Monday, December 31, 2012

::Selamat tinggal 2012::

Assalamuaalaikum semua!!!!
Selamat datang 2013
wishlist 2013 ekceli blom dibuat. Dan cuma 1 hrpan nak jd lebih baik. Nak jd muslimah yg betul2... bila diteliti balik 2012 tiada keistimewaan langsung. Tiada peningkatan langsung, yg ada hanya penurunan dr segala segi. So harap 2013 sy lebih motivated. Nak dididik anak2 bkn shj dari segi pendidikan dunia tp untk akhirat juga. Biarpun mereka tidak pandai dr akademik tp bila mereka keluar dr sekolah mereka boleh dibanggakan. Yup!!! Sy yakin sy mampu.

Saturday, December 15, 2012

:: MANDI BUNGA ::


Assalamualaikum n selamat malam. semoga ari anda penuh dgn kegembiraan.
ermmm... since cuti sekolah xdala bz sgt but im forgot something, forgot dat im a blogger. kikiki.. cikna terfikir sesuatu setelah dicadangkan oleh seseorang iaitu MANDI BUNGA. kakak tu ckp tujuan kita mandi bunga bukan utk apa2 cuma nak naikkan seri wajah, hilangkan stress dan ini meruoakan salah satu usaha kita dalam mencari jodoh. boleh ke macam tu? cikna konfius sebenarnya sbb kakak tu cadangkan cikna jumpa seorg ustaz utk mandi bunga tp dia kata yg akan mandikan cikna nanti isteri ustaz tu. perlu ke cikna pergi berjumpa dgn ustaz tu untuk mandi bunga?? 

so disebabkan cikna xtau sgt perkara ni cikna ada wat research sket dr blog2 mereka yg lain. secara konklusinya mandi bunga ni tak salah jika tidak disertakan dgn unsur2 khurafat dan syirik. jika kita hanya sekadar mandi bunga dengan tujuan perubatan sahaja kerana bunga2 ini mempunyai khasiat tertentu yang terbit dari warna2 mereka (terapi getaran warna). 


 CARA MANDI BUNGA:

Antara jenis bunga yang biasa digunakan:-

Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.
Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.
Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.
Campurkan di dalam sebaldi air sejuk kemudian mandi.

Gabungan antara molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberi rangsangan yang istimewa dalam mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang.Kajian sains telah membuktikan bunga adalah agen pencerap tenaga matahari yang paling baik manakala mandi dengan air yang bercampur dengan bunga-bungaan memungkinkan kita mendapat kebaikkan-kebaikkan tenaga matahari yang telah dicerap dan diproses oleh bunga. Bunga akan mengeluarkan butiran debunga halus yang kelihatan seperti bergerak dan bernyawa apabila direndam dalam air sejuk. Gerakan ini adalah hasil tekanan atau hentakan butir debunga dengan zarah-zarah air. Gerakan ini akan mengaktifkan semula deria luaran tubuh lantas merangsang sistem hormon di dalam tubuh. Apabila sistem hormon terangsang maka organ-organ dalaman akan bekerja dengan baik. Kajian sains sekali lagi mengatakan bahawa gerakan rawak ini membuktikan perlanggaran antara oksigen dengan karbon dioksida berlaku secara rawak dan membuktikan mandian bunga yang menggunakan perantara air adalah agen penghantar tenaga yang cekap.

p/s: jom mandi bunga (:

Monday, December 3, 2012

::PENCIL CASE FELTCRAFT ::


ASSALAMUALAIKUM

cikna bz sket kali ni dengan membuat pencil case sebelum buka sekolah. 
malas nak taip banyak2. sape nak pencil case ni leh je pm FB saya MISSZ NNA
mmg xrugi beli pencil case dari felt ni sbb kami buat 2 lapis dengan kemasan kain cotton dibhgn dalam.
sgt menarik n cantek.


