Monday, September 10, 2012

:: IKAN BAWAL MASAK STIM ASAM BOI ::

assalamualaikum makcik senah, cik kiah dan kak limah semua. apa kaba sehat ke idak? petang2 ni sambil dok layan sembang kat tangga dan cari gutu meh intai resipi utk makan malam. uihhhh!! arini chef na nak kongsi resipi yang boleh memecahkan liur makcik2 kakak2 sekeluarga. dr kita dok makan ikan tambang singgang atau ikan selayang goreng, meh cni chef na nak tunjuk ajar buat IKAN BAWAL STIM ASAM BOI. simple jek cik non oi.. 


BAHAN-BAHAN:
Ikan bawal sekor
1 biji bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih di mayang
sedikit halia di mayang
serai dihiris nipis2
cili dipotong
air asam limau
asam boi putih yang besar
kicap ikan secukup rasa
air
CARA-CARA:
masukkan ikan yang telah dibersihkan dan dikelar di bahagian badan ke dalam kuali. masukkan air agak2 ikan tenggelam. kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas dan masak dalam api sederhana sehingga betul2 masak. pastikan kuali anda ditutup. cikna gunakan asam boi putih yg besar dan asam boi ni dia mmg ada rasa manis2 masam jd xperlu lg nak letakkan gula. jika suka lg masam bulih letakkan leih sedikit air limau . 


okeh dah siap. bolehla hidangkan bersama nasi panas2 beserta air paling sedap iaitu skyjus!!!

Saturday, September 8, 2012

:: RESIPI NON-BAKED CUP CAKE YG COMEL ::

assalamualaikum
di malam yg indah ni cikna nak berkongsi resepi. uishh... resepi pe yer? cer teka?? cer teka? ni festime la cikna buat. alhamdulillah menjadi dan agak comel.. ok jgn muntah yer xcaya???? tgkla kat bawah ni.. sikitla punya susah tau cikna membuat cupcake ni tp dapat buat sebiji jek. hehe.. jom kita tgk rupa cupcake yang tak perlu bakar ni.

nak resepi x?
anda cuma perlu kain felt, fiber, benang dan jarum.. hehe..
jangan marah yer.
bubye!!!!

p/s: org yg suka marah2 nanti cepat tua

Tuesday, September 4, 2012

:: KISAH LIYANA; UNTUNG LAA SAPE JADI CIKGU::

okeh!!! petang yg indah ni ada cerita yg agak panas ttg seorang blogger yang menghentam pekerjaan GURU. yes!!! i'm a teacher dan sy xmeletops pom dgn ape yang dia kata. lantakla apa yang dia nak menaip sbb keyboard ada kat tangan dia dan jejari runcing yang halus manis itu telah menari2 di keyboard dgn pelbagai tohmahan terhadap seorang. mybe yang ajar LIYANA dulu bukan guru kot. let we see what had she write.


Untung laa sape jadi cikgu
assalamualaikum
entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni.
kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.
"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...
betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu
1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!
2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.
3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "
mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.
“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.   sumber
multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^
banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..
aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.
kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...
isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..
Sumber GOOGLE
hohoho... mmg sesedap mulut n rasakan.. korang nilai sdiri la si LIYANA ni macamna. seorg ENGINEER yg bergaji tinggi dan seorang yang pastinya TERPELAJAR. dah xnak tulis berjela2.sekian terima kasih...

p/s:  untung la dia wat isu tergempar gni. ramai p blog dia. naik la rating blog.. haha 

Friday, August 31, 2012

:: KEK LUMUT MAKANAN KAUM DUYUNG::

