Saturday, February 18, 2012

:: SABAR TIADA HADNYA ::

 S.A.B.A.R
"sabar sy ada hadnya"
Selalu sgt kita dgr bait2 ayat seperti di atas. betulkah sabar itu ada hadnya? sahabat-sahabat sekalian, tahukah kita pahala bersabar sgtlah byk? bila sabar kita ada hadnya, maka pahala yg kita dapat pon turut terhad. 
Sabar itu sesungguhnya indah....dengan kesabaran menepis segala fitnah, cacian, kedengkian orang yang cuba menjatuhkan maruah kita akan menaikan semangat untuk terus berusaha. Kadangkala rasa sakit itu luar biasa dan ada yang boleh menyebabkan kita berputus asa. Namun kita lihat ketabahan anak kerang itu tadi menjadi contoh bertapa ia sabar menahan kesakitan itu walaupun rasa sakitnya itu amat menghimpit kulitnya.
Sabar itu indah namun kita perlukan iman serta takwa terhadap Allah swt. Tanpa iman dan takwal kepada Allah swt amatlah sukar untuk kita menghadapi ujianya kerana ujian itu datang dalam berbagai bentuk. Ada yang mudah dan ada yang sukar. Namun semuanya menambahkan ilmu untuk kita mengenal dunia untuk mencari makna hidup yang sebenar....kata Allah:

“Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar....Mereka yang sabar itu akan diberi dua kali ganda pahala disebabkan kesabaran mereka....” 
(al-Qashash:54)

Sebenarnya tidak ada yang paling sukar di dalam dunia ini selain bersabar kerana sabar itu merupakan satu kerja yang unik seperti menahan keinginan terhadap sesuatu ataupun apa saja yang kita ingini.

Sabar juga diperlukan jika kita ingin melakukan sesuatu yang sangat penting contohnya bila terjebak ke alam keputusasaan dan fikiran kita sudah buntu. Kita perlu bersabar untuk menyelesaikan setiap masalah itu sehingga selesai.

Dalam soal kemarahan pula, semua orang pernah mengalami kemarahan. ubat yg paling mujarab utk MARAH adalah SABAR. Lihatlah begitu besar manfaat sebuah kesabaran bukan sahaja mampu meredakan sebuah kemarahan malah SABAR juga merupakan ubat bagi segala kesengsaraan dan penderitaan dalam sebuah perjalanan kehidupan. tidak kira apa permasalahan yg berlaku kerana SABAR ITU KESUDAHANNYA ADALAH INDAH.

“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” 

- Hadis riwayat Bukhari
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.”
 – Hadith riwayat Bukhari 
Dua hadis di atas bg saya sudah cukup utk menerangkan betapa besarnya sifat sabar itu.. 

p/s: sedang memupuk sifat sabar dalam diri :) sabar dalam segala hal

Monday, February 13, 2012

:: VALENTINE DATANG LAGI ::

bismillahirrahmanirrahim
14 FEBRUARI datang lagi. tarikh ni tarikh biasa dan tiada apa-apa yg istimewa dgn tarikh ni dan pada tahun ini ia jatuh pada hari selasa. istimewakah tarikh ini? mungkin bagi sesetengah remaja ia istimewa dan menyambutnya bersama pasangan kekasih. perlukah semua ini? adakah ia termaktub dalam ajaran ISLAM. TIDAK!!!! Ia bukan ajaran ISLAM dan tahukan anda tentang sejarah VALENTINE ini? Mari kita lihat sejarah VALENTINE'S DAY yg diagungkan sgt oleh remaja kita.


SEJARAH VALENTINE'S DAY

         Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
         Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
      Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
    Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
       Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
       Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

       Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
     Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
      Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
       Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.
     nah!! perlukah kita menyambutnya? perlukah kita mengagungkan VALENTINES DAY sedangkan ia merupakan perayaan orang yg menentang ISLAM. saban tahun, setiap kali bulan November dan Disember pasti akan berlakunya kes pembuangan bayi secara mendadak. kenapa ini berlaku? tahukah anda ini adalah hasil daripada sambutan VALENTINE'S DAY. hadiah hari Valentine. bayi yg dikandung selama 9 bulan 10 hari adalah hasil dr hubungan yg tidak sah pada hari valentine inilah yg dibuang begitu sahaja ibarat membuang sampah yg tidak berharga. di mana nilai kasih sayang yg disanjung pada hari VALENTINE? 
     Wahai adik2 diluar sana sy merayu, jgnlah menyambut hari VALENTINE ini kerana 
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”. 
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
p/s: sentiasa selawat dan mengingati RASULULLAH kerana kita menagih syafaat baginda di akhirat nanti...



