Saturday, September 21, 2013

:: CARA-CARA NAK BAWA MASUK KERETA MALAYSIA KE THAILAND::

assalamulaikum... 
selamat malam dan semoga para penerjah (ada penerjah ke??) sekalian sehat dan dirahmati ALLAH sentiasa. ALHAMDULILLAH dah lama sgt tak menghapdet blog sebab dah buhsan kot. haha.. ada masalah sket ngan netty i ni sebenarnya masalah hati dan perasaan . pada hari yg penuh kecerian ini cikna nak share ngan korang cara2 nak seludup halal @ bawa masuk kereta ke THAILAND melalui jalan sempadan RANTAU PANJANG - GOLOK. sebelum tu jom tgk gambo2 i kat GOLOK sana. 
Add caption




ni kat airport narathiwat 
dah skodeng gambar2kan so skrg dah leh start cara2 nak bawa masuk kereta ke THAILAND
1. sila pastikan anda ada geran kereta asal atau salinan (pastikan kereta atas nama anda), kad pengenalan, lesen memandu. semuanya harus dibuat salinan sebanyak 2 salinan.
2. sila ke agen insuran untuk membuat insurans kereta anda di thailand nanti, ada di RANTAU PANJANG dan anda juga boleh dapatkan di imigresen THAILAND. cikna buat utk setahun RM60 setahun sbb cikna slalu ulang alik ke sana.
3. pastu anda bawak yg no.1 td ke JPJ di imigresen RANTAU PANJANG untuk tujuan pemeriksaan dan pelepasan kereta ke thailand.
4. masuk imigrisen n kastam thailand plak anda kena amek surat kebenaran dr kastam thai. xperlu bayar pon amek surat tu free jek. 
5. settle dah tu leh la jalan2 THAILAND sampai hatyai atau songkla bagai.. 

p/s: semoga bermanfaat.. 
RASULLULLAH S.AW says "travel and you will benefit"

Sunday, August 25, 2013

:: TAHAJUD DOA DIMAKBULKAN ALLAH ::

assalamualaikum, selamat malam saudara2ku seIslam..

Alhamdulillah malam ini masih mampu menyedut oksigenNYA masih mampu jari jemari montel menari-nari di keyboard walaupun isinya cuma picisan mungkin. malam yang indah dan sepi ini hati Cikna ada sedikit gundah gulana, mungkin dahagakan tahajud di tengah malam. kita insan yang lemah dan penuh kekurangan diri. manusia tiada yang sempurna. seringkali lupa bahawa kita sedang menikmati segalanya adalah pinjaman dariNya. Dalam dunia ini, macam2 kita inginkan, rumah besar, kesenangan hidup, jodoh, anak, rezeki, kebahagian dan pelbagai lagi. dengan siapa yang harus kita pohon? dengan siapa harus kita meminta? kepada siapa untuk kita merayu? kembali renungkan siapa yang mencipta kita? ALLAH SWT. YA!!!! ALLAH SWT. mintalah padaNYA, pohonlah padaNYA. merintihlah dalam setiap sujud, ketika dahi rapat di sejadah. 

YA ALLAH YA TUHANKU, PEMBERI RAHMAT KEPADA SEKIAN ALAM, YANG MAHA MENGASIHANI, KASIHANI LAH DIRI KAMI YA ALLAH, KASIHANI MEREKA SAUDARA SEISLAM KU YA ALLAH. KAU KUATKAN MEREKA, KAU MENANGKANLAH MEREKA DALAM MEMPERJUANGKAN NEGARA MEREKA KE JALANMU YA ALLAH. ...
Mintalah apa sahaja dariNYA dengan penuh yakin, kusyuk dan rendah hati. insyaALLAH pasti dimakbulkan walau bukan dalam bentuk yang kita kehendaki tp cukuplah dalam bentuk apa yang kita perlukan. 

saudaraku,
Cikna memuntahkan perkataan di atas bukan kerana ingin menunjuk yg sy baik tp sy sedang perbaiki diri. byk dosa dan kekurangan diri ini tp sedang cuba untuk menjadi yang terbaik. insyaALLAH.. Jom! bantu sy meninggalkan apa yang sepatutnya dan menambahkan apa yang sepatutnya. 