SELAMAT HARI MERDEKA KE 55!!!!
sejak akhir2 ini sgt jarang cikna merapu merepek kat blog. kemalasan yg datang bertimbun2 menjadikan segala kerja tertangguh. tahun 2012 yg penuh kemalasan sejak dr awal sehingga hampir ke penghujung sudah. walaupun dalam kemalasan yg terlampau sempat juga cikna menyelongkar dapur maka tersedia lah KEK LUMUT. terciptanya kek lumut ini yg dicedok resipinya dr blog KAK ITA sambil melayan cerita ikan duyung filipina iaitu DYESEBEL. tetiba cikna membayangkan diri berada ditengah lautan dan menjadi seekor ikan duyung yg sedang menjamu selera kek lumut ini. kikiki... terperasan sekejap.. 
okeh! dah xpayah berangan lagik. kek ni sgt senang tp nunggu nak makan lama sgt. sempat habis layan cter DYESEBEL sampai 2 episod. cikna layan cter ni kat www.tonton.com.my. kek yg cikna buat ni xlawa macam kakak2 yg profesional buat tp cikna jamin rasanya sgt sedap. kawan2 puji tau.. hakhak... kombang lobang idung den..

KEK LUMUT
By : KAK ITA & KAK DAYANG JACK
Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik

p/s: cikna kukus pakai dapur arang sbb risau kalo gas habis nanti umi marah.. :)

Tuesday, August 14, 2012

::RESEPI SOMTAM::

Assalamualaikum...
pada petang ni cikna nak kongsi resepi sket. how to make papaya salad or kerabu betik atau lebih dikenali sebagai somtam. apa yang anda perlu sediakan adalah:
bahan-bahan:
betik muda yang diparut
udang kering
nise padi (sy xtau bahasa baku org panggil apa) benda ni macam gula putih yg pekat likat. kalo xda ganti je la ngan gula biasa
cili
tomato
limau nipis
kicap ikan
cara buat:
tumbuk semua bahan2 di atas kecuali betik. setelah semua dah hancur dan sebati gaulkan dengan betik. siap! hidang bersama kacang panjang atau kangkung

Monday, August 13, 2012

::CABARAN SEO EYRIQAZZ VS DENAI HATI ::

assalamu'alaikum peeps!!! selamat sahur. sebenarnya tak tau apakah tujuan n3 ini diwujudkan. samada ingin join contest CABARAN SEO atau saje nak promote bloggers yg dah glamer. Ikhlas sy katakan di sini sbnrnya sy tidak menge nali blogger yg bernama DENAI HATI ( sori yer owner denai hati) kalo bro eyriqazz sy mmg kenali beliau dan sering berkunjung ke blog beliau dan sy pernah juga memenangi hadiah GA yg dianjurkan beliau. neway, thanks bro eyriqazz (= 
pasal contest anjuran EYRIQAZZ dan DENAI HATI, apa yg menarik minat sy adalah hadiah2 yang ditawarkan, alhamdulillah kalo dapat, jika tak dapat tak kesah pon. sekurangnya2 kita mencuba. tengok kat bawah yer utk setiap hadiah yg ditawarkan
Hadiah : UPDAted Setakat 26 June 2012
1st Prize - RM500 Cash + ( 20,000 trafik dari Denaihati.com ) + ( iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)2nd Prize - RM300 Cash + (10,000 trafik dari Denaihati.com )3rd Prize - RM200 cash  + 5,000 trafik dari Denaihati.com4-5th Prize - RM100 Cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com6-7 Prize - RM50 Cash each8-10 Prize - RM30 Cash11-20 Prize - RM10 Cash

Entri Pilihan terbaik - RM100 Cash +  iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)

Cari Penaja Contest - RM40 Cash (sudah ada pemenang)

(Additional RM220 Reserve Prize, masih belum decide lagi camne nak agihkan.. Total hadiah Cash dari Eyriqazz + Penaja = RM1,850) 



so kalo korang rasa nak join silalah ke http://www.eyriqazz.com/2012/06/cabaran-seo-eyriqazz-vs-denaihati.html cikna rasa cikna xjoin kot sbb xtau nak cerita apa pasal denai hati ni. kenal pom tidak. )= maaf yer AMIR HASSAN, sy xpernah kenal anda so camner sy nak join GA ni tanpa kenal siapa anda? apa cerita yang akan sy buat pasal anda? nak sharing maklumat kena ada fakta tp sy langsung tiada, yg sy ada cuma sebiji laptop uruk yg baterinya kong dan sy mungkin akan tamat dalam bidang blogging apabila laptop ini bakal dikebumikan.

persoalannya sekarang: patutkah sy hantar n3 ni? sbb sy sdiri xtau tujuan n3 ini ditulis. sekian terima kasih...

