Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, April 27, 2016

:: PERISTIWA ISRAK MIKRAJ ::

           Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya. Peristiwa israk mikraj ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

A. Sebelum Israk dan Mikraj

.
Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammadﷺ mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda ﷺ dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah ﷺ. Setelah itu, dada Baginda ﷺ dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama “Buraq” untuk ditunggangi oleh Rasulullah ﷺ dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
.
.

B. Semasa Israk

(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
.
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Nabi Muhammad ﷺdiiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan bersejarah), Rasulullah ﷺ telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.
Di antara tempat² berkenaan adalah:
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah ﷺ akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى;
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);
.
.

Peristiwa Ajaib

.
Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad ﷺ menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.
Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
.
    1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ﷺ dibertahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”
    2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah ﷺ diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah سبحانه وتعالى  (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”
    3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah ﷺ: “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”
    4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
    5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.”
    6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.”
    7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”
    8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
    9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”
    10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
    11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah ﷺ tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”
    12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ﷺ berhenti. Rasulullah ﷺtidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.”
    13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ﷺ untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”
.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad ﷺ turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Nabi Muhammad ﷺ terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah ﷺ memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”
.
.

C.  Semasa Mikraj

(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah سبحانه وتعالى):
.
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi Muhammad h ﷺ dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
.
  1. Di Tangga Pertama:
Nabi Muhammad ﷺ dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
.
  1. Di Tangga Kedua:
Nabi Muhammad ﷺ. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
.
  1. Di Tangga Ketiga:
Naik langit ketiga. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
.
  1. Di Tangga Keempat:
Naik tangga langit keempat. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Idris A.S.
.
  1. Di Tangga Kelima:
Naik tangga langit kelima. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
.
  1. Di Tangga Keenam:
Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad ﷺ bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah ﷺ mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
.
  1. Di Tangga Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah ﷺ.
Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumapa dengan Allah سبحانه وتعالى pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:
“LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.”
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
“SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM.”
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.”
Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah ﷺ dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).
.
  1. Di Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺ menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun², batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata² yang indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda ﷺ dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
.
  1. Di Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺmasuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
.
10.  Di Tangga Kesepuluh: 
Rasulullah ﷺ sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah سبحانه وتعالى dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah سبحانه وتعالى dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah سبحانه وتعالى: “Ya Muhammad!”
Nabi Muhammad ﷺ: “Labbaika.”
Allah سبحانه وتعالى: “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.”
Nabi Muhammad ﷺ : “Wahai Tuhanku! Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Dikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.”
Allah سبحانه وتعالى: “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.”
.
.

D. Selesai Munajat

.
Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad ﷺ di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ﷺ merayu kepada Allah سبحانه وتعالى agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah سبحانه وتعالى perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
.
.

E. Selepas Mikraj

.
Nabi Muhammad ﷺ turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

KREDIT KEPADA:
 https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad  

p/s: semoga apa yang dilihat oleh Nabi Muhammad ﷺ akan menjadi iktibar kepada kita umat baginda. Antaranya, bayangkan jika ALLAH perintahkan kita solat 50 waktu?? yang 5 waktu pon masih ada belum menunaikannya sepenuhnya. kasihnya baginda kepada kita sanggu ulang alik mintak ALLAH kurangkan lg waktu solat. banyak lg peristiwa yang boleh kita sematkan dalam hati kita untuk terus bertakwa kepada ALLAH. semoga kita semua terus istiqomah dalam melakukan ibadat. Wallahu'alam...

Friday, August 21, 2015

:: PENGGUNAAN MASYAALLAH, ASTAGHFIRULLAH, SUBHANALLAH DAN NAUZYBILLAH ::


selamat malam semoooo!!!!
Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara ini memandangkan ramai kawan-kawan fb dan blog menggunakan ini untuk menulis posting atau komen mereka begitu juga di dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak blog yang telah menulis tentang ini tetapi saya terpanggil juga untuk menegur atau membetulkan apa yang salah. Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah:


 MasyaAllah – Allah Maha Agung
Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
SubhanAllah – Maha Suci Allah
Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah.
Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan ialah “Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”. Kebanyakkan yang saya perhatikan, menggunakan “MasyaAllah” ketika terlihat perkara-perkara maksiat terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Ini banyak berlaku di dalam TV. Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) apabila melihat perkara-perkara yang di tegah Allah. Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “SubhanAllah”. Jadi, jom kita sama-sama menggunakan perkataan-perkataan tersebut di tempat yang sepatutnya untuk mengelakkan kita terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

p/s: biar apa yg diucapkan itu seiring dengan apa yang berlaku

Saturday, January 4, 2014

::MEMAAFKAN DENDAM TERINDAH ::

