murtabak yg dijual oleh ayah cikna. bagi mereka yg berada di KELANTAN khususnya KOTA BHARU inginkan murtabak yang sedap dan halallan toyyiba bolehlah singgah di kedai roti canai poksan yang terletak di JALAN LATING KEDAI MULONG. Murtabak yang dihasilakan oleh kami menggunakan daging segar dr lembu tempatan dan bahan2 yang digunakan juga halal serta bersih. setiap keping murtabak dijual hanya dengan harga RM2.50. murahkan??? so kepada mereka yang berada di KOTA BHARU sila jangan lepaskan peluang merasa murtabak pok san kerana murtabak ini hanya dijual setahun sekali sahaja iaitu ketika bulan RAMADHAN yang penuh berkat ini.



PETA KE KEDAI KAMI

INGIN CUBA?? SILA KE KEDAI KAMI :)



Saturday, December 31, 2011

:: GAMBAR JERSI BARU PASUKAN KELANTAN THE RED WARRIORS ::

sempena menyambut tahun 2012, pemain THE RED WARRIORS bakal memakai jersi baru. Jersi baru ni telah dilancarkan di KTC KOTA BHARU KELANTAN pada pagi td.
 korang rasa cantik x jersi baru diorang ni? bg cikna cam xcantik jek. cantik yg lama lg rasanya. papehal harap dgn jersi baru ni pemain bola sepak TRW akan terus cemerlang. HIDUP TRW!!!!
BAHAGIAN DEPAN


BAHAGIAN BELAKANG



::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...