Saturday, May 12, 2012

::FELTCRAFT::

assalamualaikum...
sekali lagi cikna mungkir janji... sebelum ni berjanji nak hapdet blog tiap2 hari tp cikna xmampu disebabkan kebizian yg melanda.. sekarang cikna mula bz dengan hoi baru yg suka2 utk diri sdiri tp dah jadi bisnes... hobi yg agak popular pada ketika ini iaitu feltcraft.... sebagai newbie dalam bidang ni, cikna cuma mampu menyediakan keychain dgn beberapa pattern yg biasa2 saje. kebanyakannya kawan2 sekolah adik cikna yg tempah. xdala banyak sgt tp cukup memberangsangkan jugala... sebelum cikna undur diri, cikna nak tinggalkan sekeping gamb craft yg cikna telah buat. kalo ada nak komen dipersilakan... semoga komen anda akan membina lg semangat saya... terima kasih :)

Tuesday, May 1, 2012

:: FOTO BFF CONTEST::

assalamualaikum n selamat petang
hi allzzzz!!!!!
cikna perlukan pertolongan dr korang2 yg chumilll semua
cikna masuk satu pertandingan LIKE MENGELIKE NI kat fesbuk jd cikna harap korang xkedekut 1 vote utk gambar cikna n BFF cikna yer... caranya mudah saja n seperti di bwah:
1. like dulu page JELITA2U
2. like gambar cikna n BFF cikna
itu saja.. segala jasa korang amatlah dihargai. sekian terima kasih :)

Sunday, April 29, 2012

:: BERFIKIR POSITIF ::





"Usah cerita la tentang kejayaan hidup.. apa erti kejayaan pun aku sudah tak tahu.. nak hidup senang dan bahagia macam orang lain? Kirim salam aje laa.. langsung tak nampak la bayang-bayang kebahagiaan tu.. tu sume nonsense laa.. tak wujud pun.. kenapa dunia ni terlalu kejam terhadap aku? Padahal aku tak buat salah pun kat orang lain.. aku tak pernah sakitkan hati orang lain.. aku tak pernah kacau hidup orang lain.. kenapa orang lain nak menyakitkan hati aku? Aku tak pernah mintak dilahirkan begini.. tinggalkan aku seorang diri.. aku tak pernah pun nak menyusahkan hidup orang lain.. tak boleh kah aku mengecapi bahagia sebagaimana orang lain..”


ok. CUKUP!!!! berhenti meratapi nasib sebegini. perlu ke anda mengeluh dengan atas apa yg terjadi? beginikah sikap seorang yg mengaku beragama ISLAM? duhai sahabat, seharusnya kita twist minda kita supaya menjadi lebih berfikiran positif. 


"Tiadalah menimpa suatu musibah di dalam bumi ini, atau di dalam dirimu sendiri, melainkan semuanya itu telah tertulis di dalam Kitab, sebelum ia terjadi dahulunya. Semuanya itu bagi Allah mudah saja. Supaya janganlah kamu sekalian berdukacita mengingat barang yang telah hilang dan jangan pula bersukacita atas barang yang datang kepadamu, dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (QS Al-Hadid: 22~23)


wahai saudaraku, seringkalilah kita muhasabah diri dan janganlah kita selalu memandang melangit. pandanglah ke bawah juga sekali sekala kerana dgn memandang ke bawah kita akan lebih bersyukur dalam kehidupan kita. jangan ditanya kenapa kita xmampu memiliki kasut yg mahal sedangkan ada di antara saudara kita langsung xdapat memakai kasut. dalam apa jua keadaan sekalipun senjata utama bg seorang muslim adalah berdoa, maka, pohonlah doa dr ALLAH supaya ditenangkan hati dan diberi kekuatan yg secukupnya. 



p/s: positive thinking :) jz smile

:: JOM TERJAH ::

petang2 camni layan kacang shandong sambil blogging n fesbuking dan BERSIHkan dunia kecil, tiba2 datang idea nak buat sesuatu. cikna kali ni nak wat segmen TERJAH!!!! org pertama yg cikna tringin nak terjah adalah blogger yg pernah mencuba nasib dalam teka barang2 lama. jawapan yg diberikan beliau semua adalah betul. yea!!! clap ur hand ^_^
beliau adalah CIK SYUHADA

Jom terjah blog beliau apa yg ada di sana. klik je nama beliau :)