Assalamualaikum... selamat pagi =) di saat ini ketika semua sedang nyenyak tdo termasuk 3 ekor anak bulus cikna tp mata cikna masih lg segar bugar maybe terkena air wudhu td. Ingat dah nak tdo so spt biasa sblm tdo berus gg amek wudhu tp mata plak segar bugar. Sbnrnya ada sedikit yang mengganggu fikiran cikna ketika ini. Satu persoalan yg timbul iaitu KENAPA PERLU ADA DENDAM?? betul, bukan mudah utk melupakan apa yg telah org buat terhadap kta tp sepatutnya kita kena ingat dan kembali kpdNYA kenapa ini yg terjadi? Kenapa ALLAH memilih insan itu datang sbg ujian kpd kita? sbnrnya ia adalah utk menjadikan kita kuat. Setiap musibah atau apa yg berlaku dalam kehidupan kita ada hikmah disebaliknya. Suatu hari nanti anda akan berterima kasih n bersyukur kpd ALLAH sbb menghantar insan itu kpd kta sbg ujian. Dendam itu xkan merubah apa2 dalam kehidupan kita kecuali dendam yg tak berkesudahan. Sampai bila harus membenci dan berdendam? Sampai mati? Sampai insan yg kta berdendam tu mati? Kta bunuh skalipun insan yg kita dendam tersebut ttp hati kita xkan puas dan akan timbul dendam yg lain pula. Segala yg berlaku dalam kehidupan kita ini adalah proses pembelajaran utk masa depan (UNIVERSITY OF LIFE) 

 "Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang beriman berduka cita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jugalah hendaknya orang beriman berserah diri." (Surah Al-Mujadalah, ayat 58)

ayat di atas menjelaskan bahawa semua ini adalah permainan syaitan, untuk memecahbelahkan kita. syaitan ini suka sangat melihat kita membuat tindakan tanpa mengikut ajaran ISLAM dan bertindak tidak rasional. kenapa? mmg sifat syaitan itu suka menghasut dan kita jgn mudah menyerah dengan hasutan ini. bagaimana caranya?? dengan menjadi PEMAAF. sesungguhnya MEMAAFKAN ORANG itu adalah dendam yg sangat terindah. anda akan tenang setenangnya. percayalah cakap k.ton. sebagaimana sabda RASULULLAH di bawah,

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." 
(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)


sebenarnya sgt berharap bg mereka yg berdendam baca apa yg dicoretkan oleh cikna. mungkin sukar tp kita cuba. InsyaALLAH ALLAH bersama kita. bg mereka masih terasa sukar dengan segala ujian yg melanda bacalah surah Al-Insyirah terdapat kekuatan di situ. ingin tau terjemahan al -Insyirah? klik DI SINI.  cukuplah sampai di sini. cikna nak tdo dulu. BISMIKALLAH HUMMA AHYA WA'AMUT... 

p/s: kita lepaskanlah dendam kita =) doakan yang baik2 utk dia. 

Friday, December 27, 2013

::DALAM BENCI KU MEMILIKINYA::


assalamualaikum
salam jumaat!! sollu 'ala nabi :) 
arini cikna nak bercerita sedikit tentang kejadian di TESCO semalam. petang semalam cikna nak reedem sticker yang superheroes and friends tu. cikna xsnap pic kad sticker redeem tu sebab xtau ini yg berlaku. 
cikna: nak redeem superheroes la sbb dah penuh sticker ni.
kawan: nak pilih yg mana? 
cikna: mana2 pon boleh tp jangan SI MIKE sudah. xsukalah sebab mata dia satu macam dajjal jek.
kawan: ha'ah! jgn amek yg tu. xcomel.
so jalan ke kaunter redeem. jumpa adik tesco promoter.
cikna: dik akak nak redeem sticker ni. akak nak pilih boleh? mana2 superheroes xkesahla ironman ke apa ke janji bukan si MIKE yer dik.
promoter: sori kak. xleh pilih sbb benda dalam kotak.
cikna: dah tu nape dok tayang macam2 watak kalo xleh pilih.
promoter: sebab benda dalam kotak xleh bukan. pastu dalam plastik hitam lg watak tu. lgpon kta nak buat customer truja dengan hadiah yg mereka dapat.
cikna: oklah.. bg je la kotak mana2.
promoter: sy letak 3 akak pilih sdiri la kotak mana yg akak nak
cikna: ermm.... akak amek yg tengah yer dik. tq..

so, bukala cikna dengan harapan bukan si MIKE tp apa yg cikna dapat? tetap si MIKE. boleh paham tak apa yg cikna nak sampaikan di sini?
selalunya benda atau perkara yang kita tak sukalah kita akan dapat. KENAPA??? kerana ALLAH ingin menguji kita dengan memberi benda yg kta xsuka. kisah di atas cuma kisah yg picisan bagi kisah2 yg lain yg terjadi dalam kehidupan di sini. INGAT!! jangan terlalu tidak menyukai sesuatu mana tau kelak dia jd milik kita. wassalam....
MIKE

p/s: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
                                                                                                                (QS. Al Baqarah: 216)

Monday, November 4, 2013

:: 1 MUHARAM 1435::

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.... saat ini kta masih mampu menyedut oksigen yg diciptakan olehNYA. alhamdulillah syukur skali lg sbb penyakit yg cikna dah nak semakin pulih berkat dr anda semua dan dgn izinNYA juga. Walaupun masih xsepenuhnya pulih tp cikna bersyukur. Alhamdulillah....

