Tuesday, September 27, 2011

:: SELAMAT HARI RAYA ::

SELAMAT HARI RAYA
alhamdulillah.. today is my last 6days fasting in syawal, tomorrow is HARI RAYA for me.. yaho0o0o0o0o0!!!! akhirnya selamat jua cikna mengerjakan puasa 6. hehe.. khamis ni insyaALLAH kat tempat kerja akan buat potluck utk meraikan raya puasa 6. cikna nak bawak cheesecake n puding kalo jd. hehe.. doakan semoga cheesecake yg dibuat akan menjadi sbb festime nak buat ni.. jom skodeng resipi kat MYRESIPI.. cikna suka amek resipi kat c2..

“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, lalu ia mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seakan-akan ia telah berpuasa setahun”.

Monday, September 26, 2011

:: DITAMPAR BAPA SENDIRI KERANA INGIN MEMAKAI TUDUNG ::

Ceritanya bgini... Aku... mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat. Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni??? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never! Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!" Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...." Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap. "Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!". Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak. SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk! KWANG3X.. TEKUN BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. terkena sekali sekala utk hilangkan duka.. hehe...

p/s: cikna kopi cappucino dr member kat fb. seb baik cikna kalo cerita panjang2 lebih suka baca dr bawah. so xterkenala sgt.. hehe.. njoy d story k :)

:: JANGAN BERSEDIH ::

kadang-kadang kita berdoa utk kuat kenapa byk dugaan
kadang-kadang kita minta cerdik tp masalah pula yang timbul
kadang-kadang kita minta bahagia tp huru-hara pula datang
dugaan menjadikan mental kita kuat
masalah menjadikan kita berfikir
huru-hara menjadikan kita tabah

kita tidak dapat lari dari semua ni kerana ini merupakan asam garam kehidupan dan kita sebagai hambaNYA harus menjalani setiap aturan hidup ini dengan penuh ketabahan dan redha. setiap yg ditakdirkan adalah utk menguji keimanan kita. kita bukan sahaja diuji dengan kesusahan bahkan kesenangan juga merupakan ujian kepada kita. ALLAH mahukan kita sentiasa mengingatiNYA samada ketika waktu susah ataupun senang dan janganlah hanya ketika ditimpa musibah sahaja barulah kita sujud kepadaNYA dan merintih meminta simpati. betapa kurang bersyukurnya kita sebagai hambaNYA.
"Sesungguhnya kami adalah kepunya ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami kembali. Mereka itu orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNYA, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat hidayah"
(surah al-baqarah, ayat 155-157)
p/s: saling mengingati sesama kita :)

Saturday, September 24, 2011

:: NEED YOUR HELP YA ALLAH ::

penat~ sgt penat.
kumohon ketabahan drMU YA ALLAH
KAU tingkatkanlah kesabaranku
KAU berikanlah aku semangat ketabahan NABI ALLAH YUNUS ketika kesempitan berada dalam perut ikan nun
"la ila hailla anta subha naka inni kuntum minazzalimin"
kau lapangkanlah dada aku. jgn biarkan aku merasa perit dan sempit dalam menjalani dugaanMU YA ALLAH. sesungguhnya KAU MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG dan ENGAKAU tidak akan pernah menghampakan hamba2MU YA ALLAH..
p/s: penat berulang alik hospital dan rumah dan amat kasihankan abah dan umi

Friday, September 23, 2011

:: MUSIBAH YANG MENIMPA ::

Innalillahiwainnailaihirojiun.... hari ini keluarga cikna baru ditimpa musibah. adik cikna kemalangan. sedih namun kami harus pasrah. kita renungkan kembali kenapa ALLAH menurunkan musibah ini kepada kita? Adakah kerana ALLAH telah membenci dan tidak menyayangi kita? Jgn kita sesekali berfikiran begitu kerana setiap kali musibah menimpa kita adalah kerana ALLAH ingin mendengar rintihan dan rayuan dari kita. Kita sebagai hambaNYA harus bersabar dan berdoa semoga ujian yg ditimpa ini dapat diharungi dgn tabah dan meningkatkan lagi keimanan kita terhadap MAHA PENCIPTA.
tulang bahu pecah
umi yg sentiasa disisi
sekali lagi keluarga ditimpa musibah, namun akan kami hadapi dengan tabah dan pasrah. namun, ambillah darinya segala 'ibrah (pengajaran), jadikanlah ianya sebagai khibrah (pengalaman), buat bekalan menempuh hayah (kehidupan), agar selamat dunia dan akhirat...
p/s: doakan semoga adik cikna cepat sembuh dan dipermudahkan segala kesulitan. amin~

Thursday, September 22, 2011

::BERSIHKAN JIWA DAN HATI::

