Wednesday, June 8, 2011

:: MENGISLAMKAN BABI::

Time bw td singgah kat blog SOLIHIN ZUBIR. cikna mmg dah lama folo blog beliau.
masa singgah td jumpa satu n3 yg sgt menarik bagi cikna yg telah dipostkan oleh beliau.
YG HALAL ITU JELAS YG HARAM ITU JELAS
jom layan n3 dibawah yg dipetik dr blog SZ
ISLAMIC COUPLE VS BABI ISLAM
Aku adalah cina muallaf. Sebelum aku memeluk Islam dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, dah macam orang ketagih ganja. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah.. Sekarang Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu dalam Islam tak boleh makan babi, haram. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni? Seminggu aku terlantar di hospital lepas masuk Islam. Jadi, masa kat hospital tu aku berfikir cara mengatasi masalah aku tu.

Akhirnya, aku mendapat satu idea. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia bagai binatang minyak yang penuh. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisik kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Bila dia berak saja, aku terus vacuum. Begitulah kehidupan aku dan babi tu selama 2 tahun.

Selepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Ketika aku nak sembelih babi ni, baru aku tahu yang babi ni tak ada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi. Sangap gila! Lagipun aku dan bisik 2 kalimah syahadah dan bagi tazkirah kat babi ni. Apa ada hal. Lepas tu, aku pun goreng babi tu dan makan.

Tengah sedap melantak, aku nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. "Ustaz! Jom makan. Babi Islam ni. Halal!" Tergamam ustaz tu. Lantas ustaz tu memberi penjelasan kepada aku. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Sekarang aku dah faham. Aku dah bertaubat dan menjadi seorang muslim sejati.

Kesimpulan

Begitu juga dengan soal couple. Kononnya islamic couple. Bila dating, dating kat tempat orang ramai, bukannya tempat gelap. Si Gadis pakai jubah bertudung labuh. Si Jejaka pula berjubah dan serban di kepala. Dating bukan untuk buang masa. Keluar bawak Al-Quran. Bila berhenti makan, siap Taddarus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Kat rumah, sms atau call pagi-pagi buta suruh bangun qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu? Hahaha..

Kalau benda itu haram, ia tetap haram walau kita cuba apa cara sekalipun untuk menghalalkannya. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Allah melarang perhubungan lelaki-perempuan bukan mahram tanpa sebab yang dibenarkan syarak! Islam halalkan couple sekiranya sudah bernikah, bukannya sebelum kahwin

::SUTERA BIDADARI-PENEMAN SETIA::

assalamualaikum
selama seminggu cikna berada di hospital narathiwat menjaga bapa saudara cikna yg menemi cikna adalah SUTERA BIDADARI memandangkan semua majalah2 kat sana dalam bahasa THAI hatta CLEO sekalipun.
dan sekarang tamat sudah cikna membaca SUTERA BIDADARI dr RAMLEE AWANG MURSYID. yg pasti SUTERA BIDADARI ni macam ada sambungan jek..
alhamdulillah bapa saudara cikna nampaknya makin sembuh. semua wayar dah tanggal kecuali wayar makan ikut idung jek belum lg ditanggalkan.. semoga pakdo cepat2 keluar hospital

Monday, June 6, 2011

::JOM DOWNLOAD DRAMA NORA ELENA::

assalamualaikum
dah episode 16 ke NORA ELENA?? opsss... cikna betul2 xtau n cikna xpernah sekalipom tgk drama ni. baca novel pom xpernah sbb novelis yg cikna minat NORHAYATI BERAHIM, AIN EMIR n paling2 suka gilak kat RAMLEE AWANG MURSYID.
tp
disebabkan drama ni dah jd bualan dan buah mulut kebanyakkan kawan2 cikna xkira realiti atau maya maka cikna terpaksa mencari alternatif nak tgk crita ni sbb TV3 tayang jam 7.. susah nak buka tv time 2 :( dan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada MEDIAFIRE MOVIE sbb telah mengupload drama tersebut utk di DOWNLOAD oleh cikna... thanks a lot. uols sape2 yg terlepas ke atau xpuas nak tgk leh je p kat http://www.mediafiremovie.org/ utk download drama NORA ELENA
p/s: download semua episode pastu baru layan. ok x?