PENCIL CASE yg diperbuat daripada kain felt yg dilapisi dengan kain untuk kemasan supaya lbih kukuh dan tahan lama...
UKURAN 
SAIZ S= 4" x 8" RM10.00 EXCLUDE POSTAGE
SAIZ M = 5.5 " x 8" RM12.00 EXCLUDE POSTAGE
harga di atas adalah untuk 5 huruf minima bg nama. Jika ada penambahan huruf kami akan caj RM0.30 untuk 1 huruf. harap maklum 









p/s: jangan lupa contact sy jika suka

Sunday, November 18, 2012

:: BOIKOT BARANGAN ISRAEL ::


Apa daya kita untuk kita lakukan sesuatu kepada saudara2 kita yang berada di PALESTIN? Kita xmampu nak pergi mengangkat senjata berperang bersama mereka. namun begitu ada sesuatu yang kita mampu melakukan dari jauh untuk membantu saudara kita di PALESTIN.

mari kita mulakn yg kcil...berdoa dan boikot produk yahudi...kalau tak mmpu buat smua,jgn tggal smua.Allah tak mlihat hasilnye tp Allah melihat usahanya..sebagaimana usaha burung kecil yg memadamkan api semasa nabi ibrahim dibakar.:) 
 
Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’ Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘. Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.) Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

ayuh sama2 kita boikot barangan produk YAHUDI. 



bar code yang bermula dengan 729 adalah brg made in Israel

Thursday, November 15, 2012

:: ISRAEL MENYERANG GAZA ::

assalamualaikum
dah lama jari ini xmenghentak keyboard tp kali ni terpanggil tiba2 untuk menari2 di papan kekunci namun saat untuk menulis bait2 ayat ni sebenarnya jari ini tersentak terkaku kerana tidak dapat menzahirkan segala yang ada jauh disudut hati. terkedu dengan berita yang dibaca serta didengari, menitis sedikit air mata kerana xmampu melakukan apa-apa untuk mereka saudara ISLAMku yang berada di GAZA yang kini diserang oleh ISRAEL. aku cuma mampu menadah tangan memohon kepada YANG MAHA BESAR melindungi mereka di sana. Mereka mungkin ada senjata nuklear tp ingatlah senjata utama kaum muslimin adalah doa. berdoalah kita sambil kita memboikot beberapa barangan yang sedikit sebanya  menyumbang kepada peperangan menentang ISLAM. 

kebanyakkannya adalah barangan NESTLE, MC DONALD'S, LOREAL dan COCA COLA

bagi yang ingin menderma mungkin rm1 anda bolehlah hulurkan sumbangan kecemasan untuk Gaza di samping perasaan simpati dan do’a yang kita panjatkan. Aqsa Syarif sedang mengumpulkan dana dan sebahagiannya sedang disalurkan di Gaza.
Segala sumbangan boleh dimasukkan ke salah satu akaun ini:
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Swift code: MBBEMYKLAkaun Bank Islam: 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan ke admin@aqsasyarif.org.my atau di talian kami 03-8733 4636, faks 03-8734 9636.
GAZA SEDANG DISERANG. Sebagai rakyat dan umat yang prihatin, mari kita hulurkan sumbangan kecemasan untuk Gaza di samping perasaan simpati dan do’a yang kita panjatkan. Aqsa Syarif sedang mengumpulkan dana dan sebahagiannya sedang disalurkan di Gaza.

Segala sumbangan boleh dimasukkan ke salah satu akaun ini:

Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Swift code: MBBEMYKL
Akaun Bank Islam: 12 092 01 003490 4

Kemudian sila maklumkan ke admin@aqsasyarif.org.my atau di talian kami 03-8733 4636, faks 03-8734 9636.

Friday, September 28, 2012

:: BAJET 2013/ BUDGET 2013::

