Tuesday, September 13, 2011

:: PENTINGNYA SIHAT UTK BLOGGING ::

assalamualaikum
Uols semua sehat x?? ermm... arini cikna jz nak sharing sesuatu utk blogger2 yg mementingkan kesihatan di luar sana. bukan cikna nak jual ubat tp sedikit perkongsian ttg apa yg cikna baru nak cuba. Semua org pasti mementingkan kesihatan, kalo ada duit berjuta2 pom tp diri kita xsehat pastu penyakit plak xleh diubati pasti hidup xsenang dan mendatangkan masalah jugakkan. Apabila tubuh badan xsehat apa pom xleh buat hatta blogging.. benda yg cikna nak kongsi arini adalah KHAL TAMAR atau CUKA KURMA

APA ITU KHAL??

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar(kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

APAKAH KHASIAT DAN KEBAIKAN KHAL?
Terdapat banyak khasiat dan kebaikan khal, antaranya menurunkan gula dalam darah, membuang kolestrol, menurunkan tekanan darah, membantu mengawal metabolisme dalam badan, bertindak sebagai agen pembersih badan dan byk lg. xlarat nak taip.. hehehe...

KHAL KURMA yg dipilih oleh cikna ialah dari keluaran al-qurba. anda boleh mencubanya.. insyaAllah, dengan izinNya segala penyakit akan sembuh. :)

p/s: Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. (Hadis riwayat Bukhari)

Monday, September 12, 2011

:: SUP TELUR ::

assalamualaikum
selamat solat maghrib semua... dah lama cikna xpost n3 pasal resipi n makan2. today i wan to show u my iftar menu. actually dis is my second day of 6th day fasting in SYAWAL.
jeng!jeng!jeng!
SUP TELUR
menu sangat simple n senang nak buat serta sesuai utk cikna yg bujang n buka pose sorang2 sbb yg lain2 ntah ke mana menghilang. tinaggal cikna sorg2 kat umah.
BAHAN
*bawang merah dimayang
*bawang putih dimayang
*halia diketuk
*bunga lawang
*kayu manis
serbuk lada hitam
2 biji Telur
sosej
meatball
tauhu ikan
serbuk perasa (gula, garam)

CARA-CARA
tumis bahan bertanda * sehingga naik bau. masukkan air. biar mendidih. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. akhir sekali bila telur dah masak masukkan sosej, meatball, tauhu ikan serta serbuk perasa. hiaskan dgn bawang goreng dan daun sup.
done~
p/s: semoga dapat menghabiskan puasa 6 dgn jayanya :)

Saturday, September 10, 2011

:: THE CAVE OF THE GOLDEN ROSE aka FANTAGHIRO ::

assalamualaikum
korang2 yang hidup sezaman dgn cikna masih ingatkah cerita THE CAVE OF THE GOLDEN ROSE??? Cerita ni kalo xsilap cikna tonton masa form 1 iaitu tahun 1997. Cerita ini merupakan cerita bersiri dan berasal dari ITALI. Kisah fantasi seorang puteri bernama FANTAGHIRO. Cerita ini terdapat 6 siri semuanya. cikna ada keenam2 siri ni tp dalam bahasa ITALI. xda subtitle. cikna ada research sket pasal crita ni. cerita release dr tahun 1991 lagi dan setiap tahun dikeluarkan 1 siri.
FANTAGHIRO - 1991
FANTAGHIRO 2 - 1992
FANTAGHIRO 3 - 1993
FANTAGHIRO 4 - 1994
FANTAGHIRO 5 - 1995
FANTAGHIRO 6 - 1996
Bila terlihat iklan dalam TV9 dan ada seorg kawan cikna gtau TV9 akan menyiarkan semula cerita FANTAGHIRO ni terus cikna teruja. bayangkan cerita cikna punya lam bahasa ITALI pas2 crita 2 lak dok lam lappy lama yg cikna dah bagi kat adik. ntah ada ke tidak lg crita 2... sgt teruja dan xsabar nak mengimbas balik kenangan berfantasi menonton cerita FANTAGHIRO ni. jom jgn lepaskan peluang tonton FANTAGHIRO di TV9 PADA 11/9/2011 JAM 10.00 MALAM.
p/s: masa utk berfantasi :)