::GA : saya nak fm ni::

n3 GA last minit
saya nak fm ni sbb saya beli fridge baru. hehehe
tamat??
petang ni jam 5.. sempat lg kalo uols nak join. yg penting folo dulu blog NMO2
nak join klik jek banner kat atas

p/s: cikna follower 510

Sunday, June 5, 2011

::NASI KUNING @ NASI KHAUMOK::

assalamualaikum
selamat tengah hari smua..dah lunch blom?
cikna bukan nak crita pasal apa yg cikna lunch arini tp cikna nak crita pasal apa yg cikna bekpes minggu lepas. masa 2 cikna masih kat NARATHIWAT, THAILAND. org selatan thai n kelantan sama jek apa yg diorg bekpes iaitu nasi cuma yg beza org kelantan biasa bekpes nasi kerabu n nasi berlauk sama ada lauk ikan atau ayam tp org selatan thai bekpes nasi kerabu dgn telur rebus dan satu lg nasi iaitu nasi khaumok.
apa itu nasi khaumok???
skodeng jek pic kat bawah
nasi khaumok atau nasi kuning
cara2 nak buat resipi nasi khaumok versi umi cikna
beras
air
bawang merah n bawang putih dihiris halus
jintan manis
bunga lawang
halia
daun pandan
serbuk kunyit
minyak utk menumis
ayam
garam sedikit

cara buat:
tumis bawang merah, bawang , halia, bunga lawang, jitan manis sehingga naik bau. masukkan ayam dan air. rebus separuh masak ayam tersebut. kemudian basuh beras dan masukkan ayam yg direbus td bersama air rebusan ayam tersebut. masukkan serbuk kunyit, daun pandan dan garam secukup rasa. kacau hingga rata dan biarkan nasi masak.

setelah siap hidangkan bersama air lada (pencicah) dan juga daun salad
p/s: simple tp susah juga kalo xkena cara. nasi xmasak ayam pom xmasak. umi cikna xreti nak bg sukatan jz main agak jek

:: sAYA POM MAU KAHWIN ::

salam semua
tgk tajuk n3 nampak cam cikna dah gatal merenyam kan.. bukan gatal tp dah mmg tahap wajib kawen pom. umur dah lanjut tp jodoh lom ada nak wat camner. bernanah dah telinga ni dgn soalan2 CEPUCEMAS
"asyik p kenduri org jek, bila nak buat kenduri sendiri?"
tukang jawab pom cemas semcam jek >.<
ada ke org xnak kawen? cer cerita.. cikna sampai dah xtau nak jawab. jodohnya belum kutemui lg. bukan saya memilih tp org yg xnak pilih saya. mngkin xlawa n xcukup baik !__!
andai tidak dijodohkan di dunia dah andai itu takdirNYA cikna redha.
SEMOGA MEREKA YG MENDIRIKAN RUMAH TANGGA PADA MUSIM CUTI SEKARANG NI BERBAHAGIA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT
SELAMAT PENGANTIN BARU
NORINA & KHAIRUL
NORANIDA & SYAMSUL
p/s: usaha + doa + tawakkal

Saturday, June 4, 2011

::OREO MILK SHAKE::

ASSALAMUALAIKUM
selamat petang semua.. korang suka oreo x? mesti suka suki kan? cikna pom suka sgt ngan oreo ni especially yg ada filling vanila kat tengah2. chocolate vanilla.. ermmm.. best gilak.
cuba uols bayangkan. tgh panas2 camni dapat membasahkan tekak dgn air yg sejuk n co0l. agak2la camner rasanya erk? hehe.. saje nak suh korang teruja dgn kedinginan air OREO MILK SHAKE NI.
jom tgk pic kat bawah ni. co0l x? hehe
OREO Milk Shake recipe
caranya sgt mudah n simple
4 sudu kecil chocolate syrup.. guna jek jenama hersye's (air milo pom ok kot)
8 keping oreo yg dikeluarkan inti
susu 1 cawan
2 cawan aiskrim vanila

cara buat:
mula2 masukkan sirap coklat ke dalam cawan. kemudian blender oreo + aiskrim + susu sehingga jd hancur. pastu masukkan dalam gelas yg berisi coklat td. utk hiasan n lebih nikmat lg hancurkan oreo dan hias kat atas sekali. siap utk diminum..
nak lebih resipi berkaitan oreo sila klil kat CNI