BUDGET 2013 HIGHLIGHTS

7)DIBAWAH SPNB DUA SKIM DIPERKENALKAN IAITU RUMAH MESRA RAKYAT..DAN APRTMENT KOS RENDAH DAN SEDERHANA//
GFX1
21 RIBU UNIT RUMAH MESRA RAKYAT AKAN DIBINA DENGAN PEMBERIAN SUBSIDI 20 RIBU UNIT DAN SUBSIDI 2 PERATUS KADAR FAEDAH//
SEMENTARA 22 RIBU 855 UNIT APARTMENT KOS RENDAH DAN SEDERHANA DENGAN HARGA SEUNIT DALAM LINGKUNGAN 120 RIBU RINGGIT KE 220 RIBU RINGGIT SEUNIT//
GFX2
8)DIBAWAH P
RIMA
..SISTEM PENGUNDIAN TERBUKA AKAN DIWUJUDKAN BAGI 50 RIBU UNIT RUMAH DENGAN HARGA ANTARA 100 RIBU RINGGIT HINGGA 400 RINBU RINGGIT//
PRIMA JUGA BAKAL MENAWARKAN DANA PEMUDAHCARA PERUMAHAN BERNILAI 500 JUTA RINGGIT DENGAN KERJASAMA PEMAJU PERUMAHAN SWASTA.. BAGI 30 RIBU UNIT DIMANA HARGA SEUNIT RUMAH AKAN MENJADI 20 PERATUS LEBIH RENDAH DIPASARAN//
GFX3
9)DIBAWAH JABATAN PERUMAHAN NEGARA..KERAJAAN AKAN MEMPERKENALKAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEBANYAK 20 RIBU 454 UNIT DENGAN HARGA SEUNIT 30 RIBU HINGGA 40 RIBU RINGGIT//
GFX 4
10)KERAJAAN TURUT AKAN MENAMBAHBAIK SKIM RUMAH PERTAMAKU DIMANA HAD PENDAPATAN UNTUK PINJAMAN INDIVIDU DITAMBAH KEPADA 5 RIBU RINGGIT BERBANDING 3 RIBU RINGGIT SEBELUM INI//
SEMENTARA HAD PINJAMAN SUAMI ISTERI JUGA DITAMBAH KEPADA 10 RIBU RINGGTI BERBANDING 6 RIBU RINGGIT SEBELUM INI//
GFX 5
11)NILAI BAGI MAKSIMUM BAGI KELAYAKAN HARTANAH JUGA DITAMBAH KEPADA 400 RIBU RINGGIT BERBANDING 220 RIBU RINGGIT//
12)SELAIN ITU PENGECUALIAN DUTI SETEM SEBANYAK 50 PERATUS AKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2014





GOLONGAN SENIMAN & KARYAWAN
72. Bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan berdaftar




PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

75. Pembinaan hampir 123,000 unit rumah - RM1.9 bilion

76. Menambah baik Skim Rumah Pertamaku:
- Had pendapatan pinjaman Individu dari RM3,000 kepada RM5,000
- Had pendapatan pinjaman bersama suami-­‐isteri kepada RM10,000
- Nilai maksimum hartanah RM400,000
- Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga 31 Dis. 2014

77. Kajian Semula Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT)
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan tidak melebihi 2 tahun: RPGT 15%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 2 hingga 5 tahun : RPGT 10%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 5 tahun: RPGT tidak dikenakan

78. Insentif cukai pemulihan perumahan terbengkalai:
-Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada kontraktor penyelamat;
- Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman;
- Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan; dan
- Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah.





BANTUAN DAN SUBSIDI
79. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
-Bantuan tunai RM500 - isirumah berpendapatan ≤ RM3,000
-Bantuan tunai RM250 - individu bujang berumur 21 tahun ke atas ≤ RM2,000

80. Pengurangan subsidi gula 20 sen (Kerajaan masih menanggung 34 sen
dengan perbelanjaan RM278 juta)
81. Subsidi minyak masak (penstabilan harga) - RM 1.5 bilion

82. Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
-Subsidi kos pengangkutan (LPG 14kg setong: asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Tambahan 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan

83. Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri Sarawak-­‐Labuan-­‐Sabah






84. Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barangan Sarawak‐Labuan-Sabah






MEMPERMUDAH IBADAH HAJI

86. Membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran RM3,000 



KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI
87. Individu: kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan - RM2,500 ringgit ~ RM50 ribu

88. Koperasi: kadar cukai pendapatan dikurangkan antara 1 ~ 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai





MERINGANKAN BEBAN PENGUSAHA BAS
89. Bantuan kepada pengusaha bas sekolah :
-Pemberian rebat RM10,000 dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman membeli bas baru untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun dengan kapasiti 12 hingga 18 tempat duduk
-Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah (had perlindungan sehingga RM100 ribu) 



MENGURANGKAN KOS PEMBELAJARAN PELAJAR
90. Program kebajikan kepada pelajar sekolah ‐ RM2.6 bilion
-Merangkumi bantuan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, bantuan buku teks

91. Program bantuan persekolahan - RM100 kepada pelajar sekolah
-Manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5

