Showing posts with label rencana. Show all posts
Showing posts with label rencana. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

::sendat, ketat, singkat::

apakah budak ini faham maksud bertudung dan menutup aurat???

“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”

p/s: patutlah kejadian rogol dan bunuh makin meningkat


♥✿TAMAT♥✿

Sunday, January 9, 2011

::Facebook akan ditutup::

Mark Zuckerberg akan menutup FACEBOOK (betul xperkataan ni) pada tanggal 15 mac 2011, betul ke????
nampaknya bila fb ni ditutup sunyi la dunia MZ nak merapu kat status.
tp elok juga kalau benar khabar angin tersebut. korg2 atau adik2 yg masih study lepas ni tlg concentrate belajar. dah xpayah nak berFB lg. korg2 yg keje lak xdala megular main game kat .
s0bsob.... MZ da xdpt nak tanam sayur2 kat farmville lg. da xdapat nak masak kat cafeworl lg. (oit!! semua game leh main kat zynga la) ~sila baca lam nada sedey n pasang muzik latar yg pilu
jom kta tgk pe Mark Zuckerberg ckp nape dia nak tutup FB

Mark Zuckerberg said, “Facebook has gotten out of control and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

o0o0o0..... patotla awk nak tutup fb kan

tp
.
.
.
.
semua yg di atas adalah khabar angin belaka. Sbnrnya FACEBOOK xkan ditutup dan uols leh truskan segala aktiviti menggosip dan meluahkan perasaan terpendam di FB...
Mark Zuckerberg saje nak wat korg terkezutttttt!!!!

♥✿TAMAT♥✿

::khasiat ulam-ulaman::



::salam::

tadaa... uols lunch dgn apa today? hopefully uols makan makanan berkhasiat dan boleh membekalkan tenaga sepanjang hari. MZ suka makan ulam2 tp xsemua ulam MZ makan. ada beberapa jenis ulaman yg dapat ditelan oleh tekak ni.

1. peria katak
Peria atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayuran yang pahit rasanya. Di pasar-pasar kita biasanya dapat melihat dua jenis peria. Ada yang panjang dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’ yang mempunyai warna hijau tua. MZ paling suka makan peria katak dr peria yg biasa. peria katak lebih pahit berbanding dengan peria biasa. khasiat utama peria katak ini adalah dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing. Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Peria jugak dapat merawat buasir, kudis buta, dan juga mengatasi masalah kesan pengambilan alkohol.

biasanya kalo peria katak ni MZ juz goreng ngan telur.. mmg sedap...

2. Pucuk Gajus
Pucuk gajus atau nama saintifiknya Anacardium occidentale dikenali sebagai pucuk ketereh di kelantan. Pucuk ini MZ biasanya makan mentah dicicah dengan sambal belacan tp leb
ih sedap dimakan dengan budu n ikan bakar bersama nasi panas2. confirm mak mentua lalu xsedar. Antara khasiat pucuk gajus ini ialah khasiat awet muda, mengekalkan kesegaran tubih badan, merawat kencing manis dan darah tinggi.

3. kacang botol

Kacang Botor (nama botani, Psophocarpus tetragonolobus) juga dikenali sebagai kacang botol, kacang kelisa, kacang sirek atau kalkang (anda panggil apa ye??).. Ia sejenis tumbuhan kekacang menjalar yang memanjat atau melilit. sama macam pucuk ketereh XD makan cicah budu + ikan kembung bakar. nyangkut (dialek klate). Ia mengandungi protein, kalsium,besi dan vitamin A. Nilai kandungan protein yang terdapat pada kacang botor lebih tinggi berbanding dengan sayuran kekacang yang lain. Bagi mereka yang diserang demam campak, daun kacang botor yang direbus boleh disapukan bagi melegakan pesakit.