Arini kta telah melalui tahun baru dalam ISLAM iaitu tahun 1435 HIJRAH. arini merupakan 1 muharam 1435 H. Arini juga merupakan ari penutupan buku amalan kita yakni lembaran buku amalan baru akan dibuka. Pada arini juga sepatutnya kta membaca doa akhir dan awal tahun. mungkin ramai dah buat wishlist utk azam tahun baru. Cikna pon ada sedikit wishlist dan nak kongsi bersama readers.
Wishlist 1435 H
1. sempurnakan 2,4,4,3,4
2. Istiqomah pakai hansok n stokin
3. Solat dhuha

Ini sahaja buat masa skrg.. kalo letak byk2 sgt takut kang xtercapai. Biar sedikit tp berkualiti...
P/s: “Bagi orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang dia tidak kelihatan (olehnya) dan ia datang dengan hati yang bertaubat.” (QS Qaaf : 33)

Sunday, September 29, 2013

:: SERANGAN ULTRAMAN TARO::

ASSALAMUALAIKUM.. salam gelak santai dan salam ukhuwah
xda kena mengena dengan tajuk tp gtula ceritanya ULTRAMAN kena selamatkan bumi dr diserang dinosour. hikhik.. ok kta start cter ultraman taro ni yer. 
malam penuh syahdu bagai ni cikna nak bercerita sket nak bercerita kekalutan keributan yg berlaku. pening serius pening skali. ntgah apa yg blaku xtau mana nak mula. dr berkawan ngan seorg terlibat plak bini dia mesej bagai pastu skandal la plak.. last2 cikna gelak sorang2. naseb badan la. semuanya bermula bila tiada kejujuran dalam berkawan. kena jujur la kan dalam berkawan. semuanya LILLAHITAALA... xmustahil kta leh berkawan baik tp bila berkawan laki perempuan ni banyak la fitnah akan berlaku. salah cikna juga sbb langgar pantang yg ALLAH bg. dah leklok kawan ngan perempuan p gatai nak kawan ngan laki plak. pastu siap keluar bagai. YA ALLAH ampuni dosa2ku.. sekarang dah macam2 manusia mesej cikna bagai sbb sorang manusia tu. nak tergelak pon hade.. sabar la duhai zalina.. 




Banyak lagi etika lain yang Islam wajibkan untuk patuh dalam pergaulan lelaki dan wanita.

Antara lain :

1. Jangan berdua-duaan

2. Jangan letakkan diri dalam keadaan yang mengundang fitnah

3. Jangan bertepuk tampar, bersentuh-sentuhan, berpegangan tangan

4. Jangan bermain soal hati

5. Jangan bergaul dengan lawan jantina, seperti bergaul sesama jantina

6. Jangan terlalu rapat sehingga semua benda boleh ‘open’

7. Jangan bersubahat dalam perkara maksiat

8. Dan banyak lagi ‘jangan’ yang lain.

p/s: Firman Allah ta’ala dalam Surah Al-Maaidah :
” dan hendaklah kamu sekalian bertolong-tolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan , dan janganlah kamu sekalian bertolog-tolong dalam perkara maksiat dan permusuhan “

Saturday, September 21, 2013

::WHATEVER HAPPENED::

SUBHANALLAH!!!

Whatever Happened..

What happened to those days when my faith was strong? 
When I wouldn't dare think of doing anything wrong
When my trust in Allah would lead me through 
The good and bad, the old and new

What happened to the days when my prayer was sincere? 
When there was absolutely nothing on earth I would fear 
When I was certain that Allah was very near 
And would run to Him and leave all else that is dear

What happened to those days when I could recite well? 
When I bought Paradise and this world I would sell 
When my heart was pure and all full of light 
When my Salah was my source of strength and might

What's wrong my soul, why did you fall? 
Don't you know that Allah hears your call? 
A little test like this shouldn't beat you so 
It shouldn't pull you down to a level so low 
Don't you know that Allah always chooses what is best 
And that this is all part of a previously planned test

Allah is Great, Allah is Al-Hakeem 
His ways are just, no matter how hard it may seem 
Hold on my soul, to the fireball in your palm Hold on tight and when it burns, be calm

Whenever it falls, bend down and restart 
Let out the tears and wipe clean that heart 
Get back on your feet and go back to those days 
You will soon see this is only a transient phase

P/S: dis an advices from someone dats i call fren. jazakallahhu khairan khatira ya akhi.

