Sunday, January 8, 2012

:: IM ALONE ::

sudah 2 hari tiada n3 baru dan arini dekat setengah jam jari terpaku kat keyboard. tak mampu utk menari-nari dgn lincah di keyboard lg. kenapa? ermmm... kekeringan idea sudah dan juga mo0d blogging masih tidak jua kunjung tiba. actually i feel like something missing. hahahha... nonsense!!! i feeling lonely :( it jz bcoz all my frenzzy hd got married. i can't hanging out together, no sopim together, no makan2 together. now im alone doing anything. sobsob.. it really a sad story. huh~ 

HASLIZZA & FAISAL wedding
dak yg 2 org kat depan 2 insyaALLAH tahun ni.

tgal aku sorang kat cni

nape korang semua keje jauh2 hah? yg keje dekat dah kawen. sobsob
p/s: kena cepat2 cri calon sblm semua dah kawen tgal aku sorang2 :(

Friday, January 6, 2012

::WAFICO SMALL GIVEAWAY!!!::

saat2 akhir punya n3.. sape2 yg nak join masih sempat.. jam 1 PETANG HARI INI WAFICO SHAWLS HOUSE akan umum pemenangnya.
share je benda kat bawah ni samada blog atau FB anda...
DEAR VALUED CUSTOMER
JOM JOIN MINI GIVEAWAY WAFICO SHAWLS ♥
Share post ini dan anda berpeluang memenangi voucher shopping..Hanya 6 orang pemenang yg akan dipilih secara rawak.Xperlu submit apa2 pon,just share dengan kawan atau wall post anda. Keputusan akan diumumkan esok pada pukul 1 pm..dalam tempoh 24jam sahaja ye..thank you
 —

::KENAPA PERLU HANTARAN TINGGI??::


assalamualaikum
mula2 skali cikna nak korang check pe yg ada kat bawah ni...Hasil Kajian Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung Malaysia :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - ke atas
kat manakah nilai anda setelah anda melihat apa yg tercatat di atas? apakah ini nilai seorang wanita? perlukah wanita dinilai dgn wang ringgit sebegini? kenapa masih ramai yang tak kahwin? kenapa kes2 zina semakin meningkat naik setiap tahun? salah satu sebabnya mungkin berpunca dari perkara di atas. Hantaran kahwin yang terlalu mahal sehinggakan si jejaka takut utk meminang si dara. bayar mahal-mahal belum tentu si dara pandai memasak, belum tentu hafizah al-quran, belum tentu tahu hukum-hakam agama.

"mak, abang Din kerja xtetap lg. Kita xpayah la letak mahal2," kata Ina.
"ko gila ke apa? dah belajar sampai degree xkan nak bg free. Anak Mak Jemah SPM pom RM8K ko tau," balas Mak Kiah.

Mentaliti masyarakat sekarang>>>hantaran kahwin diukur berdasarkan pelajaran. alamatnya tak kahwinlah si dara dengan si jejaka idaman jika si jejaka tak mampu menyediakan hantaran yg ditetapkan. dan apa yg berlaku? penzinaan disebabkan masing-masing sudah tidak tahan gelojak nafsu muda. Kenapa disusahkan urusan perkahwinan itu? Mahar yg tinggi utk apa sebenarnya? GLAMOUR?

"kiah, anak ko berapa blanjanyer?" tanya mak Jemah
"anak aku degree pastu doktorkan mestilah paling komam RM15K," bangganya mak kiah menyatakan harga anaknya.

 Kenapa kita tidak menjadikan agama ISLAM yg dianuti oleh kita sebagai rujukan? Kenapa kita tidak kembali mengingati pesan RASULLULLAH?


"PERKAHWINAN YANG PALING BERKAT ADALAH PALING MUDAH BELANJANYA"
" SESUNGGUHNYA SEMULIA2 PEREMPUAN ITU YANG PALING MUDAH MAHARNYA"
"SEBAIK2 MAHAR ADALAH YANG PALING MUDAH"
"BERILAH MAHAR SEKALIPUN SEBENTUK CINCIN DARI BESI"

Islam agama yg mudah dan tidak akan membebankan penganutnya tetapi kita sendiri yang menyusahkan dan membebankan diri sendiri.


"Saiyidina Umar b. Al-Khattab r.a berkata: jgnlah kamu melampau dalam meletakkan mas kahwin. Sekalipun mereka (perempuan) adalah org yg dipandang tinggi di dunia dan bertaqwa. Org yang paling layak kamu contohi ialah Rasulullah s.aw. Baginda tidak pernah memberi mas kahwin kepada isteri2nya dan meminta mas kahwin utk anak2 perempuannya tidak lebih dari 12 auqiah (480 dirham) ," 
(hadis riwayat oleh 5 org pengarang kitab sunan dan disahihkan oleh TARMIZI) -sumber http://www.faridrashidi.com/




cuba anda bayangkan bila hantaran yg dikenakan mahal dan bakal suami anda tiada cara lain melainkan berhutang dgn bank. sanggupkah anda melihat suami anda menanggung hutang sehingga beranak pinak? mungkin glamer hanya sekejap tp yg terpaksa tanggung mungkin sepanjang hayat. jd xperlulah letak mahal2. apabila sudah menjadi haknya pasti segala harta suami anda akan turut dirasai oleh anda. InsyaALLAH... :) 

p/s: cikna akan sentiasa ingat pesan ust ASIAH. insyaAllah utk bakal suamiku anda tidak akan dibebankan dgn hantaran tinggi. aku terima apa yg dipersembahkan olehmu utkku :)