4. Kerdas

Yg ni agak berbau la sedikit sama spt petai dan jering ( berbau byk sebenarnya) terutama ketika lepas buang air kecil tp MZ da lama xberjumpa dgn spesis ni. jering MZ mmg xsuka sgt2 tp petai ok la leh makan terutama yg jeruk. sedap!!! kerdas atau nama saintifiknya Archidendron bubalinum mempunyai khasiat dalam melancarkan pembuangan air kecil dan mencuci perut.


p/s: ulam2 yg dimakan begitu saja ni biasanya MZ cicah ngan BUDU (resipi budu Mummy MZ pernah dipostkan satu ketika dulu)

♥✿TAMAT♥✿

Tuesday, December 28, 2010

::HILANGKAN SUNBURN::


kekawan ckp muka MZ da terbakar.. huwaaa!!! hati nim pom terbakar juga. kta dah mmg xlawa pastu terbakar lak da jd double2 dark bkn tank da DARK. what to do??? pakcik go0gle tulong MZ kembalikan kulitku yg asal. Jom go0gle... so beberapa petua telah dhimpunkan dr serata dunia. Check it out!!!
1. Parut ubi kentang dan timun, gaul rata pastu sapu kat sunburn. biar selama 10 minit pastu cuci bersih.
2. potong aloe vera dan kopek amek isi je. lumurkan di bahagian yg terbakar. kalau aloe vera ni kita amalkan selalu elok utk kulit tau. macam kita sapu losen (lembapkan kulit). guna aloe vera lg jimat dan xmerbahaya sbb xda bahan kimia.
3. Guna yogurt. mcmane? blend jek yogurt dgn timun (leh jugak pakai telur kuning) pastu buat mask. kesannya kulit muka tegang dan mengurangkan kesan sunburn.
4. Tembikai pom boleh. hiris nipis2 pastu tekan kat muka selama 2o minit pastu bilas bersih. tembikai ada zat astrigen yp boleh menyejukkan kulit yg terbakar sbb matahari.
5. Nak guna mayonis pom boleh. sapu jek kat muka selepas terkena sunburn.
6. Tomato juga boleh menghilangkan “sun-burn”. Caranya ialah sama ada andabelah 4 tomato itu dan gosok di muka, atau boleh juga kisar dan pupurkan diwajah. Insya-allah, “sun-burn” itu akan berkurangan.


p/s: lenkali kalo nak berjalan sila pakai sunblock...

♥✿sekian♥✿

Monday, December 27, 2010

::cinta adam dan hawa::

Cinta adam dan hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menggerakkan nurani
Mencari kasih suci
Sehingga kita yg tertinggal saling damba
Sentiasa rasa sunyi bersendiri

Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaan ku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku

Cinta adam dan hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Cinta adam dan hawa
Satu harapan, satu sandaran
Buat diriku rindukan dia

Kau yang aku puja
Kau yg aku cinta, oh
Kasihku di Firdausi

Cinta adam dan hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menjadi saksi impian murni

tidak ada sesiapa dalam dunia ini ingin hidup sendirian. Setiap yang dicipta pasti ada pasangannya. MALAM dgn SIANG. BULAN dgn BINTANG. KIRI pastinya KANAN. LANGIT dan BUMI. OMBAK dan LAUT. semuanya sempurna berpasangan tidak terkecuali manusia yg pasti sudah dicipta pasangan sebelum lahir ke dunia lg.

Mungkin kita tertanya-tanya bilakah kita akan mendirikan sebuah istana bahagia? Adakah si dia yg kita sayangi adalah pasangan sepanjang hayat kita? betulkah dia jodoh kita? Sebagaimana ALLAH telah mencipta ADAM dan HAWA, begitulah juga kita. Usah gusar dan risau tentang jodoh walaupun di dunia kita tidak bertemu jodoh di akhirat pasti ada yg menuggu samada bidadari atau wildan yg gagah perkasa serta lembut pekerti. Namun, Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan kita dengan pasangan kita.


p/s: juga utk diri sendiri. buka mata buka hati

♥✿sekian♥✿

Monday, December 20, 2010

::kenapa cheese ada lobang::


n3 ini dibuat disebabkan ingin menjawab persoalan yg diutarakan oleh qasih
beliau bertanya pd MZ "kenapa cheese ada lubang" dlm n3 cheese oh keju
MZ telah meninjau dalam Go0gle. mohla kta baca nape en cheese nim berlobang2 ropanya

Lubang yg terbentuk pd cheese sbnrnya adalah akibat drpd sejenis bakteria yg bernama propionic. bakteria ini juga menyebabkan rasa manis dan lemak pd keju. semasa proses pemeraman en. bakteria ini akan mengeluarkan gas yg akan membentuk gelembung dalam cheese. oleh sebab itu apabila cheese mengeras atau da jd gelembung yg terbentuk kat dalam cheese itulah yg menyebabkan cheese tersebut berlubang. bukan sebab tikus atau ulat yg mengoreknya erk. kalo nak tau lebih lanjut tanyalah en go0gle..