Sunday, August 25, 2013

:: TAHAJUD DOA DIMAKBULKAN ALLAH ::

assalamualaikum, selamat malam saudara2ku seIslam..

Alhamdulillah malam ini masih mampu menyedut oksigenNYA masih mampu jari jemari montel menari-nari di keyboard walaupun isinya cuma picisan mungkin. malam yang indah dan sepi ini hati Cikna ada sedikit gundah gulana, mungkin dahagakan tahajud di tengah malam. kita insan yang lemah dan penuh kekurangan diri. manusia tiada yang sempurna. seringkali lupa bahawa kita sedang menikmati segalanya adalah pinjaman dariNya. Dalam dunia ini, macam2 kita inginkan, rumah besar, kesenangan hidup, jodoh, anak, rezeki, kebahagian dan pelbagai lagi. dengan siapa yang harus kita pohon? dengan siapa harus kita meminta? kepada siapa untuk kita merayu? kembali renungkan siapa yang mencipta kita? ALLAH SWT. YA!!!! ALLAH SWT. mintalah padaNYA, pohonlah padaNYA. merintihlah dalam setiap sujud, ketika dahi rapat di sejadah. 

YA ALLAH YA TUHANKU, PEMBERI RAHMAT KEPADA SEKIAN ALAM, YANG MAHA MENGASIHANI, KASIHANI LAH DIRI KAMI YA ALLAH, KASIHANI MEREKA SAUDARA SEISLAM KU YA ALLAH. KAU KUATKAN MEREKA, KAU MENANGKANLAH MEREKA DALAM MEMPERJUANGKAN NEGARA MEREKA KE JALANMU YA ALLAH. ...
Mintalah apa sahaja dariNYA dengan penuh yakin, kusyuk dan rendah hati. insyaALLAH pasti dimakbulkan walau bukan dalam bentuk yang kita kehendaki tp cukuplah dalam bentuk apa yang kita perlukan. 

saudaraku,
Cikna memuntahkan perkataan di atas bukan kerana ingin menunjuk yg sy baik tp sy sedang perbaiki diri. byk dosa dan kekurangan diri ini tp sedang cuba untuk menjadi yang terbaik. insyaALLAH.. Jom! bantu sy meninggalkan apa yang sepatutnya dan menambahkan apa yang sepatutnya. 

utk panduan solat tahajud anda boleh ke web SHAFIQOLBU.
semoga manfaat :) 
selamat malam 

Monday, August 19, 2013

:: SEDEKAH SAHAM AKHIRAT (SUMBNGAN KEMANUSIAAN UTK MESIR) ::

ASSALAMUALAIKUM... Selamat malam.. alhamdulillah kita masih berada dalam bulan syawal. walaupun kta hampir 2 minggu meninggal ramadhan namun keberkahan bulan ramadhan masih terbias di bulan syawal apabila kita menjalan puasa selama 6 hari di bulan syawal.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).
Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.


     nampak x betapa sayangnya ALLAH kpd hambaNya, dgn tak menjadikan bulan ramadhan sahaja istimewa tp juga bulan Syawal dan bulan2 lain. alhamdulillah... entry kali ni cikna nak bercerita ttg sedekah sebenarnya sambil memohon sumbangan kemanusiaan utk saudara kita di MESIR. taukah kawan2 semua apa yg telah berlaku di MESIR selama 9 hari kebelakangan ini? YA ALLAH, mereka diuji dengan kekejaman dan kezaliman AS-SISI sama juga dengan kezaliman yang dilakukan oleh FIRAUN. Ayuh sahabat sekalian! mungkin kta xberupaya utk berjihad dan syahid bersama2 mereka namun bantuan kta yang kecil seperti inilah yg mungkin membantu mereka. mungkin kta xmempunyai wang banyak tp cukuplah RM1 sahaja sudah pun dikira berjihad ke jalan ALLAH. hebat bukan sedekah ini, mampu menjadi saham kita di akhirat nanti. 




Dalam hadis dari Abu Malik Al-Asy'ari, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَالصَّلَاةُ نُورٌ، وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ، وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ

"Shalat adalah cahaya, sedekah merupakan bukti, sabar itu sinar panas, sementara Al-Quran bisa menjadi pembelamu atau sebaliknya, menjadi penuntutmu." (HR. Muslim 223).



bg sesiapa yg ingin memberi sumbangan bolehlah dibuat mll acc bank di atas..
p/s: sumber gambar di atas adalah dr FB sham kamikaze... utk bukti sila ke fb beliau.. 

Saturday, March 30, 2013

:: RAHSIA DISEBALIK AIR SEMBAHYANG @ WUDHU' ::

Assalamualaikum
selamat bertengah malam semua. selamat bertahajud juga 
Alhamdulillah ALLAH masih memberikan kita nafas utk bangun ditengah2 malam bertahajud kepadaNYA. 
sahabat sekalian,
ISLAM itu indah, ISLAM mengajar kita tentang kebersihan dan tentang kesucian. Malah kebersihan itu adalah sebahagian dr iman. 