Saturday, April 28, 2012

:: PELAMIN FASHA SANDHA ::

assalamualaikum
salam hujung minggu.. arini cikna nak kongsi cerita tentang persiapan perkahwinan JEJAI dan FASHA SANDHA. firstly, cikna nak ucapkan setinggi tahniah utk mereka berdua kerana telah pon melangsungkan perkahwinan. memandang pelbagai cerita hangat yg telah dicipta oleh mereka, akhirnya mereka bersatu jua. semoga jodoh ini kekal untuk selamanya.
 tujuan entri ini dicipta adalah utk menceritakan sedikit sebanyak ttg persiapan kahwin FASHA dan JEJAI. Pelamin perkahwinan mereka disiapkan oleh k.intan yg ku kenali. Glamer k.intan jap ag. hoho... mmg meletops bila dapat projek dgn artisyg penuh kontroversi. kat bawah ni cikna selit sket gamb yg dikidnap dr FACEBOOK K.INTAN. 

perkahwinan FASHA dan JEJAI telah diadakan di HOTEL CROWN PLAZA, KL.

p/s: kawan cikna yg kahwin ramai amek plamin ngan k.intan.. meletops... 

Tuesday, April 24, 2012

:: HADIAH DARI WARDINA SAFIYYAH ::

"Tuah ayam nampak di kaki
tuah manusia tiada siapa yang tahu"

tuah apakah yg dimaksudkan ini?? bukan hang tuah mahupun H.M Tuah tp tuah yg dimaksudkan di sini adalah apabila cikna bertuah dipilih untuk menerima sedikit sumbangan atau tanda ingatan dr kak WARDINA SAFFIYAH. Cenderahati apakah yg telah diberikan oleh kak dina kpd cikna??? kenapa beliau menyumbangkan semua ini kpd cikna? ermmm.... inilah yg dikatakan seagai tuah manusia tiada siapa yang tahu. sebenarnya dgn izinNya, pada pg Jumaat yg damai cikna telah menjadi pengomen pertama dalam FB Official Wardina Safiyyah dan kakdina telah menjanjikan akan berkongsi rezeki berbentuk stok ubat gigi MUKMIN. sbb tu gigi cikna bersinar skrg ni *wink*

stok ubat gg MUKMIN setahun

surprised sgt bila dalam bungkusan itu bukan hanya ubat gigi tp juga beberapa  tanda ingatan yg lain. paling best ialah buku BEDUK DIKETUK
ALHAMDULILLAH... inilah dikatakan rezeki dan tuah manusia yg kita xpernah tahu. apa pun cikna ucapkan a million thanks to k.dina for d all surprising gift. THANKS A LOT....

p/s: rezeki kurniaan ALLAH adalah dalam pelbagai bentuk dan ALLAH akan menunjukkan jalan kepada kita utk ke arah rezeki tersebut... carilah rezeki yg diredhai ALLAH.. 

Monday, April 23, 2012

:: entry berhabuk::

assalamualaikum n good evening.
dah lama xjenguk blog sebenarnya.. tp xpe start arini cikna akan cuba aktifkan balik blogging dgn pelbagai aktiviti dan artikel yg xberapa menarik. bukan cikna bz cuma xda masa nak sentuh netty bila dia perlu dikongsi. lappy adik cikna charger rosak so xda bajet lg nak beli terpaksa la kongsi. tp cikna lebih kpd malas nak guna netty sbb cikna dah ada wendy bila nak on9 tp bkn utk blogging.
cuma ada sedikit cerita di sini, bila semua inginkan setiap tahun adalah menjadi lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya namun bg cikna, cikna masih xmampu menjadikan tahun ini lebih baik dr sebelumnya. its getting worst but im try to fix all my problem... TT__TT
kesedihan melanda tp alhamdulillah cikna hadapi semuanya dgn tenang n senyuman kerana sesungguhnya....

"ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI HAMBANYA DENGAN BEBAN YG XMAMPU DITANGGUNG OLEH HAMBANYA"

akhir kata, senyum selalu dan sentiasa berfikiran positif. sari berita penting dr SWEET SOUR OF L!FE

Tuesday, March 20, 2012

:: AKU TERIMA NIKAHNYA..... ::

aku terima nikahnya ZALINA HASSAN ZAMRI dengan mas kahwin senaskah al-Quran....
erk!!! bila masa cikna kahwin? sy masih single okai. x_x promote diri sdiri la plak. ok! lets be more serious. isu yg ingin diketengahkan kali ini ialah berkenaan mas kahwin senaskah al-Quran. pertama sekali kita lihat dulu maksud mas kahwin. apa itu mas kahwin?

Mas kahwin (mahar)
Mas kahwin disebut juga sebagai Mahar dalam bahasa Arab adalah satu bentuk pemberian daripada bakal suami kepada bakal isterinya dengan sebab perkahwinan.