♥✿sekian♥✿

::khasiat COKLAT::


Nyum!nyum! nyum!

Sedapnyer coklat ni. Tgh mamam coklat yg byk2 ni tetiba plak tringat pasal coklat ni leh wat seseorg gomok. Xkesahla MZ mmg gemuk berisi pom tp chummy tau. (start da perasan)

Sambil2 mamam coklat ni jom kta baca apa yg coklat leh wat kat badan kta

Chect it out!!

1. COKLAT BAIK UTK JANTUNG

Coklat kaya dengan bahan antioksida spt cathechin n phenol dan dpt membantu pencegahan sakit jantung dan kanser. Kajian American Association for the Advancement of Science’s mengatakan bahawa makan makanan yg berkhasiat termasuk coklat dapat mengelakkan sakit jantung. Coklat hitam atau Dark Chocolate mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

2. COKLAT RENDAH KOLESTOL LDL

Apa itu kolestrol LDL? Kolestrol LDL adalah kolestrol jahat (bkn bermaksud kolestrol nim pencuri @ pembunuh) kolestrol yg xelok utk badan. Kajian megatakan makan dark chocolate boleh mengurangkan kolestrol LDL.

3. COKLAT BOLEH MERENDAHKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Koko dalam coklat mengandungi bahan campuran yang dipanggil oxide nitric yg dapat membantu merendahkan tekanan darah serta membantu melancarkan aliran darah.

4. COKLAT DAPAT MEMBUATKAN SESEORG GEMBIRA

Dengan memakan coklat, kita boleh merasa gembira dan merubah mo0d kta. Makan coklat nim leh wat perasaan seperti dilamun cinta sbb coklat membantu badan kita merembeskan endorphin. Hebatnya coklat ni.

5. COKLAT KAYA DGN BAHAN ANTIOKSIDA

Antioksida sgt glamer di kalangan perempuan. Sendiri mau ingat la. Coklat membantu melambatkan penuaan sbb kaya dgn antioksida.

Dah baca? Best x coklat? Best kan.. tp sendiri mau ingat apa pun yg kita makan jika berlebihan mesti ada keburukkannya. Jd makan 2 ingat2 la sket, diri sendiri juga.

NILAI PEMAKANAN COKLAT PUTIH DAN COKLAT SUSU
Kandungan Zat 8oz. Gelas (atau ½)

ZATCOKLAT PUTIHCOKLAT SUSU
Kalori168205
Protein gms.8.57.0
Kalsium gm.0.200.26
Fosforus0.220.22
Vitamin A I.U.375338
Tiamin mg.0.080.07
Riboflavin mg.0.410.37
Niasin mg.0.210.25

Sumber : Persatuan Pengilang Coklat



Friday, December 17, 2010

::cheese oh keju::

Hallo0o0o0o0

N3 kali ni adalah sesuatu yg berinfomasi sedikit

Sapa suka makan cheese angkat tangan

Wah!! Ramai glak suka makan cheese

MZ xterkecuali suka makan cheese especially bila letak lam sandwich xpom bakar ngan roti pom sedap

Paling suka makan cedar cheese

Pssttt org kata makan cheese nim gomok rosak diet bg yg berdiet

Jom kta kenal nama2 cheese

1. Camembert

Keju lembut dari Perancis ini pertama kali di buat pada abad ke-18 di desa Normandia. Comembert terbuat dari susu lembu, teksturnya sangat lembut dengan warna creamy yellow. Keju ini mengandung lemak antara 45% – 50%. Selain enak atau sebagai table cheese, juga sesuai untuk campuran omelette, isi souffle, pancake atau apple pie.

camembert

2. Ricotta

Keju Ricotta berasal dari Italia. Keju lembut dari susu lembu ini teksturnya sangat lembut atau lembik. Kandungan lemaknya termasuk tinggi, mencapai 65 %. kombinasi rasa yang berminyak dan lazat dengan aroma harum menjadikan terasa sesuai dipadukan dengan aneka masakan pasta Italia seperti Lasagna dan Spaghetti.

