Abu Hurairah berkata Nabi (saw) bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi tiada yang diperolehinya kecuali rasa lapar dan berapa banyak orang bersembahyang malam, tetapi tiada yang ia perolehi selain dari rasa mengantuk” (hadis riwayat an-Nisai dan Ibn Majah) Yang dimaksudkan oleh Nabi (saw) ialah orang yang berpuasa hanya dengan berlapar tetapi tidak kerana mencari keredhaan Allah serta tidak kisah dalam menjaga adab-adab dan batas-batasnya yang lain. Semoga Allah menjauhi kita dari termasuk ke dalam golongan ini; golongan orang yang berlapar dahaga tetapi tidak memperolehi apa-apa; puasa tidak diterima; dosa tetap tidak berampun. Semoga Allah swt menerima puasa kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan membantu kita ke arah meningkatkan kualiti puasa kita.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQKvh2Jp3ganfRh_vcRRbrmJILXF3oM2ti0FnLJWbuoKkYkqKpyxkW-s7Czg84H17jVMvbTu5Evx9HMG-n4f4ONoX_fxYXrLVq2s7-aZ3iZlIqj9etVox69mOfECKhIvOYprkwglvCqbk/s400/12.jpg)
p/s: semoga puasa kita diterima disisi ALLAH :)
No comments:
Post a Comment