Daripada Abu Malik al-Harith bin Asim RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: “Bersuci itu separuh daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi di antara langit dan bumi, sembahyang adalah cahaya, sedekah pula adalah bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu (penolongmu jika dilaksanakan perintah-Nya) atau atasmu (membinasakanmu jika diabaikan perintah-Nya) dan setiap manusia berpagi-pagi menjual dirinya sama ada membebaskannya daripada azab atau membinasakannya (dengan maksiat).

maka, wudhu' juga merupakan sebahagian drpd kita bersuci sebelum kita menunaikan solat. Banyak kelebihan berwudhu' yang kita dapat manfaat daripadanya. Berwudhu' xsemestinya semasa kita nak solat sahaja. seeloknya sebelum kita tidur, kita berwudhu' dahulu kerana ia akan mengelakkan kita diganggu dr benda2 yang tak elok. selain itu, ia juga dikatakan dapat menyembuhkan penyakit melalui titik akupuntur. keadaan ini adalah kerana ketika kita berwudhu, kita dalam keadaan melakukan sentuhan, gosokan, tekanan dan usapan terhadap titik2 akupuntur yang berada di badan kita. oleh itu sentiasalah kita berwudhu' kerana ia akan menjadikan kita bersih dan sihat selalu. InsyaALLAH :)

Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” 
                                                                                        (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).

Saturday, September 15, 2012

:: SOLAT JAMAK DAN QASAR ::

assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu semua 

dah lama blog ni macam xda pengisian rohani. so malam yang indah ini cikna nak share dgn kamu semua pasal solat jamak dan qasar memandangkan cikna bakal bermusafir xlama lagi ke 2 buah negeri, insyaALLAH. solat jamak dan qasar ini adalah untuk memudahkan orang-orang yang bermusafir dalam mengerjakan solat kerana solat fardhu tetap wajib tp ada cara yang mudah. jom kita lihat pengertian solat jamak Qasar dan apakah syarat-syarat yang membolehkan kita melakukan solat jamak dan qasar ini.

Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat bahawa :
Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.

Pembahagian Solat Jamak
Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.
Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar
Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.

Syarat Jamak Taqdim
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
  6. Syarat Jamak Takhir

  7. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  8. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

Syarat Qasar
  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
  5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
  6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  7. Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Niat Solat Jamak dan Qasar
Jamak Taqdim dan Qasar
Zuhur-Asar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.
Maghrib-Isyak
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

Jamak Takhir dan Qasar
Asar-Zuhur
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

Isyak-Maghrib
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar
Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
  1. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  2. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  3. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  4. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
  5. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
  6. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

kopi cappucino dari blog USTAZ NOR AMIN

semoga manfaat untuk semua (:


Wednesday, July 4, 2012

:: MARUAH::

assalamualaikum
sekian lama menyepi kini baru cikna kembali melajukan jari jemari di atas papan kekunci dgn niat utk berkongsi pengalaman sebagai seorg guru yg setiap ari berdepan dgn anak2 dr umur 5 tahun sehinggalah ke 18 tahun. 
arini cikna nak cerita ttg seorang pelajar perempuan berumur 12 tahun, masih mentah dan masih tercari2 identiti diri. satu hari rakan baik pelajar ini datang mengadu mengatakan pelajar ini mula mendekati pelajar lelaki yg berusia 17 tahun. sering berjumpa di tandas dan di kawasan belakang sekolah. kami ambil tindakan dengan memanggilnya dan beri nasihat. selepas kami tahu ttg pelajar ini, boleh dikatakan kami sentiasa memantau dan sentiasa mengingatkannya tentang maruah seorang perempuan. takkan kita sanggup melihat pelajar kita rosak?? arini kemuncak kepada kes pelajar perempuan td. dikatakan kelmarin dia keluar dr kelas dan ke tandas dalam jangka masa yg lama ketika kelas tambahan petang. sebaik saja dia masuk ke kelas, dia menangis dan dalam keadaan yg sgt xterurus. kami syak sesuatu telah berlaku tp kami belum lg siasat. sekali lg dia kecewakan kami sbg guru yg sentiasa prihatin ttg dia. di mana silap kami? adakah kami kurang memberikan khidmat kaunseling kpdnya sedangkan dia sentiasa dalam pengawasan kami tp mungkin kami terlepas pandang juga sbb bukan dia seorg yg belajar di situ. kami siasat latar belakangnya serba sedikit. dia sentiasa sendirian di rumah sehingga petang kerana ibu dan bapanya keluar bekerja. 
persoalan di sini, kenapa anak2 perempuan kita menjadi begitu murah harga dirinya? adakah kita guru kurang mengajar ttg akhlak sedangkan pelajar ini seringkali dipanggil guru kaunseling setelah mengetahui sikapnya yg amat mudah dgn pelajar lelaki. bukan ingin menyalahkan ibu bapa tp ibu sendiri seharusnya cakna dengan anak2 gadis yg sedang membesar ini. sepatutnya perhatian yg lebih diberikan kpd mereka agar mereka tidak sesekali tersasar. 

