.................................................ASSALAMUALAIKUM...........................................
Hari ni cikna nak kongsi sedikit kertas kerja lawatan sekolah ke Perpustakaan Negara pada 16 Mac 2017 lepas.
............................................................................................................................................................
PROGRAM LAWATAN
BERMAKLUMAT
SMU (A)
AL-ITTIHADIAH TANJUNG PAGAR
16 450 KETEREH, KOTA BHARU, KELANTAN
1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak
pengalaman’, maka Program Lawatan Bermaklumat SMU (A) AL-ITTIHADIAH
telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur -
Putrajaya. Ia merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk
memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pengawas pustaka SMU
(A) AL-ITTIHADIAH TANJUNG PAGAR. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru
dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam mentadbir
dan menguruskan perpustakaan.
2.0
RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara untuk menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya di negara ini, maka program
ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada para pengawas
pustaka. Melalui aktiviti seperti ini, mereka dapat melihat dunia luar yang sebenarnya.
Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting
dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka
masa depan yang lebih baik.
3.0
OBJEKTIF
1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan
kepada
pengawas pustaka dalam membina keyakinan diri
melalui aktivti
sosial yang bersesuaian.
2. Dapat membuka minda para pengawas pustaka dengan suasana
dan
pengalaman yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan
kepada para pustakawan dalam
berhadapan
dengan dunia luar dan masyarakat.
4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang
pentadbiran perpustakaan
4.0 DESTINASI
Kuala Lumpur dan Putrajaya
5.0 PERLAKSANAAN
LAWATAN
Tarikh : 16 Mac 2017 – 18 Mac 2017
Hari
: Khamis - Ahad
Masa Bertolak : 8.30 malam ( 16 Mac 2017 )
6.0 KUMPULAN
SASARAN
Program ini disasarkan kepada guru-guru, pengawas pustaka
SMU (A) AL-ITTIHADIAH
7.0 ANGGARAN
PERBELANJAAN
PERKARA
|
KUANTITI
|
JUMLAH
|
Bas
|
RM 1200.00/HARI
x 3
|
RM
3600.00
|
Penginapan
|
RM
400.00/Hari x 1
|
RM 400.00
|
Makan
|
RM
25.00 x 42
|
RM 1050.00
|
Tiket
|
RM
15.00 x 42
|
RM 630.00
|
Kecemasan
|
RM
100.00
|
RM 100.00
|
Jumlah
|
RM 5780.00
|
7.1
TENTATIF LAWATAN
HARI PERTAMA
6.00 Pagi :
Solat subuh di Masjid Negara dan persiapan diri
8.00 Pagi :
Tiba di Perpustakaan Negara
12.00 Tengah hari :
Persiapan makan tengah hari dan solat jamak zohor dan Asar
2.00 petang :
ke KL Bird Park/ Tugu Negara / Muzium Negara
6.00 petang :
Persiapan diri untuk makan malam dan solat jamak maghrib dan isyak
8.00 malam :
tiba di I-City
10.00 malam :
rehat
HARI KEDUA
6.00 pagi : solat subuh
dan persiapan diri serta sarapan pagi
8.00 pagi : tiba di Rumah
4 Musim Bukit Cerakah
12.00 tgh
hari : solat
jamak zohor dan asar
2.00 petang :
sesi rawat minda di GM KLANG
6.00
petang : tiba
di masjid Putrajaya
10.00
malam :
bertolak pulang
7.4
PENUTUP
Dengan adanya
program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada para pengawas
pustaka SMU (A) AL-ITTIHADIAH. Melalui program ini juga pelajar diberi
pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama
rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai
panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada
semua peserta yang mengikuti lawatan ini.
Disediakan oleh
:
……………………………………..
(ZALINA BT HASSAN @ ZAMRI)
Setiausaha
Program Lawatan
Bermaklumat
SMU (A) AL-ITTIHADIAH
TANJUNG PAGAR
|
Disemak oleh :
……………………………
(PN NORANI MD HUSSEIN)
Penolong Kanan
SMU (A) AL-ITTIHADIAH
TANJUNG PAGAR
|
Disahkan oleh :
……………………………
(TN HJ MAT YAACOB B. MAT
AMIN)
Pengetua
SMU (A) AL-ITTIHADIAH
TANJUNG PAGAR
|
|