Monday, July 30, 2012

::MURTABAK SEDAP!!!::

assalamualaikum
chak!!!! masih ada lagikah pembaca utk blog ni. blog biasa yg pengisiannya biasa yg ditulis oleh org biasa yg bercita2 luar biasa :) sebab dah lama xbebel dan xconteng pape dalam blog ni, arini cikna cuma nak kongsi sedikit cerita dan nak mempromosi juga. apa yg di nak promosikan???? silalah baca n3 ini sampai habis yer :)
actually cikna nak promosi dan nak war2kan di sini ttg murtabak yg dijual oleh ayah cikna. bagi mereka yg berada di KELANTAN khususnya KOTA BHARU inginkan murtabak yang sedap dan halallan toyyiba bolehlah singgah di kedai roti canai poksan yang terletak di JALAN LATING KEDAI MULONG. Murtabak yang dihasilakan oleh kami menggunakan daging segar dr lembu tempatan dan bahan2 yang digunakan juga halal serta bersih. setiap keping murtabak dijual hanya dengan harga RM2.50. murahkan??? so kepada mereka yang berada di KOTA BHARU sila jangan lepaskan peluang merasa murtabak pok san kerana murtabak ini hanya dijual setahun sekali sahaja iaitu ketika bulan RAMADHAN yang penuh berkat ini.



PETA KE KEDAI KAMI

INGIN CUBA?? SILA KE KEDAI KAMI :)



Tuesday, July 17, 2012

:: TUDUNG CHIFFON PELAGAI SAIZ M,L,XL ::

ASSALAMUALAIKUM
pasti ramai di luar sana sedang mencari2 tudung utk digayakan pada hari raya. tudung yg mengikuti syariat yg telah ditetapkan iaitu labuh menutupi dada. Kawan sy sedang mengadakan promosi tudung chiffon 2 layer yg sangat cantik dalam pelbagai saiz dengan harga yg sangat berbaloi. 


ni antara tudung yg ada di jual di laman sosial FACEBOOK beliau. anda berminat sila pm trus ke fb beliau di 

Wednesday, July 4, 2012

:: MARUAH::

assalamualaikum
sekian lama menyepi kini baru cikna kembali melajukan jari jemari di atas papan kekunci dgn niat utk berkongsi pengalaman sebagai seorg guru yg setiap ari berdepan dgn anak2 dr umur 5 tahun sehinggalah ke 18 tahun. 
arini cikna nak cerita ttg seorang pelajar perempuan berumur 12 tahun, masih mentah dan masih tercari2 identiti diri. satu hari rakan baik pelajar ini datang mengadu mengatakan pelajar ini mula mendekati pelajar lelaki yg berusia 17 tahun. sering berjumpa di tandas dan di kawasan belakang sekolah. kami ambil tindakan dengan memanggilnya dan beri nasihat. selepas kami tahu ttg pelajar ini, boleh dikatakan kami sentiasa memantau dan sentiasa mengingatkannya tentang maruah seorang perempuan. takkan kita sanggup melihat pelajar kita rosak?? arini kemuncak kepada kes pelajar perempuan td. dikatakan kelmarin dia keluar dr kelas dan ke tandas dalam jangka masa yg lama ketika kelas tambahan petang. sebaik saja dia masuk ke kelas, dia menangis dan dalam keadaan yg sgt xterurus. kami syak sesuatu telah berlaku tp kami belum lg siasat. sekali lg dia kecewakan kami sbg guru yg sentiasa prihatin ttg dia. di mana silap kami? adakah kami kurang memberikan khidmat kaunseling kpdnya sedangkan dia sentiasa dalam pengawasan kami tp mungkin kami terlepas pandang juga sbb bukan dia seorg yg belajar di situ. kami siasat latar belakangnya serba sedikit. dia sentiasa sendirian di rumah sehingga petang kerana ibu dan bapanya keluar bekerja. 
persoalan di sini, kenapa anak2 perempuan kita menjadi begitu murah harga dirinya? adakah kita guru kurang mengajar ttg akhlak sedangkan pelajar ini seringkali dipanggil guru kaunseling setelah mengetahui sikapnya yg amat mudah dgn pelajar lelaki. bukan ingin menyalahkan ibu bapa tp ibu sendiri seharusnya cakna dengan anak2 gadis yg sedang membesar ini. sepatutnya perhatian yg lebih diberikan kpd mereka agar mereka tidak sesekali tersasar. 

