Saturday, June 18, 2011

::TOBASCO PEPPER SAUCE TIDAK HALAL::

DNA Babi – Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi


KUALA LUMPUR 15 Jun – Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

“Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

“Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

Sumber : Utusan Malaysia


erk!!!!
lepas ni ntah pa lagik. masak sdiri pom lom tentu halal disebabkan bahan2 utk memasak 2 xterjamin. adoyai!!! camner la nak hidup di dunia zaman SERBA CANGGIH ni.. penat mak!!!
JAKIM perlu kuatkan lagik dalam pemantauan.. kena usaha lebih sket... kesian kami org ISLAM cam dianiaya plak. sos 2 mmg feveret cikna sbb dia sgt pedas. sobsob :(
p/s: kena samak perut x? :(

No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...