Friday, June 3, 2011

::KES BUANG BAYI YG SGT MENYAYAT HATI::

BUKAN KES BUANG BAYI TP NI DAH JD KES CAMPAK BAYI.. BENGOM TOL MANUSIA TERSEBUT. BINATANG LAGI SAYANGKAN ANAK. NI BUKAN SPESIS MANUSIA ATAU BINATANG TP SPESIS LEBIH HINA DR BINATANG...

KUALA LUMPUR: Apalah dosa seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan hingga ada manusia tergamak mencampaknya dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Sentul di sini, ke atas permukaan jalan, hingga bayi malang itu ditemui mati dengan kepalanya pecah, malam kelmarin.

Bayi masih bertali pusat yang dibungkus dalam plastik itu ditemui tertiarap dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk Pangsapuri Sentul Utara pada jam 11.45 malam, di tempat letak kereta, kurang dua meter dari tong sampah.
Polis percaya bayi itu dicampak dari balkoni laluan tangga pangsapuri berkenaan dengan pelakunya dipercayai cuba membuang bayi terbabit ke dalam tong sampah, namun tersasar ke permukaan jalan.

Pemeriksaan polis turut menemui titisan air dipercayai air ketuban di tangga tingkat empat pangsapuri 15 tingkat itu.

Mayat bayi itu ditemui hanya 16 jam selepas penemuan mayat seorang bayi perempuan yang tersangkut di celah batu di sungai berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi kelmarin.

Sambil menyifatkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu sebagai amat hina dan keji, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi itu milik penduduk pangsapuri berkenaan.

"Selain itu, kita juga menyiasat kemungkinan bayi malang ini dibawa oleh orang luar sebelum dibuang di kawasan ini. Berdasarkan kesan kecederaannya, kita percaya bayi ini jatuh dari tempat tinggi iaitu dicampak ke bawah dari pangsapuri ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai khususnya penduduk pangsapuri itu yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Saksi kejadian, Ahmad Azhari, 34, berkata beliau baru pulang dari pejabat dan terkejut apabila melihat bungkusan berisi seperti anak patung berhampiran tong sampah, ketika melalui kawasan itu.

“Hancur hati saya melihat rupa-rupanya bungkusan itu berisi bayi baru dilahirkan dengan kepalanya pecah,” katanya.
Sumber berita harian 2/06/2011
p/s: KECEWA, SEDIH, MARAH dgn pelaku...

::HADIAH DR EYRIQAZZ::

ASSALAMUALAIKUM
yea!yea! hadiah dr eyriqazz dah sampai. actually dah lama sampai tp cikna xda kat umah.
hadiah yg cikna dapat 2 seperti dalam gamb.
thanks eyriqazz
p/s: simpan dulu minggu depan minum :)

Thursday, June 2, 2011

::EN NUFF BG ARTIKEL TAJAAN::

assalamualaikum
rindu giler kat blog cikna ni. dah bersawang rupanya....
sebenarnya cikna baru jek balik dr melancong ke THAI. penat masih belum habis lg ni. bukan MELANCONG yer MELENCONG ke hospital NARA utk kali kedua menjaga bapa saudara cikna yg sakit.
alhamdulillah dah makin sembuh. harap2 doakan dia cepat sembuh yer.
berbalik pada tajuk n3 cikna. cikna dpt arikel tajaan dr SOCIAL MEDIA MINDS SURVEY n yg sebenarnya xtau pe 2 ARTIKEL TAJAAN. iklannya spt dibawah.. abaikan jumlah hengget 2. xD
cer korang citer sket kat cikna. tlg la cikna yg buta blog n nuff ni..

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...