ricotta

3. Brie

Brie termasuk kategori soft cheese dari Preancis. Ciri khas keju ini adalah kulit luarnya berwarna putih dan bahagian dalamnya lembut meleleh. Aromanya tajam dan kandungan lemaknya tinggi (45%). Brie sangat sesuai diguna sebagai bahan campuran salad, dimakan dengan buah olive maupun pickle.

brie

4. Cream cheese

Di pasaran kita dapat menemukan dua jenis cream cheese, double cream cheese adalah pilihan pertama dengan kandungan lemak 65% dan cream cheese(45% lemak) pilihan lainnya. Berbeza dengan jenis keju lainya, cream cheese memiliki rasa yang sedikit masam. Umumnya keju ini digunakan pada hidangan penutup, misalnya chesse cake, sebagai isi pie, atau dimakan bersama potongan buah-buahan.

cream cheese

5. Mozzarella

Mozzarella adalah keju Italia yang aslinya berasal dari susu kerbau liar. Keju halus dengan kandungan lemak antara 40 – 50%. Mozzarella akan meleleh ketika dipanggang, sangat sesuai untuk topping pizza maupun campuran fritata.

mozarella

6. Edam

Salah satu keju asal Belanda yang popular. Teksturnya keras dengan aroma menyerupi kacang. Kandungan lemak keju ini sekitar 40%. Yang membezakan dengan keju lain adalah rupanya yang biasa terbungkus lapisan sejenis lilin berwarna merah. Edam sangat sesuai untuk campuran kuih kering seperti aneka cookies atau taburan pada hidangan panggang.


edam

7. Parmesan

Salah satu jenis keju keras dari kota Parma, Italia. Pada umumnya berbentuk silinder dengan warna kuning muda. Teksturnya keras, sesuai untuk keju parut. Aroma Parmesan cukup tajam kerana proses pemeraman yang cukup lama, antara 14 bulan sampai 4 tahun. Keju ini sangat sesuai untuk taburan pizza, sup dan juga aneka pasta. Kandungan lemak keju sekitar 61%.

parmesan

8. Cheddar

Salah satu jenis keju asal Inggris yang paling banyak pengguna di seluruh dunia. Rasanya yang lazat dengan aroma tidak terlalu tajam menjadikan cheddar sesuai digunakan untuk masakan apa saja. Sajian casseroles, soup, isi sandwich dan salad terasa lebih lazat dengan penambahan keju ini. Cheddar mengandung lemak 48% dengan masa pemeraman 9-24 bulan.

cheddar

9. emmenthel

Asal dari keju ini berasal dari Swiss, salah satu keju keras yang cukup popular. Emmenthal memiliki ciri-ciri yg berbeza dengan keju-keju lain, bentuknya unik karana jika dipotong akan terlihat lubang-lubang yang terbentuk selama proses pemeraman. Keju ini banyak disuka kerana cita rasanya lembut dan aromanya yang kaya.


emmenthel



p/s: thanks 2 uncle go0gle for d pix
♥✿sekian♥✿

Sunday, December 5, 2010

::cara melepaskan tekanan::

di tengah malam yg mulia n suram serta sunyi sepi ini
(lol baru pkul 10.40 ingat da pkul 12.00)
hari ini kita akan bercakap pasal cara mengurangkan STRESS!!

anda STRESS???!!

bagaimana cara anda menghilangkan STRESS
http://matcuoi.com
jom skodeng apa misz buat bila stress
http://matcuoi.com

1. buat sesuatu yg tidak pernah kamu lakukan dan nikamati perkara tersebut
(misz bila stress masa kat UKM dulu misz menari n melompat2 kat court bola jaring depan UKM pada tgh2 malam sambil skodeng PALAPES kat kolej husin)
http://matcuoi.com
2. mengintai pondan yang mempamerkan pelbagai aksi di depan metro kajang pada jam 12.00 tgh malam ke atas (konpem hilang stress pas2 gelak guling2)

3. minum sup lam plastik guna straw (best wo0o0o0o0o... trase betul2 sup tu masuk lam tekak)

