W.O.R.R.I.E.D
Saturday, July 9, 2011
Thursday, July 7, 2011
::LINDUNGI DIA::
بسم الله الرحمن الرحيم Ya ALLAH Ya Tuhanku...kumohon padaMu lindungilah dia,selamatkanlah perjalanannya,peliharalah dia dari segala kejahatan,Ya ALLAH Ya Tuhanku,Sesungguhnya aku xberkuasa dimuka bumiMu ini,Sesungguhnya aku tak berdaya melindunginya,hanya Kaulah tempatku berharap.Ya ALLAH Ya Tuhanku,tiada apa yg kumahu selain Kaulindunginya,makbulkanlah doaku Ya Allah kerana tiada yg lebih berkuasa selain drMu Ya ALLAH.AMIN
Wednesday, July 6, 2011
::KUDAMBAKAN KEHADIRANMU...::
assalamualaikum
sedar xsedar dalam masa xsampai sebulan pom lg kita bakal menyambut bulan yg penuh barakah iaitu bulan RAMADHAN..
"barangsiapa bersuka cita sebab memasuki RAMADHAN maka ALLAH menghalangi jasadnya dr api neraka".
Subhanallah sungguh hebat bulan RAMADHAN ini.. Nikmat yg diberikan oleh Allah ini merupakan satu nikmat yg tidak terhingga. bulan RAMADHAN juga merupakan satu bonus kepada kita umat Islam di mana segala amalan yg dilakukan pada bulan ini akan dilipatgandakan. rugi bagi mereka yg mengsia2 nikmat yg diberikan ini. Terdapat satu malam yg paling hebat berbanding malam2 yg lain iaitu MALAM LAILATUL QADAR.
"pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat jibril dengan izin Tuhannya utk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar."
rugilah kita jika kita xmerebut peluang yg diberikan oleh ALLAH ini. marilah kita sama2 merebt bonus2 yg terdapat dalam bulan RAMADHAN.
p/s: nak mintak doa pom akan dimakbulkan oleh ALLAH pada bulan ramadhan. doa utk jodoh yg terbaik xD
Labels:
tazkirah
::YANG TERINDAH::
assalamualaikum
dis song is bout what m i feel now
dia yg datang mengetuk pintu hati saya tp saya xtau dia nak masuk ke x....
Semenjak kau hadir dalam hidupkuTiada lagi keresahanKau mengetuk pintu hatikuTanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cintaKau yang memberi rasaKau yang ilhamkan bahagiaHingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurnaTika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasaKasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimuMerindui dirimuMemiliki dirimuHingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cintaKau yang memberi rasaKau yang ilhamkan bahagiaHingga aku terasa indah
Kau yang bernama cintaHingga aku rasa indah
Labels:
lirik lagu
Tuesday, July 5, 2011
::SUSUT 4KG::
assalamualaikum
really2 shock n suka suki today :) td cikna p umah kawan pas2 kawan cikna bagi alat timbangan digital beliau yg baru dibeli. ahakszzzz!! pe lg dgn gelojoh i naik la atas 2. surprisezzzzzzzzzzzzzzz!! dah turun 4kg.. adeh~hebat tul penangan jatuh cinta. ahaks!! opss... my student jgn gosip2 tau. xsuke! ur teacher is ON DIET!
p/s: bila ntah nak capai berat ideal
Labels:
diary
:: GAMBAR WAN KAMARUDIN WAN IBRAHIM NTV7 KAHWIN::
WAN KAMARUDIN WAN IBRAHIM telah selamat diijabkabulkan dengan WAN NUR SALEZA MAZUIN DATUK W. ABDUL MUTALIB pada 3 JULAI 2011TAHNIAH abang apakejadahnya.. cikna minat giler kat ABANG EDISI SIASAT ni :)
p/s: kredit pic utk adik officemate saya kak SITI SARA ABDULLAH.
Labels:
artis
Saturday, July 2, 2011
::CONTEST JAM TANGAN FREE BY YUYUE N KAZEN::
wah!!! contest jam tgn. cikna lama dah mencari jam tangan... haha... last pakai jam masa blaja u.. xlekat jam tol kat tgn ni. bila yuyue buat contest teringin trus nak join sbb jam tangan.
sesape nak join contest leh jek ringankan tgn klik KAT CNI. due date 1/8/11
syarat2 simple jek. leh jenguk kat blog yuyue. actually cikna dah lama folo blog yuyue ni dan dah lama kat bloglist so xleh nak cakap dulu follower ke brape.. hehehe...

nak tag semua follower blog cikna :)
Labels:
CONTEST
::JODOH DAN JODOH DAN LAGI JODOH::
::ASSALAMUALAIKUM::
seminggu 2 ni byk yg bercakap soal jodoh. p sana jodoh, p cni jodoh. dan saya sendiri mengalami penjodohan. adeh~macam penjodoh bilangan la plak. mmg xdapat dinafikan, umur 27 tahun bukan masanya untuk bermain cintan cintun malahan merupakan peringkat KAHWIN!!!
bukan cikna sanggap atau desperate housewife sgt nak kahwin tp bila org dah main usha2 cam2 xkan kita nak diamkan jek. kan lg senang kalau berterus terang. biar telus xda main2 disebalik tabir. sgt susah la jd seorg perempuan sbb perlu ada sifat malu itu. kadang2 terfikir juga macam nak jek pegang dia pas2 tanya;
"awk nak ke x kat saya??!"
tp sbg seorg perempuan cikna xmampu nak buat camtu disamping terfikir sape aku nak tanya2 dia. entah2 aku yg syok sendiri. ermmm... kesudahan macam tiada penyelesaian. kau jeling aku, aku jeling kau lama2 aku naik juling. adeh~ sgt tak larat nak fikir dan menanggung sesuatu yg xpasti ni. pening2x!!!

p/s:istikharah malam ke 5
Labels:
diary
Friday, July 1, 2011
::ISTIKARAH CINTA -SIGMA::
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..
Labels:
lirik lagu
::MEMOHON KETENANGAN::
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah jiwa semakin hari semakin tenang walau kadang kala masih berkocak. Terima kasih utk sahabat Ustaz Rodzi kerana sudi membantu diri ini. Sungguh tak disangka begitu hebat penangannya. Tak pernah pom cikna terfikir sebelum ni akan terima dugaan sebegini lg utk kali ke2 ini dan kali ke2 ni dugaan dia mmg hebat sampai menjejaskan segala2nya. Allah ingin menguji kita sebagai hambaNya. Insyaallah takkan melarikan diri lg tp akan cuba hadapi dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan.
Pesanan dr sahabat beristikharah insyaallah segalanya akan selesai.
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
p/s: Ya Allah, semoga semua ni selesai dgn cepat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
