Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Sunday, August 25, 2013

:: TAHAJUD DOA DIMAKBULKAN ALLAH ::

assalamualaikum, selamat malam saudara2ku seIslam..

Alhamdulillah malam ini masih mampu menyedut oksigenNYA masih mampu jari jemari montel menari-nari di keyboard walaupun isinya cuma picisan mungkin. malam yang indah dan sepi ini hati Cikna ada sedikit gundah gulana, mungkin dahagakan tahajud di tengah malam. kita insan yang lemah dan penuh kekurangan diri. manusia tiada yang sempurna. seringkali lupa bahawa kita sedang menikmati segalanya adalah pinjaman dariNya. Dalam dunia ini, macam2 kita inginkan, rumah besar, kesenangan hidup, jodoh, anak, rezeki, kebahagian dan pelbagai lagi. dengan siapa yang harus kita pohon? dengan siapa harus kita meminta? kepada siapa untuk kita merayu? kembali renungkan siapa yang mencipta kita? ALLAH SWT. YA!!!! ALLAH SWT. mintalah padaNYA, pohonlah padaNYA. merintihlah dalam setiap sujud, ketika dahi rapat di sejadah. 

YA ALLAH YA TUHANKU, PEMBERI RAHMAT KEPADA SEKIAN ALAM, YANG MAHA MENGASIHANI, KASIHANI LAH DIRI KAMI YA ALLAH, KASIHANI MEREKA SAUDARA SEISLAM KU YA ALLAH. KAU KUATKAN MEREKA, KAU MENANGKANLAH MEREKA DALAM MEMPERJUANGKAN NEGARA MEREKA KE JALANMU YA ALLAH. ...
Mintalah apa sahaja dariNYA dengan penuh yakin, kusyuk dan rendah hati. insyaALLAH pasti dimakbulkan walau bukan dalam bentuk yang kita kehendaki tp cukuplah dalam bentuk apa yang kita perlukan. 

saudaraku,
Cikna memuntahkan perkataan di atas bukan kerana ingin menunjuk yg sy baik tp sy sedang perbaiki diri. byk dosa dan kekurangan diri ini tp sedang cuba untuk menjadi yang terbaik. insyaALLAH.. Jom! bantu sy meninggalkan apa yang sepatutnya dan menambahkan apa yang sepatutnya. 

utk panduan solat tahajud anda boleh ke web SHAFIQOLBU.
semoga manfaat :) 
selamat malam 

Saturday, September 15, 2012

:: SOLAT JAMAK DAN QASAR ::

assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu semua 

dah lama blog ni macam xda pengisian rohani. so malam yang indah ini cikna nak share dgn kamu semua pasal solat jamak dan qasar memandangkan cikna bakal bermusafir xlama lagi ke 2 buah negeri, insyaALLAH. solat jamak dan qasar ini adalah untuk memudahkan orang-orang yang bermusafir dalam mengerjakan solat kerana solat fardhu tetap wajib tp ada cara yang mudah. jom kita lihat pengertian solat jamak Qasar dan apakah syarat-syarat yang membolehkan kita melakukan solat jamak dan qasar ini.

Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat bahawa :
Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.

Pembahagian Solat Jamak
Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.
Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar
Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.

Syarat Jamak Taqdim
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
  6. Syarat Jamak Takhir

  7. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  8. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

Syarat Qasar
  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
  5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
  6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  7. Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Niat Solat Jamak dan Qasar
Jamak Taqdim dan Qasar
Zuhur-Asar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.
Maghrib-Isyak
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

Jamak Takhir dan Qasar
Asar-Zuhur
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

Isyak-Maghrib
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar
Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
  1. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  2. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  3. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  4. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
  5. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
  6. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

kopi cappucino dari blog USTAZ NOR AMIN

semoga manfaat untuk semua (:


Friday, May 20, 2011

:: cara mandi hadas dgn betul::

assalamualaikum
kali ni cikna nak share ttg cara mandi wajib atau mandi hadas dgn betul. kalo kita tidak melakukan mandi hadas dengan betul maka segala ibadah yg kita lakukan seharian adalah tidak sah. boleh dikatakan ramai remaja sekarang tidak tahu bagaimana cara mandi wajib dgn betul. bukan cikna main cakap rambang tp berdasarkan pengalaman ketika bertanya pada beberapa org remaja. malah ada si gadis tidak pernah mandi wajib setelah hbs haid. ini satu perkara yg amat membimbangkan kita. jika mandi wajib pom gadis tersebut tidak tahu bagaimana dgn ibadah lain?
marilah kita sama2 memperbaiki anak bangsa kita
Fardhu mandi

Pertama :

Niat

Keluar mani atau keluar haid dan nifas

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Kedua :

Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.

Ketiga :

Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.

Cara mandi

  1. Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.

  2. Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.

  3. Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

  4. Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.

  5. Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

  6. Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.

  7. Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

  8. Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
p/s: sambil memperbaiki diri sendiri

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...