utk panduan solat tahajud anda boleh ke web SHAFIQOLBU.
semoga manfaat :) 
selamat malam 

Monday, August 19, 2013

:: SEDEKAH SAHAM AKHIRAT (SUMBNGAN KEMANUSIAAN UTK MESIR) ::

ASSALAMUALAIKUM... Selamat malam.. alhamdulillah kita masih berada dalam bulan syawal. walaupun kta hampir 2 minggu meninggal ramadhan namun keberkahan bulan ramadhan masih terbias di bulan syawal apabila kita menjalan puasa selama 6 hari di bulan syawal.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).
Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.


     nampak x betapa sayangnya ALLAH kpd hambaNya, dgn tak menjadikan bulan ramadhan sahaja istimewa tp juga bulan Syawal dan bulan2 lain. alhamdulillah... entry kali ni cikna nak bercerita ttg sedekah sebenarnya sambil memohon sumbangan kemanusiaan utk saudara kita di MESIR. taukah kawan2 semua apa yg telah berlaku di MESIR selama 9 hari kebelakangan ini? YA ALLAH, mereka diuji dengan kekejaman dan kezaliman AS-SISI sama juga dengan kezaliman yang dilakukan oleh FIRAUN. Ayuh sahabat sekalian! mungkin kta xberupaya utk berjihad dan syahid bersama2 mereka namun bantuan kta yang kecil seperti inilah yg mungkin membantu mereka. mungkin kta xmempunyai wang banyak tp cukuplah RM1 sahaja sudah pun dikira berjihad ke jalan ALLAH. hebat bukan sedekah ini, mampu menjadi saham kita di akhirat nanti. 




Dalam hadis dari Abu Malik Al-Asy'ari, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَالصَّلَاةُ نُورٌ، وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ، وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ

"Shalat adalah cahaya, sedekah merupakan bukti, sabar itu sinar panas, sementara Al-Quran bisa menjadi pembelamu atau sebaliknya, menjadi penuntutmu." (HR. Muslim 223).



bg sesiapa yg ingin memberi sumbangan bolehlah dibuat mll acc bank di atas..
p/s: sumber gambar di atas adalah dr FB sham kamikaze... utk bukti sila ke fb beliau.. 

Thursday, August 1, 2013

Pagi2 dah mood jiwang menggilozs xtentu pasai. Sgt xsuka bila slalu sgt digula2kan perasaan ini. Kan dah kena penyakit diebetes xpepasal. Sobsob.. slalu sgt jd mangsa gni. Sedih sgt tp nak buat camne lg kalau kta ni adalah insan yg dipilih olehaNYA utk diuji dgn org suka bg kata2 candy crush ni. Mmg sakit ati bila dr awal lg dah cakap kta xsuka gula3 tp akhirnya terpaksa telan bila ari2 itu yg disajikan. Last2 bila dah addict benda tu dia tgalkan kta begitu saja. Xpelah... sy redha dgn apa yg dilakukan. Pasrah... biar aku membawa lara dan duka ni sendiri... kerana kau bukanlah yg terbaik utkku....

P/s: lama xmengepos tp skali pos benda lara mcm ni.. yaALLAH lindungi hambaMU. jgn lah lg kau membolak balikkan hati ini  

Friday, July 26, 2013

:: PUDING OREO ::

assalamualaikum wbt selamat awal pagi. alhamdulillah masih dalam bulan ramadhan al mubarak. arini kita bakal lalui ramadhan ke 17 iaitu NUZUL QURAN. ari yg istimewa ini cikna ingin kongsi 1 resepi agak mudah dan sedap jika masuk sejuk2 ke dalam mulut iaitu PUDING OREO LAPIS MILO.


