Friday, January 27, 2012

:: TIPS HADAPI STRESS ::

Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.

Banyakkan solat sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Lakukan kegiatan luar seperti riadah

Orang ramai selalu berkatan bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama-sama rakan-rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuru oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.

Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

kredit to sahabat yg byk membantu MOHD SYAIFUL AZLAN :)

Wednesday, January 25, 2012


aku sedar aku xlayak dan aku akan berhenti
berhenti dalam mengejar bayangan yg xkan aku peluk atau sentuh sekalipun
aku cuma bermimpi, bermimpi di siang hari. aku sengaja melukakan diri aku sekali lg
YA ALLAH,
KAU kuatkanlah semangat aku.. aku yakin dgn janji MU. 
jz SMILE... SMILE.. n SMILE AGAIN!!!!

Tuesday, January 24, 2012

:: KENAPA ISLAM MELARANG....?? ::

PERKATAAN JANGAN dalam Islam
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
 - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. ALLAH lebih tahu. Wallahualam..

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Al-Baqarah: 208]

:: HADIAH HARIJADI ::

sbnrnya xda hadiah harijadi dr sesiapa pun tp dr yg cukup istimewa ada.. DIA telah memberikan cikna peluang bernafas lg di muka bumiNYA dan DIA juga memberi peluan kpd cikna utk bertaubat dan menambah lg saham pahala di akhirat. SYUKUR ALHAMDULILLAH :) itulah hadiah istimewa drNYA
. 
p/s: semalam DIA telah mempertemukan cikna dgn org yg cikna rindu walau secara kebetulan 

Monday, January 23, 2012

:: MY SPECIAL DAY on CNY ::

salam sejahtera semua :) 
actually today is my birthday... h0hohoho... hepi besday to me n a lil quote for me to remember>>> im getting old thats mean im getting CLOSE to ALLAH (kematian yg semakin menghampiri)

Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali:
"Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga."
Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah aku masih tidur? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu.
Teringat pula kata Imam Ghazali:
"Ada manusia yang sedang ketawa .a, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.
"Ya, hari ini ulang tahun kelahiranku. Sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belumpun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjangg umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?
Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini. Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun. Aku tidak akan datang ya Allah. rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?
Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.
Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab, yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata:
"Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi."
Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi `hati' yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.
Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan `dilahirkan' semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni.

p/s: di HARI JADI INI ENSET WONDER MATI :( sgt sedih!!!!

Wednesday, January 18, 2012

:: SELOKA CIKGU PENING ::

Inilah Cikgu nak kongsikan kisah
Sepagi berada di sekolah
Dah hampir nak naik darah
Mujur tak sampai rasa nak jerkah
Kena cool, dan kontrol amarah

Kerja yang dibuat tak siap
Boleh pula buat muka terkulat-kulat
Bila ditanya boleh pula menjawab
Buku hilang dah berabad-abad

Beralih pula pelajar lain
Disuruh cari maklumat dibukanya games online
Budak ni aku sekeh jugak kang jadi lain
Macam mana lah guru nak jadi lilin
Pagi-pagi dah naik pening
Takut ada yang melayang ke dinding

Nak tahu sekarang ni ramai guru yang sakit
Sungguh, teman bukan nak ungkit
Darah tinggi, jantung semua dah berjangkit
Melayan macam-macam karenah berbukit-bukit

Menjadi pendidik kena banyak tabah
Walau masalah kian bertambah
Moga Allah berikan rahmah
Kepada seluruh warga sekolah
Agar menjadi insan soleh dan solehah..





p/s: kopi pes :)

:: BUAT BAKAL ZAUJKU ::

