Thursday, August 11, 2011

::LELAKI BAGAIMANAKAH DAMBAANKU::

ASSALAMUALAIKUM
selamat bersahur :)
sudah lama tajuk n3 ni terperam sebenarnya. terperam sbb terfikir perlukah n3 ni dikeluarkan. akhirnya arini sementara menunggu sahur cikna kembali menaip patah demi patah berkenaan tajuk n3 ini dalam mencari LELAKI BAGAIMANAKAH DAMBAANKU.
"AKU MENYINTAIMU KERANA AGAMAMU.
JIKA HILANG AGAMAMU DR DIRIMU,
MAKA HILANGLAH CINTAKU PADAMU"
(Iman Al-Nawawi)
Tidak sukar utk mentafsir lelaki bagaimana yg dicari sebenarnya jika melihat pada ungkapan di atas. itulah hakikat sebenarnya, bukan rupa paras atau harta yang menjadi ukuran dalam mencari pasangan hidup tetapi agamanya. Maka, pilihlah lelaki
  • Kuat agamanya
-biarpun sibuk sekalipun solat fardhu diutamakan. sebagai pembimbing dan pemelihara iman isterinya
  • baik akhlaknya
- ketegasanya nyata tp dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya. sopan tutur kata gambaran peribadi dan berhati mulia
  • tegas mempertahankan maruah
-jujur sebagai pelindung maruah seorg wanita
  • pemurah tidak boros
-membelanjakan harta dengan bijaksana dan berkongsi dengan yang berhak
  • tenang wajahnya
-wajahnya tenang. setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak
"cinta merupakan anugerah takdir,
pertama kali datang terlihat bak air yang tenang.
namun ketika seseorang yang datang menerjuninya,
tenggelamlah ia di dalamnya, tak tertolong lagi."
duhai hati,
" sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesuciannya dan bersabar sehingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid."
(riwayat Hakim, Ibn Asakir, al Dailami dan lain-lain)
p/s: semoga kubertemu dengannya

Wednesday, August 10, 2011

:: ZAKAT FITRAH 2O11::

"Puasa bulan ramadhan itu tergantung antara langit dan bumi dan tidak dapat diangkat melainkan dengan mengeluarkan zakat fitrah.”
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5 iaitu:
  • WAJIB-Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
  • PALING AFDHAL- sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • SUNAT- sepanjang bulan Ramadhan
  • MAKRUH- Selepas sembahyang raya sehingga terbenam matahari 1 syawal
  • HARAM- Selepas terbenam matahari 1 syawal tp ttp wajib membayar zakat fitrah dan hukumnya berdosa
"Zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia, dan dari perkataan buruk dan sebagai pemberian makanan kepada orang miskin. Maka barangsiapa mengeluarkan sebelum solat aidilfitri (sembahyang hari raya puasa) maka ia adalah zakat yang makbul (diterima) dan barangsiapa yang mengeluarkan sesudah solat aidilfitri, maka ia merupakan sedekah seperti sedekah-sedekah yang lain"

Tuesday, August 9, 2011

::RENUNGAN RAMADHAN 9::


Memberi makan kepada orang yang lapar adalah tugas mulia. Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah (saw).
"Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik".
Rasulullah saw menjawab:
"Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal".
(hadis Riwayat Bukhari).
Jangan kita anggap bahawa golongan yang sebegini hanya wujud di Palestin, Kashmir atau di Somalia. Golongan yang kurang bernasib baik sedemikian mungkin wujud di kawasan atau daerah kita. Kita seharusnya peka terhadap golongan-golongan ini. cuba bayangkan ketika kita sedang enak menjamu selera dgn pelbagai hidangan waktu berbuka, mereka golongan yang kurang bernasib baik ini mungkin cuma berbuka dengan segelas air sejuk. sedangkan meja makan kita dipenuhi dengan pelbagai makanan dan tidak pula kehabisan. alangkah bagusnya jika makanan yg berlebihan itu dapat dikongsi oleh mereka2 ini. sama2lah kita renungkan bersama..
p/s: sehingga puasa ke9 masih belum menjejak kaki ke bazaar ramadhan.. cuba sediakan sendiri di rumah :)

::REZEKI RAMADHAN::

