Sunday, November 24, 2013

:: HOKKAIDO CUP CAKES::

ASSALAMUALAIKUM
Sape pernah merasa hokkaido cake?haaaa... ni cikna nak habaq mai kat uols, iol buat sdiri ini kek dr japan. hehe.. sedap beb ada kastad gtu kat dalam. Alhamdulillah cikna diberi kelapangan olehNYA utk membuat kek yg agak sedap ni. fluffy n berkrim serta disukai ramai. kat cni cikna nak share la resepi kek hokkaido ni. cik nab, kak yam sila sediakan pen dan kertas salin resepi mudah ni.
 
hokkaido cupcakes resepi dr MASAM MANIS AZLITA
bahan-bahan:
4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.
filling tu cikna guna instant custard jek. senang... kalo nak resepi kastad leh la google kat blog azlita masam manis. 

p/s: biar xpandai masak janji rajin masak

:: PERGINYA HERO::



assalamualaikum
selamat malam
ingatkah kamu pada seekor kucing yang tiada kedua belah kakinya kena potong oleh manusia yg xberperikemanusiaan??? pada arini kucing tersebut telah pon kembali kepada penciptaNYA kerana sakit leukimia. Cikna yakin pemiliknya atau lebih dikenali dengan nama PAPA HERO pasti sedih yang teramat sangat. cikna pernah alami apa yg dialami. jika anda masih ingat, kucing ini juga telah mencetus ramai orang dalam menyelamatkan kucing dan anjing jalanan. kalo anda ingin tahu mengenai kucing ini HERO bolehla lawat blog

p/s: semoga PAPA HERO tabah. kita yang hidup pasti akan mati. setiapnya akan ada pengakhiran tiada yang kekal melainkan ALLAH swt


Monday, November 11, 2013

:: SILA AMBIL PERHATIAN!!!!UMAT ISLAM MESTI BACA!!!!::



assalamualaikum
di sini ada sedikit pesanan utk sahabat2 supaya berhati2 dalam membeli minuman dalam tin. sekarang ni heboh diperkatakan CARLSBERG telah mengeluarkan satu produk dalam tin minuman JOLLY SAHNDY seperti F&N, COCA-COLA, PEPSI dsbnya yang biasa kita beli di kedai. terutama sekali sy nak mengingat kepada ibu bapa yg biasa membenarkan anak2 mereka pergi membeli sendiri di kedai spt SEVEN ELEVEN atau mana2 kedai yang biasanya ada kedai aneka ni supaya berpesan kepada anak2 mereka dan ajar anak2 mereka supaya jangan sesekali membeli air dalam tin sbb cikna takut anak2 ni tersalah beli. ajar mereka beli minuman dalam kotak spt dutch lady, yeos. TOLONG AMBIL PERHATIAN!!! anak2 mudah tertarik dengan pembungkusan yg sgt ceria ni. mereka xtau apa2..


UMAT ISLAM MESTI BACA !!

"Jolly Shandy" adalah minuman b'alkohol rendah ,
pada kita ianya tetap haram diminum ,
kerana tetap dikategorikan sebagai arak ,

yang m'dukacitakan kita ,
kenapa penampilannya dibuat sedemikian rupa ,
seperti minuman ringan yg lain ,

disebab design grafik luaran itu ,
sama seperti air minuman ringan biasa ,
siapa pun tidak akan menyangka ,
ianya adalah mnuman tin arak ,

pesanan saya hati2 bila membeli air ,
zaman skrg musuh islam smkin licik ,
dalam merosakkan akidah kita ,

P/S: Allahu rabbi mereka sanggup melakukan apa sahaja utk memusnahkan umat ISLAM

Monday, November 4, 2013

:: 1 MUHARAM 1435::

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.... saat ini kta masih mampu menyedut oksigen yg diciptakan olehNYA. alhamdulillah syukur skali lg sbb penyakit yg cikna dah nak semakin pulih berkat dr anda semua dan dgn izinNYA juga. Walaupun masih xsepenuhnya pulih tp cikna bersyukur. Alhamdulillah....