Thursday, September 8, 2011

:: CAJ 6% DIKENAKAN UTK PEMBELIAN KAD TOP UP???::

assalamualaikum
bermula 15 SEPTEMBER 2011 caj akan dikenakan sebanyak 6% bg setiap pembelian kad tambah nilai aka top up. adehla~ patutkah ini berlaku??? hari2 barang naik sampaikan kad top up pom dah naik harga. penat~ gaji xnaik2.... bg golongan berpendapatan rendah cam cikna ni 6% 2 byk. cikna pengguna prabayar, xmampu nak tukar bil even dah guna enset hampir 10 tahun... penatla gni.. xyah top up r pasni :(
berita selanjutnya sila klik DI SINI
p/s: kena lebih berjimat cermat

Tuesday, September 6, 2011

:: BILA NAK KAHWIN?? ::

KAHWIN??? soalan apakah ini??? adeh~ camner nak jawab neh. pakwe pom xdek sahkan tunang.. cikna sbnrnya kadang2 xtau nak jawab soalan ni sbb benda2 gni kita xtau. bila ada member tanya,
" sbnrnya na ni dah berpunya ke belom? nampak macam ada jek...."
saya cuma mampu jawab saya masih milik ummi n abah saya. actually, there is no special man in my life bcoz I'm not looking for LOVE. I'm jz hoping for something that last forever. im looking for barakallah. Cikna cuma mampu berdoa agar dikurniakan suami yg soleh dan boleh membimbing saya yg memang terumbang-ambing macam kapal xda nakhoda...
anak dara yg sebelah saya ni bakal kahwin dulu taw

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: "Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya."

(Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)

Monday, September 5, 2011

::PETKNODE CAT BOARDING BERLAKU KEJAM::

ASSALAMUALAIKUM
cikna baru je mendapat berita dr rakan FB bahawa PETKNODE CAT BOARDING telah melakukan kekejaman terhadap kucing di pusat penjagaan sementara kucing di premis mereka. Pihak PETKNODE telah membiaran kucing2 di bawah jagaan mereka tanpa penjagaan dan makan minum selama 9 hari.. YA ALLAH...bayangkan selama 9 hari tanpa makanan dan minuman. kejam sungguh mereka... tp alhamdulillah, kucing2 ini telah diselamatkan oleh sukarelawan yg telah pecah masuk ke premis PETKNODE ini... di sini cikna share beberapa keping gamb yg telah diambil oleh rakan FB cikna yg turut sama dalam operasi menyelamatkan kucing2 ini.
kucing ni sgt lapar n dahaga
kurus dan terbiar ada yg dah mati :(
kat balai polis buat report

dan ni ada video yg cikna ambil dr group KUCING TERBIAR DAN ANJING JALANAN (KTAJ) sebak n sedih. xsanggup nak tgk
kejam sgt PETKNODE semoga tindakan seewajarnya dikenakan. bg mereka2 yg hantar kucing ke sini leh dapatkan maklumat ttg kucing mereka di GROUP FB KUCING TERBIAR DAN ANJING JALANAN.
“Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran.”
Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.

Sunday, September 4, 2011

ya ALLAH..
hati ini masih gundah rupanya
masih tidak tenang, masih ada saki baki sebak di dada..
terasa ingin melangkah jauh tp kaki xmampu
sudah takdir aku terpaksa terus di sisi. yg cuma mampu aku melangkah adalah masa
Ya ALLAH
kikiskanlah pesonanya dr kedua belah mataku ini
aku yakin ya ALLAH ada yg terbaik utkku
KAU lapangkanlah dada hambaMU ini
KAU berikanlah aku secebis ketenangan.
jgnlah KAU bolak balikkan lg hati hambaMU ini
amin ya rabbal alamin~