wahai anak2 perempuan,
jagalah maruahmu, angkatlah darjat mu setinggi2nya,
suatu ketika dahulu, seorg nabi mengangkat maruah wanita dgn begitu payah,
dr anak2 perempuan yg ditanam hidup2, 
suatu ketika dulu, wanita dipandang jijik dan maruahnya dipijak2 menyembah bumi,
jangan biarkan ini berulang,
jadilah perhiasan dunia yg sgt mahal harganya,
jadilah seperti semalu yg kuncup ketika disentuh,
diperisaikan dengan iman yg ibarat duri yg menusuk jari bila disentuh,....
-zalina hassan zamri(1211 am, 4/7/2012)-

p/s: cikna perlukan cadangan dan solusi utk perkara di atas... didahulukan dgn jazakallahu khairan khatira

Sunday, April 29, 2012

:: BERFIKIR POSITIF ::





"Usah cerita la tentang kejayaan hidup.. apa erti kejayaan pun aku sudah tak tahu.. nak hidup senang dan bahagia macam orang lain? Kirim salam aje laa.. langsung tak nampak la bayang-bayang kebahagiaan tu.. tu sume nonsense laa.. tak wujud pun.. kenapa dunia ni terlalu kejam terhadap aku? Padahal aku tak buat salah pun kat orang lain.. aku tak pernah sakitkan hati orang lain.. aku tak pernah kacau hidup orang lain.. kenapa orang lain nak menyakitkan hati aku? Aku tak pernah mintak dilahirkan begini.. tinggalkan aku seorang diri.. aku tak pernah pun nak menyusahkan hidup orang lain.. tak boleh kah aku mengecapi bahagia sebagaimana orang lain..”


ok. CUKUP!!!! berhenti meratapi nasib sebegini. perlu ke anda mengeluh dengan atas apa yg terjadi? beginikah sikap seorang yg mengaku beragama ISLAM? duhai sahabat, seharusnya kita twist minda kita supaya menjadi lebih berfikiran positif. 


"Tiadalah menimpa suatu musibah di dalam bumi ini, atau di dalam dirimu sendiri, melainkan semuanya itu telah tertulis di dalam Kitab, sebelum ia terjadi dahulunya. Semuanya itu bagi Allah mudah saja. Supaya janganlah kamu sekalian berdukacita mengingat barang yang telah hilang dan jangan pula bersukacita atas barang yang datang kepadamu, dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (QS Al-Hadid: 22~23)


wahai saudaraku, seringkalilah kita muhasabah diri dan janganlah kita selalu memandang melangit. pandanglah ke bawah juga sekali sekala kerana dgn memandang ke bawah kita akan lebih bersyukur dalam kehidupan kita. jangan ditanya kenapa kita xmampu memiliki kasut yg mahal sedangkan ada di antara saudara kita langsung xdapat memakai kasut. dalam apa jua keadaan sekalipun senjata utama bg seorang muslim adalah berdoa, maka, pohonlah doa dr ALLAH supaya ditenangkan hati dan diberi kekuatan yg secukupnya. 



p/s: positive thinking :) jz smile

Tuesday, March 20, 2012

:: AKU TERIMA NIKAHNYA..... ::

aku terima nikahnya ZALINA HASSAN ZAMRI dengan mas kahwin senaskah al-Quran....
erk!!! bila masa cikna kahwin? sy masih single okai. x_x promote diri sdiri la plak. ok! lets be more serious. isu yg ingin diketengahkan kali ini ialah berkenaan mas kahwin senaskah al-Quran. pertama sekali kita lihat dulu maksud mas kahwin. apa itu mas kahwin?

Mas kahwin (mahar)
Mas kahwin disebut juga sebagai Mahar dalam bahasa Arab adalah satu bentuk pemberian daripada bakal suami kepada bakal isterinya dengan sebab perkahwinan.

Diulang sebanyak enam kali di dalam Surah Al-Baqarah dan Surah An-Nisaa’ dan sekali pada Surah Al-Mumtahanah dengan sebutan yang berbeza antaranya ‘sadaq’bererti kebenaran, ‘nihlah’ pemberian wajib, ‘Atiah’ pemberian, ‘qintaran’ harta yang banyak, ‘faridhah’ maskahwin, ‘Ajrun’ kebaikan, disebut dalam firman Allah SWT yang memberi maksud seperti berikut:

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”.[An-Nisaa: 4]

“Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya setelah ia menjadi isteri kamu, maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya dengan sempurna sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah. Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu suami isteri, sesudah ditetapkan maskahwin itu tentang cara dan kadar pembayarannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. [An-Nisaa: 24]

ok. jelaslah di sini bahawa mas kahwin itu adalah pemberian dr sang suami utk si isteri dan ianya adalah wajib. namun, bagaimana pula dengan mas kahwin senaskah al-Quran? al-Quran boleh dijadikan mas kahwin sekiranya si suami TIDAK MEMPUNYAI HARTA utk diberikan kepada isteri maka dibolehkan memberi al-Quran sbg mas kahwin. Tetapi jika tetap ingin menjadikan al-Quran sbg mas kahwin sedangkan si suami mampu memberikan harta kpd si isteri maka mas kahwin al-quran tersebut haruslah diiringi bersama harta lain. 
Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:
“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”
Bersabda baginda lagi yang bermaksud:
“Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”
 p/s: walau apa pun maharnya tetap ku terima dgn redha dan senang hati.. insyaALLAH

Saturday, February 18, 2012

:: SABAR TIADA HADNYA ::

 S.A.B.A.R
"sabar sy ada hadnya"
Selalu sgt kita dgr bait2 ayat seperti di atas. betulkah sabar itu ada hadnya? sahabat-sahabat sekalian, tahukah kita pahala bersabar sgtlah byk? bila sabar kita ada hadnya, maka pahala yg kita dapat pon turut terhad. 
Sabar itu sesungguhnya indah....dengan kesabaran menepis segala fitnah, cacian, kedengkian orang yang cuba menjatuhkan maruah kita akan menaikan semangat untuk terus berusaha. Kadangkala rasa sakit itu luar biasa dan ada yang boleh menyebabkan kita berputus asa. Namun kita lihat ketabahan anak kerang itu tadi menjadi contoh bertapa ia sabar menahan kesakitan itu walaupun rasa sakitnya itu amat menghimpit kulitnya.
Sabar itu indah namun kita perlukan iman serta takwa terhadap Allah swt. Tanpa iman dan takwal kepada Allah swt amatlah sukar untuk kita menghadapi ujianya kerana ujian itu datang dalam berbagai bentuk. Ada yang mudah dan ada yang sukar. Namun semuanya menambahkan ilmu untuk kita mengenal dunia untuk mencari makna hidup yang sebenar....kata Allah:

“Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar....Mereka yang sabar itu akan diberi dua kali ganda pahala disebabkan kesabaran mereka....” 
(al-Qashash:54)

Sebenarnya tidak ada yang paling sukar di dalam dunia ini selain bersabar kerana sabar itu merupakan satu kerja yang unik seperti menahan keinginan terhadap sesuatu ataupun apa saja yang kita ingini.

Sabar juga diperlukan jika kita ingin melakukan sesuatu yang sangat penting contohnya bila terjebak ke alam keputusasaan dan fikiran kita sudah buntu. Kita perlu bersabar untuk menyelesaikan setiap masalah itu sehingga selesai.

Dalam soal kemarahan pula, semua orang pernah mengalami kemarahan. ubat yg paling mujarab utk MARAH adalah SABAR. Lihatlah begitu besar manfaat sebuah kesabaran bukan sahaja mampu meredakan sebuah kemarahan malah SABAR juga merupakan ubat bagi segala kesengsaraan dan penderitaan dalam sebuah perjalanan kehidupan. tidak kira apa permasalahan yg berlaku kerana SABAR ITU KESUDAHANNYA ADALAH INDAH.

“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” 

- Hadis riwayat Bukhari
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.”
 – Hadith riwayat Bukhari 
Dua hadis di atas bg saya sudah cukup utk menerangkan betapa besarnya sifat sabar itu.. 

p/s: sedang memupuk sifat sabar dalam diri :) sabar dalam segala hal

Friday, January 27, 2012

:: TIPS HADAPI STRESS ::

Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.

Banyakkan solat sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Lakukan kegiatan luar seperti riadah

Orang ramai selalu berkatan bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama-sama rakan-rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuru oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.

Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

kredit to sahabat yg byk membantu MOHD SYAIFUL AZLAN :)

Tuesday, January 24, 2012

:: KENAPA ISLAM MELARANG....?? ::

PERKATAAN JANGAN dalam Islam
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
 - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. ALLAH lebih tahu. Wallahualam..

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Al-Baqarah: 208]

Friday, January 6, 2012

::KENAPA PERLU HANTARAN TINGGI??::


assalamualaikum
mula2 skali cikna nak korang check pe yg ada kat bawah ni...Hasil Kajian Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung Malaysia :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - ke atas
kat manakah nilai anda setelah anda melihat apa yg tercatat di atas? apakah ini nilai seorang wanita? perlukah wanita dinilai dgn wang ringgit sebegini? kenapa masih ramai yang tak kahwin? kenapa kes2 zina semakin meningkat naik setiap tahun? salah satu sebabnya mungkin berpunca dari perkara di atas. Hantaran kahwin yang terlalu mahal sehinggakan si jejaka takut utk meminang si dara. bayar mahal-mahal belum tentu si dara pandai memasak, belum tentu hafizah al-quran, belum tentu tahu hukum-hakam agama.