Sunday, September 23, 2012

:: APAM POLKA DOT DOT ::

dah lama nak try buat apam polka dot ni. sedangkan orang lain dah lama terer buat apam polka dot yg comel2 ni.. cikna buat ni xberapa nak menjadi dot2nya tp alhamdulillah dgn resepi dr MYRESIPI ni cikna dapat buat apam polka dot yg xberapa nak dot tp mendapat pujian dr umi terchenta. umi cakap sedap nanti leh wat doorgift kenduri abang.. hehe
xberapa nak jadi dot2nya 

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara
  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Sunday, September 16, 2012

sangat perit sangat sakit
jiwa yang pernah terluka kini sudah berparut
namun parutnya setiap kali terlintas namanya disudut hati pasti akan berdarah kembali
kumengharapkan ketabahan dari sisa2 kenangan lalu
kusedar setiap apa yang berlaku adalah dengan izinNYA
DIA xkan menguji hambaNYA dengan ujian yang tak mampu dipikul.
setiap kali hujan pasti terselindung pelangi indah dan setiap adanya kepahitan pasti terselit kemanisan
SABAR 

Saturday, September 15, 2012

:: SOLAT JAMAK DAN QASAR ::

assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu semua 

dah lama blog ni macam xda pengisian rohani. so malam yang indah ini cikna nak share dgn kamu semua pasal solat jamak dan qasar memandangkan cikna bakal bermusafir xlama lagi ke 2 buah negeri, insyaALLAH. solat jamak dan qasar ini adalah untuk memudahkan orang-orang yang bermusafir dalam mengerjakan solat kerana solat fardhu tetap wajib tp ada cara yang mudah. jom kita lihat pengertian solat jamak Qasar dan apakah syarat-syarat yang membolehkan kita melakukan solat jamak dan qasar ini.

Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat bahawa :
Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.

Pembahagian Solat Jamak
Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.
Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar
Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.

Syarat Jamak Taqdim
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
  6. Syarat Jamak Takhir

  7. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  8. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

Syarat Qasar
  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
  5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
  6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  7. Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Niat Solat Jamak dan Qasar
Jamak Taqdim dan Qasar
Zuhur-Asar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.
Maghrib-Isyak
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

Jamak Takhir dan Qasar
Asar-Zuhur
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

Isyak-Maghrib
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar
Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
  1. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  2. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  3. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  4. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
  5. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
  6. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

kopi cappucino dari blog USTAZ NOR AMIN

semoga manfaat untuk semua (:


:: PUDING BUIH atau AGAR-AGAR BUIH ::

ASSALAMUALAIKUM

selamat hari raya ke 29. dah nak habis pun ulan SYAWAL. akan berganti bulan baru. sempena hari-hari terakhir syawal ini cikna terasa nak makan sesuatu yang nyaman di tekak. teringat 2 tahun lepas anak murid cikna pelajar lelaki bawak ke sekolah puding yang dibuat sendiri oleh beliau iaitu puding buih. sangat sedap dan mmg terasa kesegarannya. resipi dah minta tp terlupa letak kat mana. minggu lepas cikna ternampak resipi ni dekat group fb RESIPI EKSPERIMEN so dah dapat resepi AGAR-AGAR BUIH ni terus mencuba. 

BAHAN-BAHAN
kredit to: EVELYN GEMINA
1 paket agar2 cap burung layang2 (cikna pakai agar2 yang tali 10 gram)
2 cawan air
1/4 cawan gula (kalau suka manis tambah gula)
1/2 tin susu pekat manis
1 sk esen vanila
1/4 cawan margerin, dicairkan
3 biji telur
1 sb serbuk koko tambah dengan sedikit air (cikna pakai pewarna)
Cara2:
1. Satukan serbuk agar2, air, gula & vanila, kacau rata. Masak atas api perlahan hingga mendidih.
2. Sementara itu, pukul telur hingga kembang & berbuih sepenuhnya.
3. Matikan api, tuang agar2 kedalam telur yang dipukul, gaul guna whisk berterusan. Masukkan pula mergerin & susu pekat, kacau lagi.
4. Tuang dalam loyang. Guna sudu, hiaskan atasnya dengan sedikit campuran koko. Biarkan mengeras & sejukkan sebelum dihidang. (cikna xpakai koko tp pakai pewarna merah n ijau )

p/s: jadila jugak puding buih ni.

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...