Bahan-bahan
1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
750ml air 
160g gula
1 tin susu cair (400ml)

3/4cawan milo satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich
Cara2
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati. Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku. Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan. Kredit to blog hana family

~done~
sebenarnya ada cerita disebalik puding oreo ini. cerita seorg jejaka yg bermulut manis yg sgt kempunan puding oreo. so cikna buatkan utk dia masa pertemuan pertama kami. tak tau la sedap ke tak sbb masa buat tu kelam kabut nak ke hospital, kakak ipar cikna nak deliver baby. nasib la kalo xsedap. so kta tgk je la penghabisan cerita jejaka mulut manis ni. tu pon kalo ada penamatnya. 

P/s: xpandai masak xpe janji rajin masak :)

Monday, July 8, 2013

::BUBUR JAGUNG::

Ahlan wasahlan ya ramadhan.. sempena bakal menyambut bulan ramadhan yg penuh keberkatan ini. Cikna buat comeback dlm penulisan blog dgn entri terbaru iaitu jeng! Jeng! Jeng! Bubur jagung pakai santan segera cap ayam brand....

Resepi yg mudah tp sedap serta kegemaran ramai.

bahan2:

4 tongkol jagung
Santan cap ayam brand
Sagu mata ikan
Gula secubit garam
Gula melaka seketoi

Cara2:
jagung diambil bijinya direbus bersama dengan biji sagu. Kendian masukkan gula, gula melaka, garam. Apabila semua dah hancur. Masukkan santan. Jika ada daun pandan. Leh juga masukkan. Biarkan sehingga mendidih. Kemudiab hidang!!!!

Saturday, March 30, 2013

:: RAHSIA DISEBALIK AIR SEMBAHYANG @ WUDHU' ::

Assalamualaikum
selamat bertengah malam semua. selamat bertahajud juga 
Alhamdulillah ALLAH masih memberikan kita nafas utk bangun ditengah2 malam bertahajud kepadaNYA. 
sahabat sekalian,
ISLAM itu indah, ISLAM mengajar kita tentang kebersihan dan tentang kesucian. Malah kebersihan itu adalah sebahagian dr iman. 

Daripada Abu Malik al-Harith bin Asim RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: “Bersuci itu separuh daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi di antara langit dan bumi, sembahyang adalah cahaya, sedekah pula adalah bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu (penolongmu jika dilaksanakan perintah-Nya) atau atasmu (membinasakanmu jika diabaikan perintah-Nya) dan setiap manusia berpagi-pagi menjual dirinya sama ada membebaskannya daripada azab atau membinasakannya (dengan maksiat).

maka, wudhu' juga merupakan sebahagian drpd kita bersuci sebelum kita menunaikan solat. Banyak kelebihan berwudhu' yang kita dapat manfaat daripadanya. Berwudhu' xsemestinya semasa kita nak solat sahaja. seeloknya sebelum kita tidur, kita berwudhu' dahulu kerana ia akan mengelakkan kita diganggu dr benda2 yang tak elok. selain itu, ia juga dikatakan dapat menyembuhkan penyakit melalui titik akupuntur. keadaan ini adalah kerana ketika kita berwudhu, kita dalam keadaan melakukan sentuhan, gosokan, tekanan dan usapan terhadap titik2 akupuntur yang berada di badan kita. oleh itu sentiasalah kita berwudhu' kerana ia akan menjadikan kita bersih dan sihat selalu. InsyaALLAH :)

Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” 
                                                                                        (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).

Thursday, March 28, 2013

:: KENAPA SY BISNES SF BEAUTY ::