Diulang sebanyak enam kali di dalam Surah Al-Baqarah dan Surah An-Nisaa’ dan sekali pada Surah Al-Mumtahanah dengan sebutan yang berbeza antaranya ‘sadaq’bererti kebenaran, ‘nihlah’ pemberian wajib, ‘Atiah’ pemberian, ‘qintaran’ harta yang banyak, ‘faridhah’ maskahwin, ‘Ajrun’ kebaikan, disebut dalam firman Allah SWT yang memberi maksud seperti berikut:

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”.[An-Nisaa: 4]

“Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya setelah ia menjadi isteri kamu, maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya dengan sempurna sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah. Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu suami isteri, sesudah ditetapkan maskahwin itu tentang cara dan kadar pembayarannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. [An-Nisaa: 24]

ok. jelaslah di sini bahawa mas kahwin itu adalah pemberian dr sang suami utk si isteri dan ianya adalah wajib. namun, bagaimana pula dengan mas kahwin senaskah al-Quran? al-Quran boleh dijadikan mas kahwin sekiranya si suami TIDAK MEMPUNYAI HARTA utk diberikan kepada isteri maka dibolehkan memberi al-Quran sbg mas kahwin. Tetapi jika tetap ingin menjadikan al-Quran sbg mas kahwin sedangkan si suami mampu memberikan harta kpd si isteri maka mas kahwin al-quran tersebut haruslah diiringi bersama harta lain. 
Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:
“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”
Bersabda baginda lagi yang bermaksud:
“Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”
 p/s: walau apa pun maharnya tetap ku terima dgn redha dan senang hati.. insyaALLAH

Friday, March 16, 2012

:: JOM TEKA BARANG LAMA ::

assalamualaikum sahabat2 blogger sekalian...
rasanya cam udah berbulan2 xhapdet blog ni. uish!! berhabuk.. pastinya korang rindu hasil taipan cikna kan??? perasan macam la ada org baca blog ni... xceli cikna baru balik bercuti bersama2 anak2 ribena ke JOHOR dan MELAKA. dah lama xrasa gumbira bercuti puas2 begini. 
ringkaskan cerita, sebenarnya cikna nak main teka teki sikit dgn adik2 alaf baru tentang item2 yg ada pada zaman dulu kala. adik2 alaf baru ni kenal ke x barang2 yg digunakan pada zaman dulu2 sebelum wujudnya elektrik. jom kita tgk apa barang2 yg cikna snap masa melawat rumah melayu melaka di perigi hang tuah. 
adik2 alaf baru leh jawab dengan tinggalkan komen yer dan tinggalkan skali link blog :)

barang 1

barang 2

barang 3

barang 4

sila namakan keempat2 barang ini.. insyaALLAH sapa yg jawab betul dan tangkas cikna akan promote blog  kamu nanti...

Thursday, March 8, 2012

:: SATU PERUBAHAN ::

assalamualaikum
ermmm.... lama x update blog. malam ni cikna nak cerita sesuatu. cerita mengenai perubahan yg berlaku dalam diri seseorang manusia. bila seseorang berubah tidak kiralah bagaimana perubahan seseorang itu manusia disekelilingnya pasti akan mengait perubahan itu dengan sesuatu atau seseorang. sebenarnya manusia boleh berubah dengan pelbagai cara dan siapa yg menggerakkan perubahan ini??? hanya dengan izinNYA dan kehendak manusia itu sahaja yg boleh berubah. 

Allah berfirman dalam surat QS. Ar-Ra'du (13):11,

"Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum jika bukan kaum itu sendiri yang merubahnya"

faham x maksud ayat di atas? ALLAH xkan mengubah seseorg melainkan seseorang itu ingin berubah. dan perubahan yg dilakukan adalah hasil dr hidayah dr ALLAH juga dan usahanya. dengan hanya mendengar lagu nasyid mungkin seseorang itu boleh berubah, mungkin dengan berkawan dengan orang yg lebih pengetahuan agama menyebabkan seseorg itu ingin berubah atau dengan hanya menonton filem seseorang itu tergerak ingin berubah. perubahan itu terjadi kerana dia yg ingin berubah dan didorong oleh ALLAH melalui sesuatu. Perubahan seharusnya dipertahankan dan istiqamah.
jika anda berubah kerana seseorg, mungkin bila seseorang itu tiada anda mungkin tidak istiqamah dan xkan meneruskan semua ni. ini dipanggil hipokrit. anda mungkin pernah membaca bait2 kata di bawah:

Cinta bunga...Bunga akan layu
Cinta Manusia..Satu hari dia akan pergi jua
Cinta Allah S.W.T..Cinta yang kekal abadi selamanya


apabila cinta anda pada manusia telah terhapus dan anda berubah demi manusia tersebut, adakah perubahan anda akan kekal???? lakukanlah kerana LILLAHITAALA....

p/s: teringat bila diri sendiri berubah terus dikaitkan dgn manusia lain kebetulan benda tu terjadi selepas sy cuba berubah.. ermm... mulut org biarlah janji sy tau kenapa sy jd begini.

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...