wahai anak2 perempuan,
jagalah maruahmu, angkatlah darjat mu setinggi2nya,
suatu ketika dahulu, seorg nabi mengangkat maruah wanita dgn begitu payah,
dr anak2 perempuan yg ditanam hidup2, 
suatu ketika dulu, wanita dipandang jijik dan maruahnya dipijak2 menyembah bumi,
jangan biarkan ini berulang,
jadilah perhiasan dunia yg sgt mahal harganya,
jadilah seperti semalu yg kuncup ketika disentuh,
diperisaikan dengan iman yg ibarat duri yg menusuk jari bila disentuh,....
-zalina hassan zamri(1211 am, 4/7/2012)-

p/s: cikna perlukan cadangan dan solusi utk perkara di atas... didahulukan dgn jazakallahu khairan khatira

Friday, June 1, 2012

:: PERLUKAH MENCARI JODOH??::

Bercakap tentang jodoh ia mmg sesuatu yg kita tak dapat nak tafsirkan. Jodoh merupakan rahsia ALLAH swt sebagaimana saat matinya kita. kita tahu bahawasanya kita akan mati tp kita tidak tahu bilakah, di manakah dan bagaimana caranya kita akan mati. begitu juga dengan jodoh, dengan siapa dan bagaimana orangnya pasangan kita, semuanya kita tidak tahu. Tp yang pasti utk mendapat jodoh yang terbaik kita kena baiki diri kita dahulu, insyaALLAH pasti yang tercipta untuk kita akan memadani dengan diri kita. 
        Mari kita kongsi satu cerita, ada seorang yg sy kenal beliau seorang lelaki, sebelum beliau berjumpa jodoh yang sebetulnya beliau pernah meminang beberapa orang sebelum ni. tunang yang pertama adalah aturan keluarga. keluarga lelaki suka keluarga perempuan suka maka bertunang la mereka walaupun masing2 tak pernah mengenali. namun pertunangan mereka tidak sampai ke jinjang pelamin kerana si perempuan tidak dapat terima lelaki ini walaupun si ayah perempuan paksa sekalipun. jadi si lelaki pasrah<< putus tunang. tak berapa lama kemudian keluarga si lelaki pergi merisik seorang lagi, si perempuan setuju tp si lelaki tak setuju dengan pilihan tersebut kerana rupa-rupanya beliau sudah ada kekasih. so pergila keluarga lelaki ini meminang kekasihnya namun pinangan lelaki di tolak. ayah si perempuan sudah menyimpan anaknya untuk lelaki lain. kecewa lagi si lelaki ini. namun, baru-baru ini ada seorang kawan keluarga lelaki ini datang dari jauh untuk berukhwah  sambil membawa cerita bahawa mereka ingin mencari jodoh untuk anak saudara mereka. tiba-tiba je keluarga lelaki ini berkenan dan mereka masuk merisik, akhirnya alhamdulillah semua setuju dan bakal diijabkabul tak lama lagi.  Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan di sini???? 

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud R.A., dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis- amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”.

1. Apakah jodoh (dan segala takdir lain) yang sudah ditetapkan oleh Allah itu boleh diubah?
Ya dan tidak. Takdir itu tidak bisa diubah oleh manusia, tetapi dapat diubah oleh Allah.
Allah SWT berfirman:
"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh Mahfuzh)." (surah ar-Ra’du [13]: ayat 39) 

2. perlukah jodoh dicari???
Perlu. kenapa?? Cinta itu perjuangan yang perlu diusahakan. Tidak hanya perlu melongok menunggu ia dtg ke mari kerana jodoh itu juga merupakan rezeki dan seharusnya rezeki perlu dicari dan perlu sedikit usaha untuk mendapatkannya. 


P/S: "Maha Suci Rabb yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui..." (Surah Yaasin [36]:ayat 36).

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...