Kehadapan bakal zauj ku...
Ana di sini sihat selalu walaupun terkadang kesakitan bertandang, namun janganlah anta bimbang...Ana di sini mampu menahannya kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan apa yang hambaNya mampu.
Diharap anta pun dalam keadaan sihat dan sejahtera serta sentiasa berada di bawah rahmatNya walau di mana jua anta berada.Warkah ini dilayangkan bukan untuk mengganggu... Sekadar ingin meluah rasa yang lama terbuku...
Maafkan Ana andai selama ini Ana leka dengan cinta dunia
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak menjaga tatasusila
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak mensiakan cintaNya
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak ingat padaNyaAna serba kekurangan...diharap anta boleh melengkapkannya
Ana bukan jelitawan...diharap anta mampu menerimanya
Ana bukan cendikiawan...diharap anta mampu membimbingnya
Ana bukan hartawan...diharap anta sanggup bersamaYang Ana pinta bukan ketampananmu...
Yang Ana damba bukan hartamu...
Yang Ana mahu cuma imanmu...
Yang Ana ingin hanyalah tauladanmu....Bimbinglah Ana...
Tunjukkanlah Ana...Ana tidaklah sepuitis anta untuk menulis bait-bait kata...
Ana tidaklah sepetah anta dalam tiap bicara....
Namun, yang pasti...
Ianya ikhlas lahir dari hati....Ana harap kita akan dipertemukan suatu hari kelak...
Di mana ketika itu...Ana dah bersedia...
Ana layak untuk mendampingi anta...
Bukan hanya sebagai isteri kepada anta...
Tapi ibu untuk anak-anak kita..Sebelum kita diijabkabulkan...
Ana akan memberitahu satu rahsia,
Rahsia yang pahit untuk ditelan...
Sukar tuk Ana lupakan...Setelah Ana memberitahu rahsia itu...
Ana redha jika anta pergi ...
Ana redha jika anta membenci...
kerana...
Segalanya belum dimetrai...
Segalanya belum disaksi...
Ana pasrah jika itu terjadi...
Ana pasrah jika itu takdir diri...
kerana...
Biarlah tangis sebelum janji dimetrai...
Bukannya setelah semuanya selesai...
kerana...
Ana mencari siapa yang ikhlas menemani...
Ana mencari siapa yang sanggup memberi...
Ana mencari siapa yang mampu menerima...
Ana mencari siapa yang pasrah dan redha...Andai jodoh kita berkekalan...
InsyaAllah kita akan berbahagia..
Meskipun hayat hidup tak sama...
Ana akan berusaha membahagiakan anta..Andai jodoh bukan milik kita..
Usahlah anta bermasam durja...
Pasti ada hikmah di sebaliknya...
Ana doakan kebahagiaan anta..Bermohonlah padaNya selalu..
kerna cuma Allah yang mendengar isi hatimu...


Dari bakal isterimu,
ZALINA HASSAN ZAMRI
p/s: n3 ini di kopi pes tp inilah yg tersurat didasar hati saya yg penuh kelemahan....

Tuesday, January 17, 2012

:: AZWAN ALI UGUT UMMI HAFILDA ::

actually cikna xtau sape ummi hafilda ni. dan td masa tgh tgk berita kat TV3 keluarla berita yg AZWAN ALI MENGGUGUT UMMI HAFILDA atas kes apa cikna xtau so sesapa yg tau leh sharing x... hehehe :) nak go0gle tp cam malas jek. so korang yg tau leh sharing kan?? korangkan baik :)

:: PENKEK SIMPLE AKA LEMPENG ::

assalamualaikum peeps!!! lama xhapdet blog pasal makanan. ok disebabkan kerajinan leih sket malam ni cikna buat lempeng moden. ciptaan sendiri yg dicampak2 guna bahan yg ada. semuanya disebabkan perut lapar tp nasi xnak makan sbb dah diet jemu makan nasi ( boleh ke jemu??) resipinya sgt simple dan anak2 kecik pon bulih buat. almaklumla cikna TAK pakar pandai masak cam org lain.


BAHAN-BAHAN

tepung naik sendiri
susu segar (cikna pakai nespray sbb xda susu segar tp sure guna susu segar lebih sedap)
jagung manis
sedikit gula kalo nak rasa manis
coklat chip

CARA-CARA

susu dan tepung dikacau sekali sehingga sebati. masukkan jagung manis. panaskan kuali non-stik, masukkan adunan td dalam kuali. tutup dan biarkan masak kemudian balikkan. apabila kedua2 belah dah masak sempurna tabur coklat chip. sedia di hidang :)

p/s: kalo minta sukatan cikna xdapat nak bg sbb cikna main campak :)

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...