:: ISU YG LEPAS ::

kalo korang follow blog cikna (perasan ada follower) mungkin korg da perasan yg cikna dah remove 1 n3. kenapa cikna remove? cikna remove sbb xnak dikatakan memfitnah org atau mengata org. Niat sbnr cikna bukan utk menfitnah atau mengata sesapa tp niat sbnr cuma mahu kita MELAYU ISLAM berfikir kenapa keadaan sedemikian yg berlaku? cikna x point my finger jz to her but cikna also had gave another example like SUFIAH n ARIFF bukan cikna menyalahkan AMALINA semata2. 
dah xnak tulis panjang2 pasal ni sbb itu hal dia tp bolehkah kita pejamkan mata sahaja bila perkara sebegini berlaku? atau kita mmg suka pisang berbuah berkali2? tepuk dada tanya diri masing2... anda pasti ada jawapannya. Akhir kata, maaf jika cikna tersalah menyebarkan sesuatu yg uruk kerana saya insan biasa yg sentiasa melakukan kesalahan dan sentiasa lalai. yg baik pastinya dtg dr ALLAH dan buruk adalah sy insan yg lemah.

p/s: bukan menasihati org lain tp utk diri saya sendiri...

Wednesday, January 4, 2012

:: REZEKI DI BUMI ALLAH ::



Orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. Walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. Bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. 
Cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. Begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. Kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. 
Sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.
p/s: berusahalah kerana rezeki ada di mana-mana... (:

Tuesday, January 3, 2012

:: SELAMAT TINGGAL ::

yg patah pasti akan tumbuh
yang pergi pasti akan berganti
setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. 
ini adalah lumrah sebuah kehidupan.
pemergiannya xperlu ditangisi kerana ia bukanlah suatu pemergian yg abadi. pasti akan ketemu satu hari nanti jika ajal belum menjemput. 
SELAMAT TINGGAL
p/s: doaku termakbul tp mengapa aku yg sakit...

Monday, January 2, 2012

:: SATU PENCARIAN ABADI::

Ku bicara cinta
dari lautan yg terpendam
mutiara yang indah
memancar cahaya
namun sedikit yang dapat
kerana tersilau dengan mutiara yang palsu..
ku mencarinya lg
tergapai2 di awan
terampai2 di lautan
berkelana di daratan
namun berakhir dgn kehampaan
Cinta dalam diriku perlu di bangunkan
dengan taubat, zikir dan tafakur
sehingga meresap seluruh daging,
tulang dan darahku
dengan cinta namaNya yang agung.

(ZALINA HASSAN ZAMRI 2/1/12 11.46 pm)
p/s: aku bukan solehah namun ingin menjadi solehah...

:: JEJAKA YANG PERNAH KUJATUH CINTA ::

anda pernah jatuh cinta??? dengan jejaka bagaimana anda jatuh cinta? cikna slalu sgt jatuh cinta. apabila kita jatuh cinta, kira rasa bahagia sangat. Hormon endorphin meleleh bagai dah penuh satu bekas dan bekas tu plak bagai nak pecah dah xlarat nam tampung endorphin yg terlebih. salahkah kita jatuh pokok cinta? jatuh cinta sebenarnya xsalah, yg salah apabila kita jatuh cinta ia melalaikan kita.

 Firman Allah S.W.T :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة والانعام والحرث ذلك متاع الحياة الدنيا والله عنده حسن المآب

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).

CINTA itu merupakan anugerah dari ALLAH dan ia merupakan fitrah manusia. ok! skrg nak bercerita dengan siapa cikna pernah jatuh cinta? mau tahu? xnak tahu pon cikna tetap nak mention kat cni. dah nama blog cikna suka hati i la nak letak pape pon. hihihihi... kat bawah ni ada 3 nama jejaka yg benar2 cikna jatuh cinta. sangat2 jatuh cinta sampai termimpi2.
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
AMIRUDDIN

RYU WATANABE
SAIFUDDIN B JALIS
♥
♥
♥
♥
♥
siapakah mereka2 ini??? jika anda peminat novel THRILLER RAMLEE AWANG MURSYID anda mesti kenal siapa mereka. ~♥
p/s: tgh baca fiksyen 302 (:

Sunday, January 1, 2012

:: JODOH ADALAH TAKDIR ::

ASSALAMUALAIKUM
N3 pertama pada 1/1/12 cikna ingin bercakap soal jodoh. siapakah jodoh yg ditentukan utk kita? kenapa sampai sekarang belum lg ada jodoh? di manakah jodoh kita? perlu ke kita mandi bunga 7 jenis bawah jambatan tatkala bulan penuh utk dapatkan jodoh? tau mandi wajib dah cukup

Sahabat Hikmah...

Takdir adalah ketentuan dan kehendak Allah
Dan jodoh yang telah menjadi pasangan hidup
Atau yang masih berusaha mendapatkannya
Adalah atas kehendak dan ketentuanNya
Semuanya telah tertulis dalam Lauh Mahfuzh

Jadi jika seseorang itu ditakdirkan untuk menjadi jodoh kita,
tidak akan ada satu tangan pun yang dapat menghalanginya..
Atau memisahkannya...

Tetapi, jika dia telah ditakdirkan bukan untuk menjadi jodoh kita,
Atau tidak tepat untuk kita...
walau ada seribu tangan yang membantu,
dia tetap bukan milik kita.

Tetapi kita harus berusaha...
Menjaga jodoh yang terbaik...
Atau mendapatkan yang terbaik...

Kerana Allah akan mempertimbangkan..
Usaha dan doa hamba-Nya... =)

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari…dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

::MY 2012 WISHLIST ::

2012 SUDAH!!!!!

semoga berlalunya 2011 ini berlalulah segala kesusahan, kepayahan, dan kesedihan dan 2012 dibentangkan dengan kesenangan dan kebahagian serta sentiasa dalam rahmatNYA dan hidup dalam redhaNYA. insyaALLAH. 

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...