ASSALAMUALAIKUM
apa khabar pengunjung blog sy :) alhamdulillah harap semua sihat sejahtera dan dirahmati ALLAH selalu. arini sy nak bercerita sedikit kenapa sy mula berbisnes SF BEAUTY? Bermula cerita dr sy lepas kena chicken pox, ada la sedikit parut dot2 dimuka bumi ini. masa masuk kelas nak mengajar ada student bertanya kenapa sy lama xmasuk kelas diorang, sy ckp sy demam then diorg pon kata
 "ticer, muka ticer ada bintik2 la"
sy terkesima, tersentak terasa rendah diri tiba2 sebab selama ni muka sy xda jerawat pon, kalo ada jerawat gatal tu pon kadang2. ditakdirkan kawan sy mengesyorkan sy menggunakan SF BEAUTY, dan dengan kehendakNYA serasi dengan kulit wajah sy alhamdulillah, sy terus gunakannya lebih kurang dalam masa 2 minggu, ia mula menampakan hasil. dulu kulit wajah sy berparut dan kusam sekarang dah mula makin cerah walau bukan ketara sgt tp perubahan itu dapat dikesan oleh kawan2 sy. mereka mula bertanya sy produk apa yg sy pakai. terus sy beritahu SF BEAUTY dan ianya bukan rahsia. SF BEAUTY sememangnya selamat utk kulit, TIADA PENGELUPASAN, KULIT TIDAK MENJADI KEMERAHAN seperti sesetengah produk, TIDAK MENIPISKAN KULIT dan ianya menjadikan KULIT ANDA CERAH SEMULAJADI bukan cerah secara drastik sampai org tengok pon pelik. 
sy xpernah memaksa mereka membeli produk sy. mereka yg membeli dr sy kebanyakannya adalah mereka2 yg melihat sdiri perubahan kulit wajah sy. MY SKIN MY PROOF. bila meraka asyik je bertanya, kita mula bosan so amek peluang ni utk berniaga SF BEAUTY. nampak x bagaimana cara ALLAH menurunkan rezeki utk kita? bermula dr pakai sdiri, org mula bertanya then boleh jual plak serta mendatangkan hasil.
so kepada sesiapa yg berminat boleh contact emel sy zalina2301@gmail.com atau fb sy search missz Nna
TAHNIAH UTK SAHABAT SY YG MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN
HARGA 1 SET SF BEAUTY 3 PRODUK HANYA RM100 TERMASUK POS KE SEMENANJUNG. SABAH SARAWAK TAMBAH RM5

Saturday, March 16, 2013

:: SF BEAUTY BELIAN TERHEBAT::

assalamualaikum

alhamdulillah di pagi SABTU ini setelah lama xberblogging sampaikan lupa dah jalan nak masuk ke blog. hehe... dikesempatan ini cikna nak share ttg SF BEAUTY. apa itu SF BEAUTY??? 
SF BEAUTY ini merupakan produk penjagaan wajah yang begitu hebat. cikna dah menggunakan produk ini hampir sebulan. alhamdulillah parut2 ciken pox yg menyerang cikna baru2 ini, RUJUK DI SINI sudah menghilangkan diri. disebabkan produk ini berkesan so cikna nak sharing dengan kawan2 blogger yg mempunyai masalah kulit bolehlah mencuba produk ini dengan menghubungi cikna di FB  xpon anda leh je komen di bawah dan tinggalkan emel utk sy hubungi anda. 

SF BEAUTY mempunyai 3 produk iaitu
1. KRIM SIANG
2. KRIM MALAM
3. SABUN VIT C (utk kulit normal)  /  VIT E (utk kulit bermasalah)

SEMUA ITEM DI ATAS 1 SET DENGAN HARGA CUMA RM 100 INCLUDE POSTAGE KE SEMENANJUNG. SABAH DAN SARAWAK ADD RM5.
utk pembelian borong 3 set ke atas boleh dptkan harga special :)
jgn lupa emel atau hubungi FB cikna
zalina2301@gmail.com



Monday, February 25, 2013

:: KERABU MEE SEGERA @ KERABU MAGGI ::



ASSALAMUALAIKUM 

selamat malam. hujan2 ni mesti perut lapar kan. so di malam ari kedinginan ini dah boring makan nasi tp perut plak berdendang lagu keroncong. dengan perasaan yang malas selongkar peti ais apa yang ada nampak la kat atas peti ais ada mee segera SERDA dr THAI tp konpem HALAL. ada sotong, ada udang. dengan segeranya cikna mula menyedia sesuatu yg simple tp sangat sedap di mulut sy. 





KERABU MEGI 

BAHAN-BAHAN:
Mee segera
sotong
udang
daun sup
bunga kantan
asam limau
bawang merah
CARA-CARA:
rebus mee segera, sotong, udang dan toskan. gaulkan kesemua bahan2 di atas dan hidangkan. sgt sedap. nyum nyum...





p/s: baca BISMILLAH dan DOA sblm makan ye.

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...