Tuesday, February 7, 2012

:: CHIM CHUM AGAIN!!! ::

ASSALAMUALAIKUM
dah lama xhapdet entry. ok! cter kali ni pasal M.A.K.A.N
cikna dan family ada wat makan2 keluarga sempena test periuk chimchum yg baru dibeli. cikna beli periuk ni dah lama tp baru nak test. hehe...
dalam entri kali ni cikna nak cerita sikit pasal sejarah chimchum ni. ok! chimchum ni berasal dari korea dan telah diubah versi. negara THAILAND yg pertama bawa masuk makanan ni. yg menyedapkan makanan ni sebenarnya sambal. kalo sambal atau pencicahnya xsedap mmg xsedap la. 
sup dia pula kita leh buat ikut suka kita samada nak sup biasa atau tom yam..depends.... sape yg tringin nak memiliki dapur atau periuk chim chum ni leh je gtau cikna. cikna leh tlg belikan dgn harga murah tp bila xtau. hehehe.. 

ada mee segera, ada daging, ayam, udang, sotong, hotdog, sayur..

hidangan pada malam tersebut

Friday, January 27, 2012

:: TIPS HADAPI STRESS ::

Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.

Banyakkan solat sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Lakukan kegiatan luar seperti riadah

Orang ramai selalu berkatan bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama-sama rakan-rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuru oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.

Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

kredit to sahabat yg byk membantu MOHD SYAIFUL AZLAN :)

Wednesday, January 25, 2012


aku sedar aku xlayak dan aku akan berhenti
berhenti dalam mengejar bayangan yg xkan aku peluk atau sentuh sekalipun
aku cuma bermimpi, bermimpi di siang hari. aku sengaja melukakan diri aku sekali lg
YA ALLAH,
KAU kuatkanlah semangat aku.. aku yakin dgn janji MU. 
jz SMILE... SMILE.. n SMILE AGAIN!!!!

Tuesday, January 24, 2012

:: KENAPA ISLAM MELARANG....?? ::

PERKATAAN JANGAN dalam Islam
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
 - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. ALLAH lebih tahu. Wallahualam..

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Al-Baqarah: 208]

:: HADIAH HARIJADI ::

sbnrnya xda hadiah harijadi dr sesiapa pun tp dr yg cukup istimewa ada.. DIA telah memberikan cikna peluang bernafas lg di muka bumiNYA dan DIA juga memberi peluan kpd cikna utk bertaubat dan menambah lg saham pahala di akhirat. SYUKUR ALHAMDULILLAH :) itulah hadiah istimewa drNYA
. 
p/s: semalam DIA telah mempertemukan cikna dgn org yg cikna rindu walau secara kebetulan 

Monday, January 23, 2012

:: MY SPECIAL DAY on CNY ::

salam sejahtera semua :) 
actually today is my birthday... h0hohoho... hepi besday to me n a lil quote for me to remember>>> im getting old thats mean im getting CLOSE to ALLAH (kematian yg semakin menghampiri)

Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali:
"Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga."
Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah aku masih tidur? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu.
Teringat pula kata Imam Ghazali:
"Ada manusia yang sedang ketawa .a, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.
"Ya, hari ini ulang tahun kelahiranku. Sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belumpun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjangg umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?
Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini. Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun. Aku tidak akan datang ya Allah. rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?
Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.
Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab, yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata:
"Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi."
Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi `hati' yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.
Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan `dilahirkan' semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni.

p/s: di HARI JADI INI ENSET WONDER MATI :( sgt sedih!!!!

Wednesday, January 18, 2012

:: SELOKA CIKGU PENING ::

Inilah Cikgu nak kongsikan kisah
Sepagi berada di sekolah
Dah hampir nak naik darah
Mujur tak sampai rasa nak jerkah
Kena cool, dan kontrol amarah

Kerja yang dibuat tak siap
Boleh pula buat muka terkulat-kulat
Bila ditanya boleh pula menjawab
Buku hilang dah berabad-abad

Beralih pula pelajar lain
Disuruh cari maklumat dibukanya games online
Budak ni aku sekeh jugak kang jadi lain
Macam mana lah guru nak jadi lilin
Pagi-pagi dah naik pening
Takut ada yang melayang ke dinding

Nak tahu sekarang ni ramai guru yang sakit
Sungguh, teman bukan nak ungkit
Darah tinggi, jantung semua dah berjangkit
Melayan macam-macam karenah berbukit-bukit

Menjadi pendidik kena banyak tabah
Walau masalah kian bertambah
Moga Allah berikan rahmah
Kepada seluruh warga sekolah
Agar menjadi insan soleh dan solehah..





p/s: kopi pes :)

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...