Assalamua'alaikum
alhamdulillah.. sudah hampir 2 tahun cikna blogging dan hampir setahun jugakla cikna daftar ngan NUFFNANG dan ini kali pertama cikna dapat BE... Xkesahlah walaupun orang lain dah berpuluh BE dapat dan cikna dapat 1 pom nak heboh. hehe.. apa2 pom ini adalah rezeki bulan Ramdhan.
terima kasih Nuffnang sbb sudi kasi BE kat blog yg picisan ini...
p/s: semoga byk lg rezeki lain di bulan Ramadhan. ameen

Monday, August 8, 2011

::RENUNGAN RAMADHAN 8::


Abu Hurairah (ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
Dan puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu berkata keji dan meninggikan suara atau mencaci maki. Dan seandainya dicaci oleh seseorang atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!”.
(hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Annisa’i)
Begitu kuat tuntutan kita menjaga lidah ini ditekankan lagi dalam sebuah hadis lain pula di mana Nabi (saw) bersabda:
Sesiapa yang tidak menghentikan perkataan-perkataan dusta dan melakukan kedustaan itu, maka Allah tidak merasa perlu ia meninggalkan makan-minumnya.
(hadis riwayat Jama’ah kecuali Muslim)
Marilah kita berusaha dan berdo’a agar Allah swt mempermudahkan kita menjalani ibadah puasa kita dengan paling sempurna. Semoga puasa kita hari ini lebih baik dari semalam, dan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Sunday, August 7, 2011

:: ZIKIR MUNAJAT ::

Assalamualaikum
dalam suasana yang hening memalam gni sambil2 blogging jom pasang mp3 zikir. berzikir sesama sekurang2nya pahala pada bulan RAMADHAN ini akan bertambah. sambil menyelam sambil minum air. yg ni konpem xlemas sbb zikir ni ibarat oksigen. jom pakat2 sesama download zikir munajat dan sama2 berzikir :)
sila KLIK DI SINI utk download zikir munajat :)
p/s: tiada istilah bazir masa atau lagha ketika blogging kalau kena cra :) insyaallah sama2 tambah pahala

::RENUNGAN RAMADHAN 7::

Menurut Sheikh Said Hawwa di dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi, terdapat enam syarat tambahan yang perlu diberi perhatian oleh orang yang benar-benar berhajat meninggikan kualiti puasanya:
a. Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas, atau memperdalamkan penglihatan, yakni melihat dengan berlebih-lebihan kepada segala sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama. Demikian pula melihat apa saja yang menyebabkan hati terpesona, sehingga lalai daripada mengingati Allah.
b. Menjaga lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda-gurau yang melampaui batas, atau berkata kotor, atau berkata yang sia-sia, atau berdusta atau mengumpat, atau mengadu domba atau berkata jijik, atau bertengkar atau memamerkan diri sendiri. Sebaliknya hendaklah diam atau mengurangkan bicara yang tidak perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah gemar membaca al-Quran atau kitab-kitab agama.
c. Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama, sebab setiap perkara yang haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya.
d. Menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang terlarang menurut kacamata agama. Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga yang syubhat, terutama di saat berbuka puasa.
e. Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika berbuka, sekalipun makanannya halal, sehingga perut sekan-akan tidak memuatnya lagi. Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh terisi. Puasa ialah untuk mematahkan segala macam kesyahwatan, maka adakah orang yang puasa itu wajar memupuk kembali syahwatnya ketika berbuka? Sepanjang hari ia menekan nafsu maka ia adakah bermaksud membalas dendam nanti di waktu berbuka? Pada siangnya, masih ketika berpuasa, ia membeli ini dan itu yang berupa makanan dan waktu berbuka akan dihabiskan semua sekali. Maka tujuan puasa untuk melemahkan nafsu syahwat tetap tidak berhasil. Sewajarnya, sediakanlah makanan dan makanlah sekadar seperti mana hari-hari biasa di bulan lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga merangsang lagi nafsu.
f. Hendaklah hatinya menggantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya hari itu. Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana belum ada kepastian. Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan almuqarrabin yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan dimurkai-Nya. Orang yang tertipu oleh dirinya sendiri mengira ibadatnya pasti diterima, padahal ada kemungkinan tidak demikian. Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah tidak menerima malannya!