Arini kta telah melalui tahun baru dalam ISLAM iaitu tahun 1435 HIJRAH. arini merupakan 1 muharam 1435 H. Arini juga merupakan ari penutupan buku amalan kita yakni lembaran buku amalan baru akan dibuka. Pada arini juga sepatutnya kta membaca doa akhir dan awal tahun. mungkin ramai dah buat wishlist utk azam tahun baru. Cikna pon ada sedikit wishlist dan nak kongsi bersama readers.
Wishlist 1435 H
1. sempurnakan 2,4,4,3,4
2. Istiqomah pakai hansok n stokin
3. Solat dhuha

Ini sahaja buat masa skrg.. kalo letak byk2 sgt takut kang xtercapai. Biar sedikit tp berkualiti...
P/s: “Bagi orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang dia tidak kelihatan (olehnya) dan ia datang dengan hati yang bertaubat.” (QS Qaaf : 33)

Sunday, October 27, 2013

::KEKUATANKU PADA AL-INSYIRAH::

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Dengan penuh kusyuk ku hayati satu persatu maksud al-Insyirah bg mengisi setiap rasa kesusahan ku. Berulang2 ku membacanya agar aku terus tabah dan semakin kuat. Sesungguhnya setiap kesukaran itu pasti ada kesenangannya.. berbaliklah pdNYA. YA ALLAH kupohon kekuatan utk melawan sakit ini....

P/s: ingin menangis dihadapanNYA namun kenapa airmata ini masih xmengalir???

Thursday, October 24, 2013

:: DUGAAN LAGI ::

21/10/13
Pg itu aku bangun seperti biasa saat azan subuh dilaungkan. Bangun, ambil tuala mandi dan gosok gigi. YA ALLAH!!! apa yg dah berlaku pada diriku ini??? Air yg aku kumur keluar balik bibir xmampu nak menahan air dr keluar. Astaghfirullahal'azim... skali lg aku diuji. Aku tutup mulut ku pakai taoak tangan utk elak air yg dikumur keluar. Tarik nafas dan cuba relaks.. amek wudud dan solat subuh. Pandang cermin teliti kawasan muka aku. Istighfar dalam hati. Aku telah lumpuh sebelah muka. YA ALLAH kuatkanlah semangat aku. Siap2 trus p kerja sbb aku kena jaga exam SMU. Dalam hati aku beristighfar xputus2. Nak nangis tp aku xda air mata langsung kali ni. Mungkin dah byk telah tertumpah sebelum2 ni. Selesai jaga exam trus balik rumah. Muhasabah diri... mungkin mulut aku ni laser jd ALLAH tarik nikmat ni. Abah mula rawat aku pakai beberapa doa n ayat al quran dan hembus ke muka. Malamnya umi mengurut sebahagian tubuh aku. ALHAMDULILLAH aku syukur YA ALLAH aku ada umi dan abah.. alhamdulillah... esok masih rutin yg sama jaga exam. Baliknya aku singgah klinik tp klinik tutup. Termenung di depan klinik sekejap sambil telefon sahabat share masalah aku. Dia syorkan aku ke satu klinik ni. Petang tu umi n abah ikut skali ke klinik. Dr kata aku terkena penyakit BELL PALSY iaitu lumpuh sebelah muka. Mungkin ia bersifat sementara namun memakan masa utk sembuh.
Utk diri sy ALLAH TAKKAN UJI HAMBANYA JIKA HAMBANYA XMAMPU MENERIMA UJIAN ITU. ALLAH TAHU KEUPAYAAN KITA SBB ITU DIA MENGUJI KITA. SETIAP UJIAN ITU AKAN MENGUATKAN KITA, UTK MENAMBAHKAN LG KEIMANAN KITA. InsyaALLAH... Kta sbg hambanya trimalah ujian ini dgn redha....

P/s: tlg doakan sy cpt sembuh yer... sbb sy kena kerja utk sara ibu bapa dan family sy... YA ALLAH KUATKANLAH AKU....

Monday, October 14, 2013

:: BED TALK::

Salam tgh malam sbnrnya hampir pagi. Cikna xdpt nak lelap mata. Ada yg mengganggu fikiran. Terasa bodoh sgt pastu sakit ati... tp xreti nak share. Nak blogwalking malas tp p gak terjah blog cik mat Gebu mangkuk tingkat biru tu nak cari resepi kot2 esok leh hidang tuk tetamu dtg beraya. jejalan sekejap je sbb xleh nak concentrate...
Cuma sedikit je cikna nak ungkapkan perasaan arini.