Saturday, September 3, 2011

:: ESOK AHAD KE??!!! ::

esok masih belum AHAD KAN???!!! belumkan? belumkan?
tlg jgn jawab esok AHAD. saya masih in raya mo0d. xmo0o0o0o0o0o!!!
camner ni.. kemalasan menguasai diri. malas iron baju, malas tdo0, malas p keje, dan semua malas... sobsobsob.. kenapa esok mesti AHAD.....
DORAEMON tolong undurkan masa!!! xpom kasik masa tu lambat sket!!!
selamat malam terpaksa tdo0o0 awal. esok keje :(
p/s:Daripada Abu Zar RA berkata (maksudnya), “ Wahai Rasulullah, mahukah kamu mengangkat aku (untuk menjalankan suatu tugas)?” Kemudian beliau memukul bahu saya sambil bersabda, “ Wahai Abu Zar, kamu adalah orang yang lemah sedangkan jawatan itu satu amanah, ia pada hari akhirat merupakan kehinaan dan penyesalan. Kecuali orang yang dapat menunaikan haknya dan menjalankan kewajipannya.” ( HR Muslim)

:: REUNION SMK MULONG BATCH 2001 ::

ALHAMDULILLAH... semua berjalan lancar semalam walaupun yg hadir xramai tp thanks sbb sudi hadir dan memeriahkan majlis REUNION SMK MULONG BATCH 2001. kebanyakan yg hadir geng bujang2, cikna faham sbb yg dah berkeluarga diorg ada pelbagai komitmen. mungkin semalam berada di rumah mentua or ada kerja atau susah nak bawak anak2. biasalahkan... satu hari nanti cikna pom bakal alami pe yg diorang alami. papehal pom sgt2 berterima kasih di atas komitmen dan kerjasama yg telah diberikan oleh kawan2 yg datang. semua happy n happening sampai pening... muaxxxx!!!!! diorg datang bawak macam2 makanan sampai dah tak larat nak makan. roti jala, ayam BBQ, satay, jagung, puding, kek, jajan, air soya, sosej, daging burger, sgt byk... lenkali kita wat reunion kat tempat best2 yer n dah xpayah nak buat kat teratak xsiap saya lg kesian korang kena kiss ngan nyamuk.. hikhik
ni gambar time raya :)
gambar???? belum diambil dr kamera kawan cikna sorg 2.. insyaallah... bila dia dah emel gamb cikna akan publish nanti utk tatapan member2 yg xdapat hadir :)
p/s: ukhwah yg terjalin semoga akan terus berkekalan

Friday, September 2, 2011

:: ROTI JALA FOR REUNION ::

assalamualaikum
fuhhh!!! lega. dah siap mengirai roti jala utk reunion SMK MULONG BATCH 2001 malam ni. alhamdulillah... ALLAH permudahkan proses membuat roti jala walau setahun sekali mummy cikna mengirai roti jala. cikna tukang gulung jek. ngehngeh :p
reunion yg bakal diadakan di rumah saya. setelah 10 tahun kami meninggalkan SMK MULONG dengan pelbagai kenangan utk julung2 kalinya kami bakal bertemu kembali dan berkumpul. mmg sgt seronok dan xsabar nak tgk perubahan dalam diri masing2. menu wajib malam ni of coz ROTI JALA, SATAY, dan BBQ AYAM. yg lain2 masing2 akan datang bawak "potluck", ada yg nak bawa puding laici, kek keladi, beskut2, jagung... mmg sgt xsabar nak berjumpa diorg.
kat cni nak tempek sket resipi ROTI JALA
BAHAN-BAHAN
1kg gandum
1.5 cawan santan
6 cawan air
pewarna kuning
garam

CARA-CARA
masukkan semua bahan2 di atas dan kacau sehingga sebati jgn bagi berketul dan bila kita sendukkan pastu masa curah balik, adunan tersebut xputus. maknanya bila kita curah balik adunan tu xjatuh secara putus2.. bila dah sebati semua. kiraikan di atas kuali nonstick ataupun letak sedikit minyak kalo xda kuali nonstick. bila masak, gulungkan..

Allah swt. berfirman, “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” [QS Al-Hujurat (49):10]

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...