Saturday, May 21, 2011

::TRAGEDI TANAH RUNTUH FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat::

KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, hari ini. Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi- sumber berita harian
setakat ni 5 org mangsa terkorban- sumber berita utama tv3
p/s: semoga anak2 ini terselamat

::STADIUM BARU BAKAL DIBINA DI KELANTAN::

yea!!! berita gembira utk peminat2 sukan dan rakyat KELANTAN terutama peminat bola sepak yg pastinya THE RED WARRIOR..
kompleks sukan bakal dibina dan akan menempatkan sebuah stadium yg berkapasiti 4o ooo org penonton. hebat x? stadium ini bakal dibina di Pasir Puteh.
Kenyataan Media YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.

Sekian.

YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M

*kenyataan ini dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011
p/s: bersukan, berhibur, beramal soleh

Friday, May 20, 2011

::MAHARAJA LAWAK MINGGU 8::

seperti biasa hari jumaat yg ditunggukan ialah VIDEO MAHARAJA LAWAK
xmo cakap byk2 jom layan antara kumpulan feveret cikna JAMBU
mmg kelakar habis

NABIL

:: cara mandi hadas dgn betul::

assalamualaikum
kali ni cikna nak share ttg cara mandi wajib atau mandi hadas dgn betul. kalo kita tidak melakukan mandi hadas dengan betul maka segala ibadah yg kita lakukan seharian adalah tidak sah. boleh dikatakan ramai remaja sekarang tidak tahu bagaimana cara mandi wajib dgn betul. bukan cikna main cakap rambang tp berdasarkan pengalaman ketika bertanya pada beberapa org remaja. malah ada si gadis tidak pernah mandi wajib setelah hbs haid. ini satu perkara yg amat membimbangkan kita. jika mandi wajib pom gadis tersebut tidak tahu bagaimana dgn ibadah lain?
marilah kita sama2 memperbaiki anak bangsa kita
Fardhu mandi

Pertama :

Niat

Keluar mani atau keluar haid dan nifas

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Kedua :

Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.

Ketiga :

Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.

Cara mandi

  1. Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.

  2. Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.

  3. Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

  4. Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.

  5. Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

  6. Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.

  7. Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

  8. Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
p/s: sambil memperbaiki diri sendiri

::FILEM TERHEBAT 2011::

assalamualaikum
uols yg dok luar dr KELANTAN mesti bestkan cam negeri PAHANG, PERAK, KEDAH, SELANGOR, MELAKA, PINANG dll kebanyakannya ada panggung wayang.
kat KELANTAN mana ada panggung wayang. dulu ada 1 panggung wayang kat KOTA BHARU dan cikna pernah menonton wayang kat c2 pada tahun 1998 ketika cikna di tingkatan 2 dan cerita yg cikna tgk pada masa 2 cerita senario the movie. lawakkan?hehehe...
sebenarnya cikna dok membebel ni sbb tringin sgt nak tgk filem2 terhebat 2011 cam
NUR KASIH THE MOVIE
Pirates of The Carribean: On Stranger Tides
p/s: tunggu wisernet upload movie la nampaknya

Wednesday, May 18, 2011

::BERTEMU CINTA-MILA JIRIN/OST NUR KASIH::

jom hayati lirik lagu BERTEMU CINTA nyanyian MILA AF aka MILA JIRIN
Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

Bertemu cinta
Kita akhirnya
Setelah tangis
Tanpa suara
Bertemu cinta
Bagai cahaya
Menyuluh hati
Menjadi kasih sejati

Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan
Bertemu cinta
Di ambang syurga
Mengutus doa
Biar menjadi anugerah

Bertemu cinta
Indah sempurna
Sedetik tidak
Hilang ragu dan percaya
P/S: bila cikna nak bertemu cinta ni...ermmm

::BILA FEDTRI AKAN BERKAHWIN 28 MEI::

assalamualaikum
alahai... frustnyer cikna bila dgr FEDTRI pengacara MHI TV3 bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang guru NURUL ANATI ISMAIL.
mereka berkenalan secara tidak langsung 6 bulan lepas semasa program dari MASJID KE MASJID.
majlis akad nikah akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di PASIR MAS KELANTAN.
sumber: EN NAKAL
p/s: sorang lg jejaka yg hangat telah disambar =p

Tuesday, May 17, 2011

::JOM SERTAI CONTEST CAHAYA MY LIFE::

.::assalamualaikum::.
kepada blogger di luar sana yg singgah ke teratak buruk ni, cikna ada sedikit pesanan ringkas
mohla kita sesama menjoinkan diri ke dalam 1 pertandingan menulis artikal keagamaan. sesama kita berkongsi idea dan pendapat mahupun cerita2 teladan mengikut gaya kita sendiri
sesapa nak join sila lah ke CAHAYA MY LIFE CONTEST
selain itu, uols leh x tolong cikna LIKE n3 artikal yg telah digarap sendiri oleh cikna
silalah klik link di bawak n LIKE pada n3 tersebut
sekian TERIMA KASIH
p/s: tolong menolong amalan mulia :)

Sunday, May 15, 2011

“Giveaway MACARON : By Imaan09 & Cik Ims”

Tempahan macaron di buka dengan rasminya.
Jadi kepada sesiapa yang berminat, bolehlah membuat tempahan. Berikut adalah kriteria2 macaron hasil tangan Cik Ims.

  • Harga macaron Cik Ims ialah RM1.70 untuk sepasang macaron.
  • Kuantiti minimum yang boleh di tempah adalah sebanyak 10 pasang macaron.
  • Perisa macaron Cik Ims yang ada setakat ini adalah coklat ganache, raspberry ganache, mint ganache, & peanut butter.
  • Cara penghantaran macaron. Terpulang kepada pelanggan. Cik Ims tinggal kat Sg.Chua Kajang. Kalau ada sapa2 tinggal dekat2 sini, bolehla Cik Ims direct bagi fresh macaron. Tapi bagi yang tinggal jauh, bolehla Cik Ims poskan macaron tu. Dan dijamin 90% macaron tidak akan hancur dalam proses pengeposan.
Jadi kepada yang berminat atau ada sebarang persoalan, bolehlah menghubungi Cik Ims
0149502700 @ email di faznyzah_12@yahoo.com
sebut jek MACARON aku terbayang macaroni =)) sumpah masa festime dengar benda nim aku mmg xtau apekebenda. cikna org kampung mana kenal beskut omputeh nim. mmg tringin sgt nak try tp kat kelate xpernah jumpa. kuih dorayaki yg doraemon makan ada la. nampak cam sebijik ngan macaron tp macaron lagik comey... skrg, nak tanya MAMA IMAAN camner erk rase macaron? ermmm...tgk gambo jelah.. kalo ada rezeki cikna leh la merasa kuih macaron yg kiut ni.
rompak gambar dr CIK IMS korang yg nak merasa leh la order kat CIK IMS
p/s: n3 sticky note

Saturday, May 14, 2011

::penyimbah Asid::

assalamualaikum
wahai wanita yg berada di luar sana terutama di KL
sila berhati2 dengan si PENYIMBAH ASID
perhatikan gambar di bawah
jika ternampak sila hubungi pihak polis
mangsa yg terbaru sehingga hari ni ialah seorang anak polis yg disimbah dgn asid di seksyen 10 WANGSA MAJU.
dan menurut satu lagi maklumat dari OH!TIDAK
MOTOR SUSPECT PENYIMBAH ASID
HONDA EX5 WPV 4963
p/s: kalo jumpa dia nim mau jek cikna bg makan rimau!!!

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...