Mengenalimu merupakan satu penyeksaan utk diriku.... t

p sbnrnya cikna xleh ckp gni sbb ALLAH xjdkan sesuatu itu tanpa sebab. Cuma tgula. Mungkin satu ari nanti cikna akan faham..

p/s: ALLAH bersama org2 yg sabar

Monday, September 30, 2013

:: LOMPAT SI KATAK LOMPAT::

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah di petang indah ini cikna diberi kesempatan melompat menggapai utk bintang. Sebenarnya cikna dah start diet.. syhhh... diet cara ATkins iaitu diet karbohidrat. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat. Cikna masih baru dlm diet atkins ni. Baru dpt kurang 2, 3 kilo sbb cikna xikut sepenuhnya. Kalo ikut sepenuhnya mau dah selim melim u. Tp ingat walau apa pon cara kita buat utk kurus, kta tetap kena bersenam. Sbb senam tu baik utk jantung n utk bakar kalori dalam badan.

Memandangkan petang ni damai n ceria cikna amek skipping rope sambil melompat sambil bayangkan tgh gapai bintang.. doakan cikna semoga berjaya utk kuruskan badan. Bukan utk apa tp utk memudahkan kta beribadat. Kalo badan besau sukar nak bergerak n bangun malam pon macam malas. Bila dah kurus sket badan dah ringan senang la nak beribadat. InsyaALLAH.... amin...

Sunday, September 29, 2013

:: SERANGAN ULTRAMAN TARO::

ASSALAMUALAIKUM.. salam gelak santai dan salam ukhuwah
xda kena mengena dengan tajuk tp gtula ceritanya ULTRAMAN kena selamatkan bumi dr diserang dinosour. hikhik.. ok kta start cter ultraman taro ni yer. 
malam penuh syahdu bagai ni cikna nak bercerita sket nak bercerita kekalutan keributan yg berlaku. pening serius pening skali. ntgah apa yg blaku xtau mana nak mula. dr berkawan ngan seorg terlibat plak bini dia mesej bagai pastu skandal la plak.. last2 cikna gelak sorang2. naseb badan la. semuanya bermula bila tiada kejujuran dalam berkawan. kena jujur la kan dalam berkawan. semuanya LILLAHITAALA... xmustahil kta leh berkawan baik tp bila berkawan laki perempuan ni banyak la fitnah akan berlaku. salah cikna juga sbb langgar pantang yg ALLAH bg. dah leklok kawan ngan perempuan p gatai nak kawan ngan laki plak. pastu siap keluar bagai. YA ALLAH ampuni dosa2ku.. sekarang dah macam2 manusia mesej cikna bagai sbb sorang manusia tu. nak tergelak pon hade.. sabar la duhai zalina.. 




Banyak lagi etika lain yang Islam wajibkan untuk patuh dalam pergaulan lelaki dan wanita.

Antara lain :

1. Jangan berdua-duaan

2. Jangan letakkan diri dalam keadaan yang mengundang fitnah

3. Jangan bertepuk tampar, bersentuh-sentuhan, berpegangan tangan

4. Jangan bermain soal hati

5. Jangan bergaul dengan lawan jantina, seperti bergaul sesama jantina

6. Jangan terlalu rapat sehingga semua benda boleh ‘open’

7. Jangan bersubahat dalam perkara maksiat

8. Dan banyak lagi ‘jangan’ yang lain.

p/s: Firman Allah ta’ala dalam Surah Al-Maaidah :
” dan hendaklah kamu sekalian bertolong-tolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan , dan janganlah kamu sekalian bertolog-tolong dalam perkara maksiat dan permusuhan “

Saturday, September 21, 2013

::WHATEVER HAPPENED::

SUBHANALLAH!!!

Whatever Happened..

What happened to those days when my faith was strong? 
When I wouldn't dare think of doing anything wrong
When my trust in Allah would lead me through 
The good and bad, the old and new

What happened to the days when my prayer was sincere? 
When there was absolutely nothing on earth I would fear 
When I was certain that Allah was very near 
And would run to Him and leave all else that is dear

What happened to those days when I could recite well? 
When I bought Paradise and this world I would sell 
When my heart was pure and all full of light 
When my Salah was my source of strength and might

What's wrong my soul, why did you fall? 
Don't you know that Allah hears your call? 
A little test like this shouldn't beat you so 
It shouldn't pull you down to a level so low 
Don't you know that Allah always chooses what is best 
And that this is all part of a previously planned test

Allah is Great, Allah is Al-Hakeem 
His ways are just, no matter how hard it may seem 
Hold on my soul, to the fireball in your palm Hold on tight and when it burns, be calm

Whenever it falls, bend down and restart 
Let out the tears and wipe clean that heart 
Get back on your feet and go back to those days 
You will soon see this is only a transient phase

P/S: dis an advices from someone dats i call fren. jazakallahhu khairan khatira ya akhi.

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...