"mak, abang Din kerja xtetap lg. Kita xpayah la letak mahal2," kata Ina.
"ko gila ke apa? dah belajar sampai degree xkan nak bg free. Anak Mak Jemah SPM pom RM8K ko tau," balas Mak Kiah.

Mentaliti masyarakat sekarang>>>hantaran kahwin diukur berdasarkan pelajaran. alamatnya tak kahwinlah si dara dengan si jejaka idaman jika si jejaka tak mampu menyediakan hantaran yg ditetapkan. dan apa yg berlaku? penzinaan disebabkan masing-masing sudah tidak tahan gelojak nafsu muda. Kenapa disusahkan urusan perkahwinan itu? Mahar yg tinggi utk apa sebenarnya? GLAMOUR?

"kiah, anak ko berapa blanjanyer?" tanya mak Jemah
"anak aku degree pastu doktorkan mestilah paling komam RM15K," bangganya mak kiah menyatakan harga anaknya.

 Kenapa kita tidak menjadikan agama ISLAM yg dianuti oleh kita sebagai rujukan? Kenapa kita tidak kembali mengingati pesan RASULLULLAH?


"PERKAHWINAN YANG PALING BERKAT ADALAH PALING MUDAH BELANJANYA"
" SESUNGGUHNYA SEMULIA2 PEREMPUAN ITU YANG PALING MUDAH MAHARNYA"
"SEBAIK2 MAHAR ADALAH YANG PALING MUDAH"
"BERILAH MAHAR SEKALIPUN SEBENTUK CINCIN DARI BESI"

Islam agama yg mudah dan tidak akan membebankan penganutnya tetapi kita sendiri yang menyusahkan dan membebankan diri sendiri.


"Saiyidina Umar b. Al-Khattab r.a berkata: jgnlah kamu melampau dalam meletakkan mas kahwin. Sekalipun mereka (perempuan) adalah org yg dipandang tinggi di dunia dan bertaqwa. Org yang paling layak kamu contohi ialah Rasulullah s.aw. Baginda tidak pernah memberi mas kahwin kepada isteri2nya dan meminta mas kahwin utk anak2 perempuannya tidak lebih dari 12 auqiah (480 dirham) ," 
(hadis riwayat oleh 5 org pengarang kitab sunan dan disahihkan oleh TARMIZI) -sumber http://www.faridrashidi.com/




cuba anda bayangkan bila hantaran yg dikenakan mahal dan bakal suami anda tiada cara lain melainkan berhutang dgn bank. sanggupkah anda melihat suami anda menanggung hutang sehingga beranak pinak? mungkin glamer hanya sekejap tp yg terpaksa tanggung mungkin sepanjang hayat. jd xperlulah letak mahal2. apabila sudah menjadi haknya pasti segala harta suami anda akan turut dirasai oleh anda. InsyaALLAH... :) 

p/s: cikna akan sentiasa ingat pesan ust ASIAH. insyaAllah utk bakal suamiku anda tidak akan dibebankan dgn hantaran tinggi. aku terima apa yg dipersembahkan olehmu utkku :)

Wednesday, January 4, 2012

:: REZEKI DI BUMI ALLAH ::



Orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. Walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. Bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. 
Cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. Begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. Kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. 
Sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.
p/s: berusahalah kerana rezeki ada di mana-mana... (:

Sunday, January 1, 2012

:: JODOH ADALAH TAKDIR ::

ASSALAMUALAIKUM
N3 pertama pada 1/1/12 cikna ingin bercakap soal jodoh. siapakah jodoh yg ditentukan utk kita? kenapa sampai sekarang belum lg ada jodoh? di manakah jodoh kita? perlu ke kita mandi bunga 7 jenis bawah jambatan tatkala bulan penuh utk dapatkan jodoh? tau mandi wajib dah cukup

Sahabat Hikmah...

Takdir adalah ketentuan dan kehendak Allah
Dan jodoh yang telah menjadi pasangan hidup
Atau yang masih berusaha mendapatkannya
Adalah atas kehendak dan ketentuanNya
Semuanya telah tertulis dalam Lauh Mahfuzh

Jadi jika seseorang itu ditakdirkan untuk menjadi jodoh kita,
tidak akan ada satu tangan pun yang dapat menghalanginya..
Atau memisahkannya...

Tetapi, jika dia telah ditakdirkan bukan untuk menjadi jodoh kita,
Atau tidak tepat untuk kita...
walau ada seribu tangan yang membantu,
dia tetap bukan milik kita.

Tetapi kita harus berusaha...
Menjaga jodoh yang terbaik...
Atau mendapatkan yang terbaik...

Kerana Allah akan mempertimbangkan..
Usaha dan doa hamba-Nya... =)

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari…dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...