p/s: Semoga Allah swt menerima membantu kita mengamalkan dan istiqamah dengan keenam-enam perkara di atas ke arah meningkatkan kualiti puasa kita.

copy from: RENUNGAN RAMADHAN-KE ARAH RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA. Dr. Hj. Omar bin Yaakob

Saturday, August 6, 2011

:: 3 LAYERS TEA::

ASSALAMULAIKUM
sudah 2 hari berturut2 cikna buka pose ngan air 3 LAYERS TEA. mmg sedap n segar lagik2 cikna buat sdiri tau. Sgt simple buatannya.. (xceli lama xda post makan2)
BAHAN2:
air gula melaka pekat
susu segar
tea
ais
CARA2:
masukkan air gula melaka dalam gelas. kemudian masukkan ais. tuangkan susu segar perlahan2 dibibir gelas. last sekali masukkan tea yg telah dibancuh perlahan2. tadaaaa... sedia diminum ketika buka pose :)

saya andaikan 'Three Layer Tea' sebagai kehidupan. Kehidupan ada bahagia, ada suka, ada tidak tentu. Bagai langit yang ada cerah, ada gelap dan ada mendung kelabu. Begitulah kehidupan.
Jika kita buang hitam, maka tidak adalah gula melaka dalam 'Three Layer Tea'. Tidaklah ia menjadi 'Three Layer Tea'.
Jika kita hanya mahu ambil putih. Ia akan menjadi air susu. Tetap tidak menjadi 'Three Layer Tea'.
Jika kita hanya mahu yang tingal adalah coklat. Gaullah semuanya yang hitam,putih dan coklat itu menjadi 'Three Layer Tea'. Jika tidak tetapi hanya mahu coklat. Orderlah TEH SUSU sahaja.
Saya suka menerima kehidupan sebagai 'Three Layer Tea'. Terimalah ketiga-tiga warnanya yang hitam, putih dan coklat. Maka ia tetap menjadi minuman yang sedap dan unik... Dan saya suka menikmati kehidupan seperti meminum 'Three Layer Tea'. Terimalah semua warnanya dan gaul menjadi 'Three Layer Tea'. Nescaya hidup lebih sedaapp, Insya Allah..

p/s: dipetik dr seseorg blogger. cikna lupa nama :)

::RENUNGAN RAMADHAN 6::

Abu Hurairah berkata Nabi (saw) bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi tiada yang diperolehinya kecuali rasa lapar dan berapa banyak orang bersembahyang malam, tetapi tiada yang ia perolehi selain dari rasa mengantuk” (hadis riwayat an-Nisai dan Ibn Majah) Yang dimaksudkan oleh Nabi (saw) ialah orang yang berpuasa hanya dengan berlapar tetapi tidak kerana mencari keredhaan Allah serta tidak kisah dalam menjaga adab-adab dan batas-batasnya yang lain. Semoga Allah menjauhi kita dari termasuk ke dalam golongan ini; golongan orang yang berlapar dahaga tetapi tidak memperolehi apa-apa; puasa tidak diterima; dosa tetap tidak berampun. Semoga Allah swt menerima puasa kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan membantu kita ke arah meningkatkan kualiti puasa kita.
p/s: semoga puasa kita diterima disisi ALLAH :)

Friday, August 5, 2011

::PUTUS TUNANG::

ASSALAMUALAIKUM
adeh~ dah lama rasanya cikna xcakap benda2 merepek ni.. hehe
arini masa tgh godex2 kat blog orang asyik terjumpa perkataan ni jek "putus tunang". KHAIRUL FAHMI putus tunang, ALLY ISKANDAR putus tunang, xsangka bulan2 puasa cam ni pom ramai nak berputus tunang. bawak2 bersabar n bertenang yer. malas nak mengulas panjang cuma apa yang nak dikatakan di sini masa bertunang bukan main meriah. ala arab la, ala hindustan la.. apa yang cikna tau dalam ISLAM jika bertunang majlis 2 cukupla 2 buah keluarga je tau. dr segi syara' pom tidak ada majlis khas dalam pertunangan melainkan pernikahan :)

p/s: doakan cikna lak cepat bertunang :)

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...