4. SHOPPING pas2 SKODENG barang2 sambil jeling2 cuci mata
(yg ni ramai jek org buat.. trus ilang stress bila tgk barang tp misz rasa makin stress kot sbb dpt tgk jek xdapat beli)
http://matcuoi.com

5. lagi cara hilangkan stess ialah TIDUR. part paling best bila stress jek masuk bilik kunci pintu (DONT DISTURB) pas2 Zzzzzzzzzzzzzzz...

walau apa pun cara yang dilakukan utk hilang stress sebenarnya cara yang terbaik adalah mendekatkan diri denganNya. sesungguhnya DIAlah tempat kta mengadu dan apabila kta mengadapNya segala kerisauan dan tekanan dalam jiwa Insyaallah hilang.


p/s: lehla nak kongsi cara korang hilangkan stress. kot2 lepas ni misz leh amek cara korang lak

♥✿sekian♥✿

Thursday, December 2, 2010

:: SUATU BUNYI YANG INDAH::

bloggers sekalian,
cuba anda tutup telinga anda selama 5 minit dan berkomunikasi dgn org sekeliling
ataupun cuba anda menonton tv tanpa membuka bunyi
apa yang anda rasai???
adakah anda dapat memahami setiap patah perkataan yg dilontarkan oleh pelakon2 atau org2 sekeliling tanpa mendengar???
bagaimana pula yg dialami oleh golongan yg cukup istimewa yg tidak pernah mendengar sejak kecil lg?
tergerak hati mz utk membuat satu artikel mengenai CUED SPEECH ataupun PERTUTURAN KIU setelah menonton Rancangan Bersamamu TV3 bertarikh 1/12/2010

"SUATU BUNYI YANG INDAH"

Pertuturan KIU yg dikenali pada hari ini merupakan hasil usaha keras seorang lelaki yg bernama DR. RICHARD ORIN CORNETT. Beliau merupakan Naib Presiden Kolej Gallaudet (kini menjadi universiti) yang terletak di Washington D.C. Universiti ini merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi di dunia yang khusus untuk pelajar cacat pendengaran.

Pertuturan kiu merupakan isyarat tangan untuk membolehkan golongan pekakuntuk bercakap.. Pertuturan kiu mengunakan bentuk-bentuk bagi memandu bunyi-bunyian . Selain itu, bentuk-bentuk yang dilambangkan (kiu) ditentukan pada kawasandimana bentuk tangan menentukan bunyi-bunyian tangan. Misalnya 8 bentuk tanganmembentuk huruf konsonan dan 4 bentuk tangan membentuk huruf vokal. Seterusnya,pertuturan kiu menggunakan bentuk-bentuk bagi memandu bunyi-bunyian.

Kanak-kanak pekak belajar melalui pertururan kiu seperti mereka belajar bahasaisyarat. Melalui kaedah pertuturan kiu khusus kepada bahasa melayu, setiap suku katayang diucapkan dapatdilihat dan didengar pada masa yang sama. Tujuan utama pertuturan kiu adalah digunakan sebagai medium bahasa kanak-kanak. Pertuturan kiudapat membantu sebutan setiap perkataan dan ianya sangat membantu melalui gabungan dengan terapi artikulasi.

Bagi mereka yang mempunyai anak2 istimewa ini, anda bolehlah menghantar anak anda ke PUSAT PERTUTURAN CUED yang terletak di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Anak2 istimewa ini mampu menguasai 3M dalam masa 2 minggu sahaja (mengikut salah seoarng ibu yg menghantar anak mereka ke pusat ini). Janganlah disia2kan anak2 ini. Mereka juga mahu menjalani kehidupan seperti manusia normal.

BERSAMAMU juga ada menemuramah seorang bekas pelajar di pusat ini iaitu Iffah yang kini merupakan seorang guru di PUSAT PERTUTURAN CUED ini. Kini Iffah boleh bertutur seperti org normal walaupun bunyinya agak sengau sedikit. Bg misz ini merupakan satu keajaiban di mana seorang yang tidak pernah mendengar bunyi mampu mengeluarkan bunyi dan bertutur. Sungguh menakjubkan.


p/s : hargailah pendengaran anda. dgrlah alunan g indah spt zikir2 memuji ALLAH

♥✿sekian♥✿


::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...