بسم الله الرحمن الرحيم

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
hati manusia sememangnya mudah berkarat seperti mana berkaratnya besi. bagaimana cara kita ingin mengilapkan hati kita supaya sentiasa bersinar dan berkilat?
Rasullullah saw bersabda:
"barangsiapa melakukan dosa , maka akan tumbuh dalam hatinya setitik hitam. Jika ia bertaubat, maka terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka menyebarlah titik hitam itu sehingga seluruh hatinya menjadi hitam."
maka setiap kali kita menyedari kekhilafan telah berlaku, bertaubatlah. sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka utk kita. ALLAH swt MAHA PENGAMPUN, setiap taubat dr hambaNYA pasti akan diterima. Manusia mudah lupa dan alpa, sentiasa terlalai dari landasan namun pasti akan kembali ke jalanNYA bila ditimpa musibah. seharusnya kita perlu ingat bahawa setiap yg berlaku sebenarnya adalah ujian dari Nya.
jgn biarkan hati kita gelap dan hitam. sentiasalah kita menyucikan hati kita dengan mendengar ceramah2 agama agar kita sentiasa mengingat dan bermuhasabah diri dan mudah utk kita merasakan kekurangan dalam diri kita kerana kita akan merasakan ALLAH bersama kita dan sedang merencanakan yg terbaik utk kita. selain itu, dengan bersedekah dan memberi atau belanja orang makan (sekadar termampu) juga dapat menyucikan hati kita. jgn riak lak masa nak bersedekah n beri makan orang 2 kang xjadik cuci hati tp tambah titik makin gelap hati 2.. :)last but not least (dah tak larat nak bebel byk2) berzikirlah.. zikir bukan saja boleh membersihkan hati tp juga menenangkan jiwa yg gundah dan gusar. InsyaAllah...

p/s: alhamdulillah semakin tenang :) apa yg baik datang drNYA, yg buruk dtg dr kelemahan cikna. salah sila tegur (sy hamba yg naif)

Wednesday, September 21, 2011

::PENANTIAN::

penantian adalah satu ujian,
tetapkanlah ku selalu dalam harapan,
karena keimanan tak hanya diucapkan,
adalah ketabahan menghadapi cobaan,
sabarkanlah ku menanti pasangan hati,
tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini,
di dalam asa diri menjemput berkahMu,
tibalah ijinMu atas harapan ini,
Robbi teguhkanlah ku dipenantian ini,
Berikanlah cahaya terangmu selalu,
Robbi hanya padamu ya doaku ini,
Duhai tempat mengadu segala rasa diri.
khas utk mereka yg menanti pasangan hidup masing2. insyaALLAH akan dipermudahkan. berdoalah kerana ALLAH ingin mendengar permintaan hambaNYA dan pasti tidak akan mengecewakan hambaNYA..
p/s: menunggu juga. moga dikurniakan suami yg mencintaMU YA RABB agar aku dipimpin ke jannahMU

:: MALAYSIA LAWAN JEPUN ::

dah start game dah skrg ni MALAYSIA menentang JEPUN
SEMOGA KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA MALAYSIA

Bg mereka yang tidak mempunyai TV di rumah utk menonton secara langsung silalah ke kedai mamak berdekatan... atau anda boleh menonton di LIVE STREAMING


p/s: go APEK go!!!!

:: ISU FIDA TAK BERTUDUNG ::

ASSALAMUALAIKUM
td check kat keyword pencarian kuar la ISU FIDA TAK BERTUDUNG. gosip lagi dan gosip lagi... penat dah dengan gosip2 ni....hehehehe.... cikna cuma nak taip ni jek...
kadang2 ada orang yg menjadikan bertudung ni fesyen dan tidak tahu maksud sebenar bertudung. cikna teringat sesuatu yg dicedok semasa cikna menghadiri FORUM BICARA SELEBRITI BERSAMA WARDINA SAFIYYAH, SHAM KAMIKAZE DAN DR MAZA. WARDINA memberitahu dia pernah membuat survey bertanya kepada beberapa remaja ISLAM ayat yg manakah yg menyuruh perempuan menutup aurat dan rata2 tidak dapat menjawab. dan ini membuktikan mereka tidak memahami maksud menutup aurat itu.

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

utk MAMAT SEPAH yang berkata xsengaja menyebarkan gambar FIDA yang tak bertudung

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang mereka lakukan.” (an-Nuur: 30)
dan utk saya:
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Tuesday, September 20, 2011

:: BUFFER EARNING AKA PENDAPATAN TERUMPUK ::

Alhamdulillah rezeki blogging lagi bila ada 3 BE berlegar2 dalam blog. Berkat kesabaran hampir 2 tahun blogging dan xpernah dapat BE. namun alhamdulillah mulai bulan RAMADHAN lepas cikna mula dapat BE dan sudah 7 BE cikna dapat utk 2 bulan ini. org xkecoh pom dah dapat cash out beribu riban tp cikna baru jek dapat 7 BE dapat kecoh. cikna cuma nak share kegembiraan cikna setelah 2 tahun blogging kali ni baru nampak ada hasil. syukur sekali lagi... :)
terima kasih juga utk NUFFNANG :)
p/s: jika kita bersabar pasti ALLAH akan membalas kesabaran kita :)

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...